Langkau ke kandungan utama

Anatomi Grey


Time to lick my wound and unwind myself!

Sedikit kecewa bila sampai rumah, dpt tele kata bungkusan aku baru sampai. Kenapa lah nak tunggu aku balik baru nak datang ha? Terpaksa lah tunggu besok...

Ubat hati yg lara aku layan EMPRESS OF CHINA. Baru mula 5 episod yg pertama tapi rasa mcm ya hampun dragging betol jalan cerita dia dan no thrill langsung. Semua female actress dia mcm patung porcelain je, flawless, mcm boleh buat iklan krim muka dah semua.

Begitupun aku impress jugaklah efek CGI yg digunakan utk menutup lurah dendam pelakon2 dalam siri nih. Nampak natural siap dipadankan dgn baju asal lagi. Even yg wide shot pun tetap kena CGI, walhal jauh je pun.

Grey's Anatomy Complete Eleventh Season DVD
Later today, aku collect bungkusan aku. Ha inilah dia pesanan yg dinanti-nanti... Sedikit kecewa jugaklah bila tengok packaging dia not in boxset! Tak pe lah fikir aku... Kalau nak yg boxset jugak kena tunggu bulan November lah beli lain. Ni beli pun sebab aku gedik sangat tak sabar versi Malaysia kuar kan?

Setakat hari ni aku dah selesaikan 8 musim pertama dan skrg tengah bertungkus lumus sudahkan musim ke-9. Kalau tak banyak halangan, mungkin dalam hujung minggu depan aku akan mula layan musim ke 11 nih.


Earlier today, sesaja gatal tangan gugel dipaparkan pulak gambar aku sebelah karetor Dr Yang. Bangga di situ... Hahaha... Sayangkan watak faberet ni dah tinggalkan siri ni dlm musim ke 10. Apa pun, ada satu lagi watak bakal meninggalkan Grey's Anatomy... Itu yg tak sabar nak tengok tuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...