Langkau ke kandungan utama

Follow Your Bliss

Sejak bergelar student lagi, selain mengumpul, aku mmg suka hunting DVD (skrg lebih kepada BD). Hobi yg aku kira selepas bekerja pun masih aku buat. Mungkin ada orang cakap buang duit sebab lebih bagus donlot saje!

Itu kau banding hobi aku dgn hobi kau yg suka mendonlot. Cuba kau banding dgn orang yg hobinya kumpul aksesori kereta atau suka kereta mewah. Sudah tentulah hobi aku tuh tak le mahal mana pun.

Bagi aku tiada yg rugi kalau kau melabur kepada sesuatu yg kau suka. Hasilnya kau puas hati dan takde lah nak menyibuk pasal hidup orang lain.


Sebelum membuat upacara pemburuan kita kena ada ritual memuja depan cermin... Tak selfie dlm tandas kebarangkalian utk kau balik tangan kosong sangat tinggi! Hahahaa...

Nak dipendekkan cerita aku geledah dari Imago sampai ke Suria Sabah. Terdesak sangat kalau tak jumpa apa2 mungkin aku ke 1Borneo, Karamunsing dan Wisma Muis. Wisma Muis tuh merepek lah kan. Mana ada kedai Speedy di situ.

Hujung-hujung CP jugak yg aku berjaya kutip dua boxset pada harga satu item. Buang peluh jantan aje lah... Pehhhh... Kalau tahu pegi situ aje tadi.


Tak yah teka boxset mana yg aku berjaya rembat kelmarin. Kalau sebelum ni aku 'tersalah' beli season ke lima kali ni aku dapat musim satu, dan yg paling happy season ke 8 yg juga season finale.

Skrg yg aku takde ialah musim 6 dan 7.

Tanya kakak kat kaunter ada tak lagi season yg lain. Dia cakap sorilah dah takde stok. Aku tak le susah hati sangat at least kalau nak mula layan Surirumah Terdesak ni bila2 masa dah boleh sebab dah ada musim pertama. Cuma yg hujung2 tuh kena usaha cara lain.

Usaha cara lain itu hapa kah?

Ketik2 maya lah... Hahaha...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...