Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Tanah Lot & Pura Bolong

Bila dah melancong tuh kompom lah akan ada buah tangan yg dibeli untuk dibawa balik. Dalam banyak-banyak ole-ole yg dijual di luar pintu masuk Tanah Lot, destinasi terakhir aku hari kedua, yg mnarik perhatian aku sudah tentulah seperti yg ada dlm gambar berikut. Selain pembuka botol, replika genital lelaki ni boleh jadi key-chain dan juga asbuk (tempat buang habuk rokok). Warna pun bermacam rupa dan hiasan. Hanya mampu tersengih menengok kerja tangan org Bali. Mungkin dianggap seni kot. Ini pintu gerbang masuk ke Tanah Lot. Tiket masuk bagi pelancong dikenakan sebanyak IDR10'000. Di luar kawasan pintu gerbang ni mcm2 tarikan aku tengok. Sape nak bergambar dengan Luwak pun boleh. Ular albino yg kaler kuning tu pun jadi salah satu tarikan. Yg nak selfie dgn burung helang pown ada. Tapi tu semua jatuh anak tangga nombor dua lah. Tarikan utama aku sudah tentulah yg bakal aku jenguk melepasi pintu gerbang tuh. Sedang elok pulak surut air laut ketika aku sampai nih. Jadi...

Taman Ayun

Sekali sekala melancong ke luar negara ni, panjang pulak cerita entri-entri kita yea? Macam cerita ke Bali ni pun nampaknya masih belum habis. Ingat lagi masa rancang ke Bali ni nak 'treat myself' untuk ulangtahun diri sendiri lah, away from the fuss. Kalau boleh nak stay lama sikit katanya. Rancang punya rancang tak dapat tarikh yg sesuai. Ambil tarikh yg aku mahu harga plak melambung atau dah sold out. Mahu tak mahu, kita rembat aje mana yg available. Empat bulan kemudian aku selamat mendarat di Bali. Setel melihat persembahan Barong dan Kris di Batubulan, Pak Darma pandu aku ke Royal Temple atau lebih dikenali sebagai Taman Ayun. Ayun tuh Pak Darma kata, air. Royal Temple ni di kelilingi sebuah terusan air. Sangat luas dan terjaga keadaan sekelilingnya. Masuk bagaimana pun berbayar tak silap dalam IDR2'000 sahaja. Okeylah kan kutipan tiket tuh digunakan utk cover perbelanjaan menjaga kuil tuh. Masuk2 aje Taman Ayun ni aku masuk tempat ni dulu. Sesambil amb...

Aku.Ekstatik

Dah bbrp hari balik dari Bali, aku masih mcm tak percaya dah sampai situ. Bila kenang balik empat bulan sudah masa aku nekad beli tiket, di ambang raya puasa pulak, entah apa yg merasuk aku masa tuh, jika aku tak tutup mata beli jugak tiket mungkin aku masih duduk mengadap komputer membayangkan bagaimana agaknya pengalaman melancong di Bali.  Tangguh tahun ke tahun, menunggu, mencari siapa yg boleh jadi teman ke sana. Seminggu sebelum terbang ke Bali pun, ada terbit juga rasa ragu-ragu. Apa betul sudah yg aku buat ni? Tak rasa buang duit ke melancong sorang-sorang nih. Sekarang dah pergi Bali, mengalami percutian penuh budaya itu, walaupun singkat tempohnya, begitu memperkayakan pengalaman aku. Selama ini aku fikir orang Bali itu orang Jawa. Rupanya orang Bali adalah orang Bali sendiri. Bangsa sendiri, bahasa Bali mereka sendiri. Mungkin aku silap untuk berspekulasi. Tapi rasanya faktor jati diri ini jugalah yg membuatkan orang Bali utuh berpegang pada anutan ...

What Happened in Bali?

Tak lengkap rasanya kalau melancong ke Bali tidak menyaksikan Kecak Dance. Salah satu tempat yg paling digemari untuk menyaksikan tarian ini yg juga merupakan pengisahan Hikayat Ramayana sudah tentulah di Pura Luhur Uluwatu. Malas nak singgah tempat lain, selepas Pura Batuan langsung saja Pak Darma membawa aku ke Uluwatu. Ada cerita kenapa aku teruja sangat ke tempat nih. Aku memang teringin sangat nak pegi Pura Luhur Uluwatu ni sejak menonton sebuah drama Korea yg pernah ditayangkan di NTV7 sekitar tahun 2006 (drama diterbitkan pada tahun 2004). Untuk teka apa tajuk drama Korea tuh aku bagi petunjuk di sini . Banding gambar sekarang dengan yg ada dlm video mmg agak berbeza sedikit persekitarannya. Apa pun tangganya tetap yg sama. Dah jumpa tangga tuh apa lagi sakan lah selfie di situ. Sebelas tahun berangan dik, baru skrg kita dapat menginjak tempat nih. Masa tiba tuh sekitar pukul tiga petang. Panasnya matahari mencanak di ubun-ubun kepala. Perit...

Pak Darma

"Sabah dan Sarawak jauh gak?", tanya Pak Darma membuka cerita ketika meluncur perlahan ke destinasi kami pagi itu, Padi Teres di Tenggalalang. Waktu menunjukkan 10.30 pagi, kami lewat dua jam dari masa yg dijadualkan. Bukan salah Pak Darma juga. Pagi itu 25 Oktober berlangsung triathlon yg menyebabkan byk jln separuh ditutup. Sementara menunggu Pak Darma sampai, aku ambil kesempatan ronda-ronda sekitar kawasan hotel. Berdekatan dgn Skygarden, Legian berdiri sebuah tugu memperingati mangsa-mangsa yg terkorban dlm tragedi pengeboman tahun 2002. Ada singgah pantai juga tapi tak ambil gambar, video sahaja. Menjawab soalan Pak Darma sebelum itu, aku bertanya kenapa dia ingin tahu jarak Sabah dan Sarawak? Pak Darma pun bercerita. Pak Darma awal tahun ni baru sahaja memulakan perusahaan tur ini. Antara pelanggan terawalnya seorang tamu dari Sarawak. "Dari kayak dia bercakap seperti orang Cina ya", tambah Pak Darma memperkenalkan bekas tamunya itu sebag...

I Ngurah Rai

Aku di Pura Bolong. Duduk sebentar melepaskan lelah. Berteduh di sebuah pondok yg disediakan, cuba melarikan diri dari keterikan Sang Matahari. Dari pondok rehat kelihatan sepasang mempelai sedang menjalani sesi fotografi. Aku tersenyum. Melihat keindahan formasi batuan di Bali ini seakan seperti sebuah mimpi yg indah. Dipuput bayu laut (biarlah rambut keras balik nanti boleh shampoo), tubuh diselar mentari seakan aku tidak mahu berganjak pergi. Ketika mula-mula sampai perasaan itu tidak sebegitu. Rasa risau dan tidak percaya menyelubungi setibanya mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai (nama seorang pahlawan Bali) lebih kurang pada 9 malam waktu Malaysia dan Bali, 24 Oktober. Ada rasa wow sebab dulunya angan-angan kini sudah menjadi realiti. Selesai berangan kita berdepan dgn imigresen. Urusan pelepasan imigresen syukur berjalan lancar tidak banyak songeh seperti mana pengalaman di Singapura tahun lepas. Di balai ketibaan, aku sedikit kebingungan. Aku sepat...

Menyotokan Diri Lagi

Hujan sepanjang hari. Kalau tak membuta, paling sedap spend time mcm ni, sudah tentulah menghirup soto panas-panas. Pertama kali sejak hampir 5 tahun bertugas di tempat kerja skrg mencuba soto di Warung Junior Baba ni. Terangkat beb! Cukup segala rasa bagi aku lah. Tak cukup semangkuk boleh tapau. Memandangkan aku malas nak keluar dah time2 hujan ni, aku tapau nasi lemak dan rojak daging dia. Kot2 lapar boleh selitkan aktiviti makan di antara layan dokumentari dan layan mata. Sehari sebelum ni aku dah kontek Doreen, orang yg atur supir kat Bali nanti. Kitorang janji akan jumpa sehari sebelum aku terbang ke Bali. Mungkin untuk setelkan bayaran kot. Jadi aku fikir tak payah tukar dulu lagi lah duit kalau dah bayar di sini. Ada baki nanti aku tukar aje kat epot lah. Malas nak pening2 kepala. Selain itu, Doreen ada jugak rekemen kan utk beli simkad negara seberang. Senang dan jimat sikit untuk kontek2 di sana nanti. Bukan nak kontek Doreen ke apa, tu ha supir kat sana nanti....

Teman Di Kala Kesunyian

Semak-semak blogroll bbrp org kenalan aku dapati rata-rata blog yg disenaraikan sudah lama tidak dijenguk oleh tuan tanah. Bbrp bulan yg lalu tuh mungkin tak le membuat aku angkat kening. Tapi kalau dah setahun yg lalu... Tiga tahun yg lalu? Apa cerita tuh? Apa kejadian? Adakah tuan tanah dah hilang minat berblog? Ingat lagi tahun-tahun 2004 - 2006 mcm tak cukup tanah nak berblog hopping. Aktif singgah menyinggah, kunjung mengunjung. Dah menyinggah tuh tak sah kalau tak tinggalkan komen supaya senang dikunjung balik oleh tuan tanah. Skrg bila kita jejak balik blog-blog yg suatu masa dulu kita hari-hari nantikan kiriman terbaru, kini sudah ditamatkan siarannya. Malah ada belog yg sudah tidak aktif dibiarkan pada tapaknya agar menjadi tatapan pengunjung-pengunjungnya. Belog aku tak tahulah apa nasibnya pada masa akan datang. Selagi aku tergerak hati untuk mencoret di sini akan aku teruskan. Biar bertukar tapak, ada pembaca atau tidak sekalipun. Tak menulis, bagi pembaca yg s...

Powabeng

Hari ni kurang dua minggu lagi ke Bali. Sedang dah elok masa tu jadi aku terus saje web check-in tiket penerbangan aku. Piki semua setel lah mcm biasa aku buat. Rupanya dia hanya bagi kod utk sken cetak boarding pas kat kiosk atau kaunter jer. Alamatnya 5 jam sblm penerbanganlah aku kena ada kat epot! Itu kalau penerbangan berjalan seperti yg dijadualkan. Kalau tidak 10 jam lah aku berakar di boarding gate. Pegi awal2 bukan apa sbnrnya. Takut sesak plak kiosk kita nanti kan? Acecece dah siap beli powerbank baru lagi tuh. Lazimnya tak pakai menda alah nih. For daily use, elok aje aku punya penggunaan bateri. Dah ko travel kompom la nanti banyak ketik2. Mana lagi gedik nak menyelfie lagi kan? Haruslah tak cukup penggunaan bateri tuh. Nak tak nak angkut lah satu powerbank. Sebenarnya dah pnh beli satu powerbank dulu masa daki gunung. Namun lepas daki gunung tuh dah tak guna sangat powerbank tuh. Dari terbiar kumpul habuk baik manfaatkan bagi kat org lain yg lebih memerlu...

Spicebomb

Aku tak tahu sejak bila aku minat wangi-wangian nih. Bila aku ternampak satu perpium kat Insta ni terus aku kontek member tolong carik kan. Member (masa belajar UUM dulu) kata boleh tolong, tapi kena tunggu lah dua minggu. Dalam hati biarlah lambat, asal produk yg dipesan tuh tulen. Lagipun bukan tiap-tiap minggu member sorang ni nak turun negara ikan todak di selatan tanah air tuk restock perpium yg dia jual. Bersabar lah wahai hati! Nak cepat lah sangat kan bergegas si kawan pos dari JB hujung minggu tuh. Tak sempat pun dia balik kehel lagi. Bungkusan yg dihantar bagaimana pun sampai agak lambat sikit, tengahari pada hari Selasa. Bila dah sampai tu senyum bukan kepayalang lagi. Biarlah terbang tiga ratus janji keinginan hati dipuaskan. Sebelum menerima produk tuh, sempat jugak lah dlm tempoh dua minggu tuh membuat tinjauan mengenai produk. Tahu-tahu sajelah skrg ni byk sangat barang tiruan. Ini salah satu video kat youtube yg aku rujuk untuk menyemak perpium yg aku ...

Sol 5

Sekali lagi aku jadi VVIP tayangan pertama The Martian dlm versi 3D baru-baru ni. Rasa bertuah sangat terpilih dari sekian ramai rakyat Sabah di Kota Kinabalu nih... Hew3x. Lebih bertuah lagi dpt menonton buah tangan dari Sutradara terkemuka Hollywood, Ridley Scott. Memanfaatkan peluang yg diberi aku sumbangkan sedikit kutuk dan puji filem yg diangkat dari novel tulisan Andy Weir, menggunakan tajuk yg sama. Pertama-tama sekali aku nak cakap, I'm not fond of Matt Damon. Dlm filem ni, for the sake of discussion, aku masih mengekalkan sikap yg sama. So you guys have to  expect some bias (or not) from me lah bila memberi komentar mengenai filem ini. Aku tak boleh kata yg filem ni teruk just because Matt Damon in it. You have to see it and decide it yourself. It just simply didn't work for me or excite me at the core of my being. I would have appreciate THE MARTIAN if I share some empathy how it was living in the MARS that so hostile to beings from Earth....