Langkau ke kandungan utama

I Ngurah Rai


Aku di Pura Bolong. Duduk sebentar melepaskan lelah. Berteduh di sebuah pondok yg disediakan, cuba melarikan diri dari keterikan Sang Matahari. Dari pondok rehat kelihatan sepasang mempelai sedang menjalani sesi fotografi.

Aku tersenyum.

Melihat keindahan formasi batuan di Bali ini seakan seperti sebuah mimpi yg indah. Dipuput bayu laut (biarlah rambut keras balik nanti boleh shampoo), tubuh diselar mentari seakan aku tidak mahu berganjak pergi.

Ketika mula-mula sampai perasaan itu tidak sebegitu.


Rasa risau dan tidak percaya menyelubungi setibanya mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai (nama seorang pahlawan Bali) lebih kurang pada 9 malam waktu Malaysia dan Bali, 24 Oktober.

Ada rasa wow sebab dulunya angan-angan kini sudah menjadi realiti.

Selesai berangan kita berdepan dgn imigresen.

Urusan pelepasan imigresen syukur berjalan lancar tidak banyak songeh seperti mana pengalaman di Singapura tahun lepas.

Di balai ketibaan, aku sedikit kebingungan. Aku sepatutnya dijemput Pak Darma, supir yg akan memandu percutian aku kali ini. Tetapi di balai ketibaan terlalu ramai orang menunggu. Setiap satunya pula cuba memancing mencari penumpang.

Dalam mesej wasapnya Pak Darma berpesan untuk mencari dia di kaunter informasi. Di mana kaunter informasi tuh? Sampai ke tempat parkir aku sesat tau!


Gana Inn Legian ni sebenarnya tak lah jauh sangat, sekitar 20 minit memandu dari airport. Masa aku sampai tuh, jalan sana sini macet menyebabkan trafik bergerak perlahan. Ambil masa lebih kurang 40 minit juga untuk sampai ke tempat ni campur sekali masa diambil untuk pusing balik ke Gana Inn sebab GPS bagi maklumat yg salah. Jalan pula satu arah sahaja.

Kesilapan Pak Darma ni memberi bonus kepada aku. Masa dijalanan aku pergunakan bagi menikmati suasana kesibukan malam Legian yg sememangnya meriah. Soto Ceker, Giling Babi, Makanan Padang, melilau mata melihat kanan dan kiri cuba merakam seberapa banyak yg boleh untuk disimpan dalam bank memori.

Seronok tu seronok juga tapi aku tidak lupa menyatakan tempat-tempat wajib yg aku ingin lawati besok-besoknya pada Pak Darma.

Tolong jangan tiru aku yea. Ikut seperti mana yg dicadangkan dalam tur. Sebab bila aku sebut tempat-tempat tuh, aku seakan terbayang Pak Darma tu menggaru kepala walapun kedua belah tangannya memegang erat stereng.

Bayangkan, Tanah Lot di timur, utara. Pura Ulawatu pulak di Selatan. Sementara Tenggalala di sebelah barat Utara.

Banyak habis masa dijalanan lah kita, seperti yg disifatkan oleh Pak Darma.

Ada aku kesah?


"Mana bagasi bapak?", tanya Pak Darma bila kami bertemu buat pertama kali.

Aku mahu mimpi indah aku ini tidak dibebani byk bagasi. Biar kembara ke Bali ini nyaman. Lagipun seluar jeans boleh dipakai byk kali. Kalau ada bawak banyak pun 4-5 helai baju jalan-jalan sahaja. Baju basahan tuh, sehelai dua pun sudah memadai.

Selesai sudah daftar masuk bilik, mata pun mulai kelabu. Sebelum tuh kita cucuk cas henfon dan powerbank dulu. Mengadap plug tuh tetiba aku terhenti.


Mimpi tak semuanya indah kannnnnnnn?

Malas nak heboh-heboh, lagipun mata dah kantuk, aku pakai powerbank sahajalah selama aku berada di Bali. Untuk jimat bateri, aku kurangkan aktiviti maya. Tuh yg tak hapdet belog sepanjang percutian tuh.


Ini video tiga destinasi yg aku lawat sepanjang berada di Bali 24 - 27 Oktober. Ada destinasi perca lain yg aku pergi jugak sebenarnya. Jangan risau akan bakal aku cerita lebih lanjut lagi pada entri-entri yg berikutnya. Terutama, apa yg indah, apa yg tak indah semasa berada di Bali.

Sampai ketemu di entri yg akan datang! Selamat Bekerja Semula... Keh3x.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...