Langkau ke kandungan utama

Jom Ke Bukit Bendera!

Tiga tahun menanam hasrat, baru hari ni dapat memijak menara pemerhati, Bukit Bendera. Tunggu orang tu punya pasal, hujung2 pergi sendiri.


Ada dua cara nak ke menara pemerhati. Satunya melalui laluan pejalan kaki (gambar atas), tak jauh dari Jesselton Hotel. Kedua melalui jalan utama Menara Jam Atkinson.

Aku pilih laluan pejalan kaki sebab aku berangan fit dan berstamina tinggi.


Alah bukan tinggi mana pun! Mula2 je curam lepas bbrp langkah perjalanan kita akan santai aje.


Kalau begini laluan pendaki gunung Kinabalu mmg patah lah kaki. Besar-besar betul langkahannya. Lenguh kaki pokcik!


Ko jangan mimpi lah laluan dia landai macam ni. Ini landai sebab dah sampai tau dak?


Aku syok sangat dok banci kapal terbang di awanan sana lupa ketik2 gambar kat atas. Nak express pakai panorama saje lah yea. Klik pada gambo la kalau nak zum.


Mesti best duk kat bench nun di kala senja nan merah melatari pemandangan bandaraya Kota Kinabalu. Bercanda pulak tu bersama kekasih sambil menjilat eskrim Mat Kool yg menitik-nitik mencair.


Tak nak duduk di kerusi tuh boleh lah lepak dlm kafe ni. Sori lah tak berpenghawa dingin. Pakai hawa laut Cina Selatan aje.


Dah nak blah baru perasan signboard nih. Kita snap lah satu bikin kenangan. Lain kali ada masa kita stay kat Jesselton Hotel lepak kat sini time senja la pulak yea!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.