Langkau ke kandungan utama

Tanah Lot & Pura Bolong

Bila dah melancong tuh kompom lah akan ada buah tangan yg dibeli untuk dibawa balik. Dalam banyak-banyak ole-ole yg dijual di luar pintu masuk Tanah Lot, destinasi terakhir aku hari kedua, yg mnarik perhatian aku sudah tentulah seperti yg ada dlm gambar berikut.


Selain pembuka botol, replika genital lelaki ni boleh jadi key-chain dan juga asbuk (tempat buang habuk rokok). Warna pun bermacam rupa dan hiasan. Hanya mampu tersengih menengok kerja tangan org Bali. Mungkin dianggap seni kot.


Ini pintu gerbang masuk ke Tanah Lot. Tiket masuk bagi pelancong dikenakan sebanyak IDR10'000. Di luar kawasan pintu gerbang ni mcm2 tarikan aku tengok. Sape nak bergambar dengan Luwak pun boleh. Ular albino yg kaler kuning tu pun jadi salah satu tarikan. Yg nak selfie dgn burung helang pown ada.

Tapi tu semua jatuh anak tangga nombor dua lah. Tarikan utama aku sudah tentulah yg bakal aku jenguk melepasi pintu gerbang tuh.


Sedang elok pulak surut air laut ketika aku sampai nih. Jadi boleh pergi lebih dekat lagi. Hampir semua tempat yg aku pergi kecuali mungkin Padi Teres Tegallalang sahaja yg BUKAN kuil Hindu. Yang lain semuanya kuil Hindu belaka. Tanah lot ni pun tidak terkecuali.

Di luar Tanah Lot tu aku tengok banyak pemangku adat (orang yg mengurus hal ehwal agama) menjaga ruang hadapan dari dimasuki oleh pelancong. Sementara tebing kiri dalam gambar mendiam ULAR SAKTI yg dikatakan penjaga Tanah Lot. Kalau berani boleh lah jenguk, pegang pun boleh.

Aku cukup lah tengok dari luar saje.


Nak vista yg lagi meluas boleh naik lagi tebing menuju ke Pura Bolong. Pura Bolong destinasi aku yg berikutnya.


Lama jugak aku lepak di Pura Bolong tuh. Selain melepaskan lelah, melayan perasaan sama. Melihat keindahan alam di Bali ni membuatkan aku sedikit sebak. Sepatutnya pemandangan ini dikongsi dengan seseorang yg pernah menjadikan angan-angan ke Bali ni impian bersama. Skrg bila semuanya dah jadi kenangan, terpaksalah pergi sendiri-sendiri.

Ada jugak ajak kawan-kawan lain, tapi nampaknya susah benar nak mengatur jadual supaya boleh pergi sama.

Nak tunggu sampai jadual sama, entah sampai bila boleh memijak kaki ke Bali. Hujungnya aku putuskan pergi sendiri.


Sweet sangat pasangan pengantin ni mengabadikan potret perkahwinan mereka di sini. Semua pelawat automatic clearkan kawasan tanpa diminta bila Nampak kelibat pasangan pengantin. Malu-malu mereka bergaya di hadapan lensa jurugambar bila ada dua puluh lagi lensa lain diacukan merakam detik-detik manis pengantin ni.

Dari jurugambar pengantin ni aku teka pasangan ni berbangsa Cina.


Di Tanah Lot ni pun nampak gayanya ada persembahan Kecak & Fire Dance. Tak pasti butirannya seingat aku mula dalam pukul 6.30ptg.


Nampaknya lawatan aku ke Bali sudah sampai ke penghujungnya. Sebelum ke Bali sudah ada perbincangan melancong ke tempat lain. Semuanya akan diatur oleh member tuh. Kalau jadi, berempat lah kami ke sana.

Kebetulan pulak masa balik majalah 360 AirAsia tuh menampilkan tempat yg bakal kami lawati nanti. Kebetulan atau suratan... Aku tunggu saja panggilan dari si member. Tinggal sedia duit je la ni.

Bali pulak, kalau ada rezeki akan ke sana lagi. Siapa tahu? Mungkin pergi dengan kawan-kawan pula lawatan akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...