Langkau ke kandungan utama

Puncaknyaku Tawan

Terasa mcm dejavu pulak bila disapa oleh seorang awek.

"Abang ni staf atau pergi tengok wayang?"

Aku jeling uniform awek tuh dan ternampak satu booth WWF (M) berdekatan di mana aku disapa. Belum sempat menjawab awek tu hulur aku satu risalah.

"Abang ni pemegang kad kredit atau ATM?"

Kan betul aku cakap. Ini mmg dejavu! Dah penah kena ni dulu tapi bukan di Sabah.

Setelah aku cakap aku hanya pemegang kad ATM terus awek tuh berubah sikap. Risalah yg aku baru terima sebentar tadi pun dia mintak balik.

"Sori bang, ini hanya sampel..."

Pok-pok dpt pemegang kad kredit mereka ni, dgn niat nak mengumpul dana sumbangan secara bulanan. Aku dah tau strategi nih.

"Abang sorang je ke ni? Tengok wayang apa?", awek tu cakap tutup malu.


Apa lagi kalau bukan EVEREST???

Mcm lebih kurang dua bulan menunggu, akhirnya berjaya jugak aku menawan puncak Everest dari kerusi panggung Hall 2.

Asalnya nak tengok versi 3D, tapi masa tayangannya sedikit lambat. Malas menunggu dua jam lagi aku redah aje lah tgk versi 2D.

Teruja jugak sikit tapi bila nampak Keira Knightly di skrin besar tuh terus aku rasa mcm, oh my god this is sooooo wrong, teriak aku dlm hati! She was too attractive for that part lah! Tak senang duduk jadinya aku setiap kali dia muncul di layar terutama sekali bila Ms Knightly merengek di ganggang telefon.

Perhatian aku tidak terganggu di situ sahaja. Ada lagi benda yg aku nampaknya tak suka pasal filem ni.

Memandangkan filem ini dibikin berdasarkan kisah benar yg terjadi pada tahun 1996, aku jadi musykil bila kdgrn sebuah lagu yg tidak wujud lagi pada tahun tersebut but five years later.

Walaupun tak sepenuhnya kecewa dgn filem ni, aku boleh tabik dengan shot yg memperlihatkan kepada kita betapa gahnya gunung Everest yg menurut filem ini mengorbankan sekurang-kurangnya 19 nyawa. Dalam hati terfikir-fikir jugak babak yg dipaparkan adalah kesan khas komputer atau mmg diambil dipuncak sana?

Yg minat filem ala dokumentari boleh lah layan filem ni. Apa pun aku bagi, 6/10.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...