Langkau ke kandungan utama

Aku.Ekstatik

Dah bbrp hari balik dari Bali, aku masih mcm tak percaya dah sampai situ.

Bila kenang balik empat bulan sudah masa aku nekad beli tiket, di ambang raya puasa pulak, entah apa yg merasuk aku masa tuh, jika aku tak tutup mata beli jugak tiket mungkin aku masih duduk mengadap komputer membayangkan bagaimana agaknya pengalaman melancong di Bali. 

Tangguh tahun ke tahun, menunggu, mencari siapa yg boleh jadi teman ke sana.

Seminggu sebelum terbang ke Bali pun, ada terbit juga rasa ragu-ragu. Apa betul sudah yg aku buat ni? Tak rasa buang duit ke melancong sorang-sorang nih.

Sekarang dah pergi Bali, mengalami percutian penuh budaya itu, walaupun singkat tempohnya, begitu memperkayakan pengalaman aku.

Selama ini aku fikir orang Bali itu orang Jawa. Rupanya orang Bali adalah orang Bali sendiri. Bangsa sendiri, bahasa Bali mereka sendiri.

Mungkin aku silap untuk berspekulasi. Tapi rasanya faktor jati diri ini jugalah yg membuatkan orang Bali utuh berpegang pada anutan Hindu mereka. Hindu sudah sebati menjadi identiti bangsa Bali.

Apa tidaknya di Pulau Bali itu sahaja majoriti penduduknya menganut Hindu.

Tak terfikir kah kenapa boleh jadi begitu?

Aku pernah terbaca jugak yg agama Hindu dikomersilkan di Bali untuk membantu industri pelancongan. Mungkin ada betulnya, mungkin ada tidak betulnya.

Ketika aku ronda-ronda pagi di setiap ceruk kedai, aku perasan amalan agama Hindu itu ada. Tak kiralah kedai tuh warung kecil, toko besar mahupun kedai 24 jam kayak 7-Eleven, akan ada bekas kecil berisi bunga dan pemujaan diletakkan di kaunter atau tapak hadapan kedai.

Kalau apa yg dipamerkan itu sebagai amalan penganut Hindu, maka tidak betullah anutan orang Bali dijadikan lubuk wang semata-mata.


Memandangkan majoriti penduduk Bali beragama Hindu, maka tidak lah aku sesaja boleh redah mana-mana "rumah makan" di Bali tuh untuk mengalas perut yg lapar.

Aku akui, aku hampir-hampir lupa membuat tinjauan hal ini.

Nasib lah aku pernah menonton satu dokumentari percutian bajet ke Bali. Jadi yg paling selamat untuk mendapatkan makanan halal adalah berkunjung ke Rumah Makan yg menghidangkan makanan padang.


Mencari makanan tidak susah jugak sebenarnya. Di Jalan Legian ni kebetulan juga pusat pelancong, setiap langkah ada kedai yg menghidangkan beraneka jenis makanan. Malah ada yg terang-terang terpampang di tanda nama kedai Makanan Islam.

Tepuk dahi!

Pak Darma ada jugak berpesan, kalau nak makan murah pergi bertandang di warung-warung saja. Kalau pergi kedai tuh harga dia mungkin dua tiga kali ganda. Lagi-lagi kalau mcm aku ni yg tak pandai blend orang tempatan. Terus kena tebak pelancong harga pun dpt yg cantik lah!

Itu yg cantiknya kalau pergi bercuti tak pakai khidmat tur nih. Semuanya kena fikir dan carik sendiri. Bila alami sendiri baru lah kita pelajari sesuatu.

Sesuatu yg aku pelajari bila duduk wilayah pelancongan di Bali nih tang baki duit tuh mcm teragak-agak aje juruwang tuh nak bagi balik. Aku perati aje pelanggan lain lepas bayar terus automatik cakap keep the change.

Terbiasa sangat keep the change boleh robek poket kita!

Highlight berkunjung ke tapak pelancongan di Bali pada hari pertama sudah tentulah saat menikmati tarian Kecak di Pura Luhur, Uluwatu. Besoknya, hari kedua dimulakan dengan menonton satu lagi persembahan tarian di Batubulan. Tarian Barong & Kris.


Tiket masuk IDR100'000 dan masa tayangan adalah selama sejam bermula pukul 9.30 pagi.

Menonton Tarian Barong & Kris ni tiada dalam senarai itineri aku. Pak Darma yg cadangkan sebenarnya. Dah ambil satu hari penuh tur apa salahnya isi masa yg ada betul tak?

Masa aku pergi ni, ada kumpulan pelajar sekolah dari Jakarta serta sama. Awalnya semua duduk belakang. Tapi bila persembahan mula mencuri perhatian mereka, satu-satu ambil tempat duduk yg hampir dengan pentas.

Ada satu pelajar ni tersadung masa nak pindah tempat duduk. Nak cover line punya pasal, tahan sakit sama, lepas jatuh buat-buat melentok di bahu aku.

Tersengih aku bila kenang balik skil budak tuh. Dah bersurai dari tengok persembahan pun masih lagi nak pegang bahu aku.

Selesai persembahan Tarian Barong, Pak Darma membawa aku ke Taman Ayun. Asalnya destinasi ni Pak Darma nak bawak pada hari pertama. Seperti yg aku ceritakan sebelum ni, akibat triathlon perjalanan kami terlambat sedikit maka acara pun tertunda ke hari kedua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...