Langkau ke kandungan utama

Taman Ayun

Sekali sekala melancong ke luar negara ni, panjang pulak cerita entri-entri kita yea? Macam cerita ke Bali ni pun nampaknya masih belum habis.

Ingat lagi masa rancang ke Bali ni nak 'treat myself' untuk ulangtahun diri sendiri lah, away from the fuss. Kalau boleh nak stay lama sikit katanya. Rancang punya rancang tak dapat tarikh yg sesuai. Ambil tarikh yg aku mahu harga plak melambung atau dah sold out.

Mahu tak mahu, kita rembat aje mana yg available. Empat bulan kemudian aku selamat mendarat di Bali.

Setel melihat persembahan Barong dan Kris di Batubulan, Pak Darma pandu aku ke Royal Temple atau lebih dikenali sebagai Taman Ayun.

Ayun tuh Pak Darma kata, air.

Royal Temple ni di kelilingi sebuah terusan air. Sangat luas dan terjaga keadaan sekelilingnya. Masuk bagaimana pun berbayar tak silap dalam IDR2'000 sahaja. Okeylah kan kutipan tiket tuh digunakan utk cover perbelanjaan menjaga kuil tuh.


Masuk2 aje Taman Ayun ni aku masuk tempat ni dulu. Sesambil ambil gambar aku curi-curi dengar tour guide tuh explain kat pelancong dia tmpt ni apa. Selain tempat persinggahan penganut Hindu bersiap sebelum masuk kuil, dulunya tempat ni jadi tempat menyabung ayam.


Sedang elok lah ni untuk dijadikan tempat lokasi penggambaran filem Hindi. Cantik sangat rumput di kuil ni mcm karpet. Sori yea Priyanka Chopra tak bleh golek2 kat rumput tuh. Di larang memijaknya!


Semangat beno Pak Darma menjelaskan tempat nih. One of 8 wonders katanya. Yg gerbang kat belakang tuh off limit dah. Boleh bergambar di luar saje tak bleh masuk.


Sungguhpun tak bleh masuk kita masih boleh view apa isi area tuh melalui luar. Ada satu terusan kecil mengelilingi kawasan larangan tuh yg turut dipisahkan dengan sebuah tembok konkrit paras pinggang.


Sayangnya masa aku datang tuh Taman Ayun dalam proses renovasi. Terusan utama yg mengelilingi taman dikeringkan. Kebetulan banyak tempat yg aku lawat ketika ini dlm proses renovation. Agaknya atas sebab bulan Oktober bulan yg sedikit pengunjung berbanding bulan-bulan lain maka dijalankan proses penambahbaikan.

Selesai di Taman Ayun, kami pun bergerak ke Tanah Lot. Tempat ke tiga yg aku ingin sangat nak lawat di Bali!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...