Hujan sepanjang hari. Kalau tak membuta, paling sedap spend time mcm ni, sudah tentulah menghirup soto panas-panas.
Pertama kali sejak hampir 5 tahun bertugas di tempat kerja skrg mencuba soto di Warung Junior Baba ni.
Terangkat beb!
Cukup segala rasa bagi aku lah. Tak cukup semangkuk boleh tapau.
Memandangkan aku malas nak keluar dah time2 hujan ni, aku tapau nasi lemak dan rojak daging dia. Kot2 lapar boleh selitkan aktiviti makan di antara layan dokumentari dan layan mata.
Sehari sebelum ni aku dah kontek Doreen, orang yg atur supir kat Bali nanti. Kitorang janji akan jumpa sehari sebelum aku terbang ke Bali. Mungkin untuk setelkan bayaran kot. Jadi aku fikir tak payah tukar dulu lagi lah duit kalau dah bayar di sini. Ada baki nanti aku tukar aje kat epot lah. Malas nak pening2 kepala.
Selain itu, Doreen ada jugak rekemen kan utk beli simkad negara seberang. Senang dan jimat sikit untuk kontek2 di sana nanti. Bukan nak kontek Doreen ke apa, tu ha supir kat sana nanti.
Tapi mcm biasalah dalam fikiran yg penting boleh hapdet status pesbuk dan moments kat wechat. Paling penting hapdet belog kan? Kah3x..

Ulasan
Catat Ulasan