Langkau ke kandungan utama

Pak Darma

"Sabah dan Sarawak jauh gak?", tanya Pak Darma membuka cerita ketika meluncur perlahan ke destinasi kami pagi itu, Padi Teres di Tenggalalang.

Waktu menunjukkan 10.30 pagi, kami lewat dua jam dari masa yg dijadualkan.

Bukan salah Pak Darma juga. Pagi itu 25 Oktober berlangsung triathlon yg menyebabkan byk jln separuh ditutup.

Sementara menunggu Pak Darma sampai, aku ambil kesempatan ronda-ronda sekitar kawasan hotel.


Berdekatan dgn Skygarden, Legian berdiri sebuah tugu memperingati mangsa-mangsa yg terkorban dlm tragedi pengeboman tahun 2002.

Ada singgah pantai juga tapi tak ambil gambar, video sahaja.

Menjawab soalan Pak Darma sebelum itu, aku bertanya kenapa dia ingin tahu jarak Sabah dan Sarawak?

Pak Darma pun bercerita.

Pak Darma awal tahun ni baru sahaja memulakan perusahaan tur ini. Antara pelanggan terawalnya seorang tamu dari Sarawak.

"Dari kayak dia bercakap seperti orang Cina ya", tambah Pak Darma memperkenalkan bekas tamunya itu sebagai Amelia.


Destinasi pertama hari pertama, Padi Teres di Tengalalang, Ubud. Sejuk mata memandang kehijauan di sini. Elok kalau pergi pagi sedang embun masih menyaluti dedaun menghijau.

Aku pulak dah sampai tengahari. Nak ambil gambar pun berkerut menahan terik.

Ada juga aku cuba menuruni teres melalui denai2 kecil yg disediakan, namun cukuplah separuh jalan. Ketik2 gambar sikit. Dan melihat keletah budak2 memaksa turis membeli poskad aku kembali naik.


Kalau minat kerja tangan bolehlah singgah Ubud. Tak singgah Ubud pun ada byk gerai sepanjang perjalanan ke Padi Teres ini yg menjual aneka kraftangan dan lukisan.

Di sekitar kawasan ini jugak ada gerai-gerai jual kopi luwak bali yg populer itu.

Amelia menurut Pak Darma butuhkan pertolongan. Pak Darma yg percaya pada karma tidak banyak soal malah mengorbankan satu hari tidak bekerja demi mencarikan baju karate buatan Bali permintaan Amelia. Kita tolong orang nanti tuhan tolong kita balik lah lebih kurang begitu.

Sudah tu Pak Darma terpaksa mendahulukan wang sendiri campur lagi ongkos pos lajunya semuanya lebih kurang RM800.

"Berapa pasang baju karate yang dipesan", kerutku hairan bila mengetahui jumlah kesemuanya sebesar itu.

Ada empat pasang beritahu Pak Darma. Oleh kerana mendesak perlukan segera Pak Darma kirim menggunakan khidmat pos laju.


Usai di Tenggalalang, Pak Darma bawa aku singgah di sebuah kuil di Batuan. Masuk adalah percuma tetapi kenalah ikut adab yg ditentukan. Wanita yg datang haid tidak dibenarkan masuk.


Memandangkan ini kuil pertama yg aku masuk untuk kunjungan pertama ke Bali ni aku mcm sedikit sakai. Semua sudut kalau boleh aku rakamkan.


Ketik sana ketik sini.



Ketik lagi asal jgn sampai getik yea.


Menarik seni binanya yea? Tak tengok lagi kuil2 yg lainnya. Merata tempat ada!


Pak Darma menawarkan diri mempotretkan kita yg burok ini di pintu gerbang masuk pura batuan... Keh3x.

Dengan kos menyamai RM800, jumlah yg BESAR bagi rakyat Bali, ditambah baru lagi menceburkan bidang tur, kewangan belum stabil Pak Darma terpaksa meminjam-minjam duit termasuk dari isterinya.

Semasa membuat permintaan bukan main lagi si Amelia. Setiap jam mengingatkan tentang pesanannya itu. Bila sudah dipos mcm2 alasannya.

Belum sampai lah, walhal rekod di kantor pos menunjukkan barang sudah diterima.

Sudah terima liat pulak membayar. Selepas membayar sedikit itu pun tidak habis kos posnya nombor Amelia terus tidak aktif.

Perbuatan begini mmg tidak mengenal warganegara. Tetapi sebagai rakyat Malaysia aku malu sendiri-sendiri.

Terbit simpati pada Pak Darma. Kalau nak tipu orang pun Amelia oi cari lah yg kaya sikit!

"Saya pasti dia ga akan tenang pakai baju itu."

Diam-diam aku bersetuju.

Selesai dua destinasi kami hari pertama kami berinut ke destinasi terakhir hari itu. Pura Luhur Uluwatu. Dan juga menyaksikan tarian api dan kecak.

Nantikan entri berikutnya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...