Langkau ke kandungan utama

What Happened in Bali?


Tak lengkap rasanya kalau melancong ke Bali tidak menyaksikan Kecak Dance. Salah satu tempat yg paling digemari untuk menyaksikan tarian ini yg juga merupakan pengisahan Hikayat Ramayana sudah tentulah di Pura Luhur Uluwatu.

Malas nak singgah tempat lain, selepas Pura Batuan langsung saja Pak Darma membawa aku ke Uluwatu.

Ada cerita kenapa aku teruja sangat ke tempat nih.


Aku memang teringin sangat nak pegi Pura Luhur Uluwatu ni sejak menonton sebuah drama Korea yg pernah ditayangkan di NTV7 sekitar tahun 2006 (drama diterbitkan pada tahun 2004).

Untuk teka apa tajuk drama Korea tuh aku bagi petunjuk di sini.


Banding gambar sekarang dengan yg ada dlm video mmg agak berbeza sedikit persekitarannya. Apa pun tangganya tetap yg sama.


Dah jumpa tangga tuh apa lagi sakan lah selfie di situ. Sebelas tahun berangan dik, baru skrg kita dapat menginjak tempat nih.


Masa tiba tuh sekitar pukul tiga petang. Panasnya matahari mencanak di ubun-ubun kepala. Perit rasanya kulit muka. Silau mata melawan panahan cahaya. Namun semua itu dikuis pergi bila harga yg perlu dibayar tidak dapat dibandingkan dgn pemandangan yg sebegini indah.


Mengomel-mengomel juga biarlah gelap balik nanti selfie tetap dari mana jua sudut yg terfikirkan. Panas-panas begitu, alangkah sedapnya terjun tiruk aje ke bawah???


Perasan tak ada cik nyet kat tanda nama tuh? Itu penghuni setia Pura Luhur Uluwatu. Jaga-jaga dengan barangan korang bila ke sini. Cik nyet ni pandai culik barangan seperti botol mineral, cermin mata untuk ditebus dengan makanan.

Nakal sekali, tapi jangan risau di merata tempat ada penjaga cik nyet ni. Laporkan saja kepada pekerja yg bertugas kalau Rayban pasar malam korang dikebas cik nyet.


Itu rasanya berhala Hanuman yg memayungi kolam mandi cik monyet sekeluarga di pura ni. Aku tak ambil gambar dekat sebab ada sedikit renovasi sedang berjalan ketika gambar ni di ambil.


Apa dia lah yg aku tunjuk tuh... Semangat beno kan? Itu adalah teater tempat melihat tarian Kecak tuh. Masa ni sekitar pukul 4 lagi aku sendiri pun mmg dah tak sabar nak nonton. Penat dah pusing-pusing kat pura ni nak habiskan masa. Tiket pula hanya mula dijual pukul 5 ptg.


Kaunter tiket dah mula dibuka. Pak Darma yg tolong beratur pegi belikan tiket. Aku duk perati aje lah dari belakang. Aku saje pegi beli awal supaya boleh masuk teater dan pilih tempat terbaik untuk menikmati persembahan dan juga meninjau matahari terbenam... gitu kan?


Sayang sekali yea, biar mana pun aku duduk petang tuh, matahari terbenam tidak kelihatan di tabir senja. Matahari menghilang di balik kabut asap yg menyelubungi pemandangan petang itu. Jerebu tak teruk sangat di Bali tapi kesan dia tuh tetap dirasai.


Ini je yg sempat aku rakam pembukaan Kecak Dance nih. Persembahan bermula pukul 6 ptg berlangsung selama 1 jam. Di hujung persembahan, penonton boleh turun bergambar dengan penari-penari yg menjayakan persembahan.

Aku mcm mn pun terus saje balik. Tak larat nak menongkah arus penonton yg menuruni teater. Lagipun seharian tuh aku belum lagi isi perut. Sekadar minum air mineral saja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...