Sesambil minum milo panas menghadap pisi, wap berkelun-kelun naik ke udara, akal ligat mencari aplikasi kata-kata ni (gambar di atas) dalam situasi semasa.
Di lobi kelihatan pekerja sibuk menanggalkan deko krismas yg sudah dibuat bbrp minggu sudah.
Poop. Gelap.
Diikuti derap bergegas ke kaunter utama, di mana aku berada. Kali terakhir lobi bergelap, seseorang dibelasah.
"Saya risau kalau terjadi apa2", beritahu Hendry bersungguh-sungguh dgn staf sekuriti yg lain dibelakangnya
"Black out biasa saja, Hendry", jelasku pada Hendry sebelum dia beredar dgn telefon bimbit yg telah bertukar peranan menjadi lampu picit.
Bbrp detik kemudian, lampu hidup semula. Dari jauh kedengaran deru penjana kuasa milik hotel.
Selain kawasan hotel, seluruh kawasan sekitar bergelap.
Shah yg tadinya buat kerja-kerja menghias lobi, berhenti dan meminta kunci bilik penjana. Mesin penjana hanya boleh beroperasi selama empat jam (tangki penuh). Mungkin lebih kalau hotel tidak ramai penginap seperti malam ini.
Siap hidupkan komputer, aku sambung semula mengarang entri ini.
Aku tersenyum.
Bbrp hari sudah aku terima wasap dari seorang kenalan. Kalau bukan ada gambar profil sudah tentulah aku tidak tahu siapa penghantar mesej tuh.
Aku tak ingat bila aku bagi nombor fon aku ni. Rasanya zaman sebelum aku berhijrah ke telefon pintar lagi.
Isi mesej tak lah begitu penting sangat. Cuma aku kagum dgn org ni masih simpan nombor aku setelah sekian lama walaupun tak kontek lebih dari dua tahun.
Some people, it seems. Never. Really. Give up.
Telefon kaunter berdering. Panggilan dari luar. Sblm menjawab panggilan aku jeling jam dinding. Siapa pagi2 buta telefon ni, bisik hati aku.
"Saya dari pondok lima yg buat barbecue di sini bah, banyak ikan kami ni tidak habis kami bakar. Boleh kami tumpang freezer?", pinta suara perempuan di hujung talian.
Aku tak tahu pun ada pondok lima di kawasan hotel. Dan yg penting sekali, siapa bagi kebenaran perempuan ni berbarbeku sampai dua pagi?
Selesai memberi penjelasan panjang lebar, aku pun letak ganggang telefon sebelum menyambung semula entri ni.
Setelah bbrp jeda, jari aku sambung menari di atas papan kekunci membentuk ayat.
Entah lah aku pun tak faham, kenapa ada org tidak boleh lupakan aku semudah itu. Bukan aku berbangga atau apa, tapi bukan kah lebih baik kejar benda lain yg sememanganya mahu dikejar?
Aku tidak balas mesej wasap tuh.
Berharap dalam hati agar dia faham, yg aku mahu dia lupakan aku sebagaimana aku lupakan dia.
Sebaik tekan butang "publish" api kembali seperti biasa.

Kejam
BalasPadam