Jam menunjukkan pukul 2 ptg. Kalau lama2 pun di galeri Angkor D'Artisan pun bukan boleh beli apa pun. Lagi baik lompat masuk tuk tuk terus saja ke destinasi terakhir kami pada hari ketiga. Cambodia Cultural Village. Asalnya aku tak calonkan pun lokasi ni utk dilawati. Mmg ada yg rekemen tapi tak terfikir nak masukkan dalam rancangan perjalanan sehingga lah Adhie bersuara. Berbelah bagi juga mulanya nak masukkan tempat ni sebagai destinasi kami. Satu sebabnya nak meneroka Cambodia Cultural Village ni ambil masa. Keselurahannya ada 13 kampung dan ada bermacam persembahan diatur setiap hari. Takan kau bayar masuk 12usd, kau nenong2 sejam puas hati lepas tu kau terus keluar kan? Paling2 pun kena peruntukkan 3 ke 4 jam jugak di sini dari yg disarankan separuh hari. Memandangkan berlaku perubahan pada jadual nampaknya tidak jadi masalah utk lama2 di situ sampai habis semua persembahan kira-kira 7 ptg. Semasa mula masuk kampung budaya nih, gajet aku mengalami sedikit masalah tek...
Leka, Liku Hidupku