Langkau ke kandungan utama

Cambodia Cultural Village

Jam menunjukkan pukul 2 ptg. Kalau lama2 pun di galeri Angkor D'Artisan pun bukan boleh beli apa pun. Lagi baik lompat masuk tuk tuk terus saja ke destinasi terakhir kami pada hari ketiga. Cambodia Cultural Village.

Asalnya aku tak calonkan pun lokasi ni utk dilawati. Mmg ada yg rekemen tapi tak terfikir nak masukkan dalam rancangan perjalanan sehingga lah Adhie bersuara.

Berbelah bagi juga mulanya nak masukkan tempat ni sebagai destinasi kami. Satu sebabnya nak meneroka Cambodia Cultural Village ni ambil masa. Keselurahannya ada 13 kampung dan ada bermacam persembahan diatur setiap hari.

Takan kau bayar masuk 12usd, kau nenong2 sejam puas hati lepas tu kau terus keluar kan? Paling2 pun kena peruntukkan 3 ke 4 jam jugak di sini dari yg disarankan separuh hari.

Memandangkan berlaku perubahan pada jadual nampaknya tidak jadi masalah utk lama2 di situ sampai habis semua persembahan kira-kira 7 ptg.

Semasa mula masuk kampung budaya nih, gajet aku mengalami sedikit masalah teknikal. Tak tau nak buat apa aku ambil keputusan utk ketepikan saja dulu dan nikmati apa yg dihidangkan oleh kampung budaya di Kambodia nih.

Keputusan yg aku takan menyesal malah skrg bila pandang balik belakang, apa yg terjadi ada hikmatnya.

Untuk pengetahuan semua ini adalah kampung budaya yg pertama aku masuk.


Masuk2 aje Wax Museum disapa oleh patung lilin Apsara.

Apsara ni elemen yg begitu penting dalam budaya orang Khmer ya. Di Angkor Wat saja dikatakan ada 2000 ukiran Apsara.

Menurut dongeng mitologi Hindu apsara ni adalah penari-penari bidadari yg terhasil dari kocakan laut susu oleh seekor ular gergasi bernama Vasuki yang melingkar di kaki gunung Mandara.

Kocakan laut susu itu juga turut menghasilkan Amrita, yg diminum oleh Deva dan Asura untuk hidup kekal abadi.


Ini Apsara yg betul ya bukan patung lilin. Penari-penari di kampung budaya ni jugak. Tapi kalau teliti mereka disolek bak lilin je kan?


Komuniti Champs yg beragama Islam di Kambodia. Ada satu masjid replika  dibina di kampung budaya ni yg terletak di kampung Champs lah kan?


Ini sekadar sedutan je lah apa yg menarik... Kalau nak tahu kena pergi lah kan? Pergi jangan tak pergi.

Oh ya lupa nak cakap. Masa kami tinjau2 hari tu tiket masuk 12usd... Bila kami beli tiket, mungkin jugak dari travel agent di  Siem Reap kami dicas sekepala 15usd. Nasib lah berbaloi dgn harga bila masuk. Kalau tak meroyan jugak lah bayar mahal2 mcm tuh.


Salah satu kawasan feberet aku di kampung budaya ni sudah tentulah taman miniaturnya. Kalau bukan kerana teriknya sang mentari mau saja aku berpiknik di situ sambil mencari sudut yg sesuai utk mempotretkan setiap miniatur yg dipersembahkan.

Tapi apakan lah dayaku, tidak berupaya menahan pancaran lembayung UV yg menggelapkan... Ahaks.


Ini kami tengah menonton persembahan kedua hari tuh. Kalau prasan kat belakang antara aku dan Adhie adalah Syukri. Dia masuk tengok persembahan sama sebab temankan seorang pelancong yg dia bawa dari Indonesia.

Pelancong tu gerak solo gitu... Teringat nasib diri kita semasa ke Bali.


Eh ni macam mana aku boleh ada kat pentas tuh? Diam-diam jadi artis kampung budaya pulak aku ni yea?

Ni majlis perkhawinan tradisional orang Khmer kut. Yg diambil jadi pengantin tu pun dari kalangan penonton jugak. Nasib lah aku tak payah nak tukar2 baju. Naik pentas selebet je...


Mesti korang tertanyakan aku jadi apa dalam drama yg dipentaskan nih. Watak tanpa dialog aku ni jadi bapa kepada pengantin lelaki. Yg duduk sebelah aku tuh isteri olok-olok aku lah. Kena tarik dari kalangan penonton jugak.

Okeylah, Madhuri Dixit gitu.


Selain aku, Adhie jugak turut diminta untuk menjayakan persembahan. Ini tak silap aku persembahan yg terakhir utk hari tuh. Sempat lagi bergambar kenang-kenangan Maya, aku dan Adhie dihujung persembahan bersama penari-penari kampung budaya nih.


Dalam banyak-banyak kenangan tu kenangan semasa masuk ke Judgment Tunnel ni lah yg aku sampai skrg tak boleh move on.

Nak masuk ni dikenakan lagi bayaran tambahan sebanyak 1.50usd.

Mula2 tuh berbolak-balik jugak semua nak masuk ke tidak sebab dikenakan lagi bayaran tambahan. Padahal bayaran masuk dah besar sebanyak 15usd!

Memandangkan Maya terhengen sangat kami semua pun setuju aje.

Yg lain dah siap bayar tu aku masih sibuk mengemas gajet2 aku masuk beg sesambil tunggu baki duit aku dipulangkan.

Dalam keadaan aku tak bersedia utk masuk rumah hantu, tetiba Maya menjerit yg membuatkan semua panik.

Drama lucu bermula.

Tak silap aku tak sampai pun bbrp minit kami di dalam tuh dah keluar entah dari pintu mana. Memang pecah perut dibuatnya bila mengenang balik detik-detik di dalam tuh. Semasa kami ke Art Center Night Market pun kami masih bercerita tentang keriuhan dalam gua hantu tuh... Hahahaha...


Seperti biasa aku dah buat video utk recap semua kegiatan untuk hari ke tiga.




Selesai membeli ole-ole segala kami pun melepaskan lelah di jambatan yg menyeberangi terusan ke Art Center Night Market nih. Dalam lelah, dalam lucu sedar tak sedar percutian kami sudah ke penghujung.

Esok akan berulang lagi naik kapal terbang balik ke Malaysia meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa.

Seribu kenangan, Siem Reap. Hingga ketemu lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...