Langkau ke kandungan utama

Pub Street


Jejak balik perjalanan kami berempat pada 11 Sep 2017.

Aku pun tak tau google maps rekod semua ni pada mulanya. Duk carik2 info lokasi2 untuk hapdet belog aku terjumpa secara tidak sengaja yg google maps menyimpan rekod perjalanan ke mana jua kita pergi.

Ini sedikit sebanyak membantu aku mengesan balik setiap langkah kami di Siem Reap.

Tengok dari masa yg dicatatkan kami meninggalkan Ta Phrom pada 10.58 pagi (waktu tempatan). Dalam 11.34 kami sudah berada di Wau Restaurant untuk makan tengahari.

Memandangkan Wau Restaurant ni pun pertama kali, jadi aku pilih menu yg aku kenal dari malam sebelumnya.

Menu terakhir yg mengisi perut aku malam sblmnya adalah Nasi goreng ayam loklak dan Lembu naik bukit.

Lembu naik bukit tu tak nak dah lah kot sebab mahal. Pilih yg murah sikit yg ada loklak-loklak tuh.

Aku pun apa lagi tunjuk lah Nasi Goreng Daging Loklak. Air aku dah tak ingat... Jarang aku snap air yg aku pesan bila makan kat mana2 pun.


Sampai-sampai dapat yg nih.

Kenapa macam nasi goreng daging merah eh?

Habis makan kami pun mintak Syukri hantar kami ke Adan World balik untuk rehat-rehat. Kalau boleh nak lelapkan mata kejap dan pukul 5 ptg tu kami gerak balik untuk ke Night Market.

Lima petang tuh Syukri pun jemput kitorang balik, tapi dia tak bawak kami terus ke Old Night Market. Entah mana dia bawak dalam Google Maps tak rekod nama. Perjalanan tuh ada tapi nama takde.

Seingat aku tempat tu ada jual barangan ukiran perak dan sutera segala.

"Tengok-tengok boleh, kalau tak nak beli pun tak pe", beritahu Syukri.

Hurmmm... lain tempat nak pergi, lain pulak kita kena bawak lah Syukri nih.

Old Night Market ni masih jugak tak sampai nih. Syukri drop pulak kami di Hardrock Cafe. Di situ Cietieto beli bbrp kemeja-T buat ole-ole.

Aku tengok ja, tak minat sangat jenama Hardrock Cafe nih.

Di Old Night Market ni aku buang duit banyak sikit. Aku borong skarf, fridge magnet dan poskad di situ, baki-baki ole-ole tu mungkin aku nak beli key-chain atau apa2 lah yg cukup dengan bajet aku.

Tips aku jangan beli ole-ole kat sini, harga yg ditawarkan mahal sikit. Kena rajin tawar menawar. Kalau aku ni jangan harap lah nak menawar berat mulut.




Beginilah rupa keadaan Pub Street. Pada pandangan aku takde apa sangat lah sebab bukan boleh makan atau minum kat sini pun. Nampak macam meriah jugak kanan kiri ada kedai makan yg dibuka khas utk para pelancong.

Ada satu gerai kecik yg jual makanan eksotik seperti kala jengking goreng. Nak cuba boleh, tapi kalau nak gambar 0.50usd ya...

Suh beli makan pun aku tak mau, amik gambar bayar pun aku tak hengen!

Aku hanya ada singgah kat satu kedai ala 7E je di Pub Street nih untuk beli dua botol air mineral bikin pembasah tekok...

Lepas tu mungkin kami ada singgah lagi Night Market (yg tadi old yg ni YOUNG KER?), tinjau2 barang.






Selesai cuci-cuci mata kami pun berangkat ke Muslim Family Kitchen Restaurant untuk makan malam.

Memandangkan aku pun dah hampir 70% setel beli ole-ole malam ni aku pikir nak cuba-cuba menu yg mahal sikit. Selain Lembu Naik Bukit, menu yg aku pesan ni pun antara yg direkemen oleh waitress restoran nih.

Aku apa lagi terus aje pesan, tambah2 lagi bila tahu lauk datang sekali dengan nasi putih.


Ha tu dia...

Nama menu spesel lah sangat... Fish in the morning glory pond.

Hambek ko. Harga 6.50usd... Aku makan tak habes, kengkawan tolong kuis2 sikit isi. Baru separuh ikan aku dah kenyang.

Aku tak tahu lah kenyang apa sebenarnya. Kenyang makan ke atau kenyang minum air.

Dari tadi asyik duk tunggang air botol aje.

Malam tu dalam pukul 10 begitu sempat lagi aku keluar dengan Adhie beli jajan2 di Asia Plaza, sebuah supermarket yg dibuka 24jam. Sambil keluar sambil usha jugak ole-ole yg menarik. Di situ aku berkenan dengan fridge magnetnya.

Tapi aku tak beli malam tu jugak. Esok kami datang beli. Yalah gopoh sangat beli sekali tengok ada lagi tempat jual lebih murah. Padan muka sendiri.


Untuk recap perjalanan kami hari kedua boleh lah layan video yg aku haplot ke youtube nih. Selamat menonton!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...