Langkau ke kandungan utama

Tonle Sap

Bila Safy bagitau destinasi pertama kami petang tu adalah Tonle Sap ada terbit rasa sedikit kecewa.

Aku faham jugak gara-gara drama hotel tuh, jadual perjalanan mungkin akan berubah. Somehow kan, I trust Safy punya choice petang tuh. Bukan jugak sebab "drama hotel" tu tapi mengakui hakikat yg Safy penduduk tempatan dan berpengalaman pula dalam menyediakan khidmat tur di Siem Reap.

Siapalah aku yg nak membantah mana aturan yg lebih bagus.

In the end, pengalaman hari pertama menyelusuri Tonle Sap dikala senja (rancangan asal di Taman Arkeologi Angkor) adalah antara yg paling indah aku pernah lalui.

Tonle Sap ni satunya aku nak pergi sebab pernah terbaca dalam buku teks sekolah dulu-dulunya. Tak ingat dah matapelajaran apa. Geografi agaknya ya, yg memperkenalkan Tonle Sap sebagai tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara.

Bila monsun datang, paras air Tonle Sap akan naik 10x ganda dari yg asal. Bila dah naik tu air tasik melimpah menjadi nadi kehidupan penduduk di Siem Reap, dari dulu dan mungkin juga zaman skrg.

Tonle Sap ni jugak dikatakan bersambung dengan Sungai Mekong.

Sebelum sampai ke Tonle Sap, Safy singgahkan kami di sebuah Lotus Farm. Ekceli dgn matahari terik sekitar 4 ptg mmg rasanya takde yg menarik utk aku shot. Kalau pagi rasanya mesti mood di Lotus Farm tuh lebih cool dan tak le berkerut muka nak bergambar.

Teratai-teratai pun nampaknya byk lagi yg tak kembang, atau dah kembang tapi dah diraih oleh pengusaha ladang tuh paginya.


Apa-apa pun kita wefie 360 dulu dan shut apa yg patut utk bikin bideu kemudian.

Tengok tiga org tu lagi bukan main sakan lagi berselfie sana berselfie sini. Aku nantilah simpan utk kemudian (tapi sampai ke sudah takde selfienya aku ni terlupa benor).

Dalam perjalanan ke Tonle Sap mcm2 jugak pemandangan yg aku lihat. Ada premis yg gantung banyak hammock, ada jual biji teratai... Rumah-rumah di situ pun seakan sama dengan rumah yg ada di Malaysia.

Feels like home already, gitu.

Dah sampai Tonle Sap kami pun tak buang masa terus beli tiket dan memulakan cruise dgn guide yg becok (tapi susah nak dengar sbb bunyi bot tu lagi kuat dari suara dia).

Dengar guide tu petah bercerita, tak terfikir langsung yg di jeti, kanan-kiri floating village dalam mula-mula perjalanan tuh sebenarnya belum lagi Tonle Sap. Itu baru sungai kecik yg mengalir keluar/masuk ke Tonle Sap.


Bila merujuk rekod perjalanan yg dirakam oleh google maps, laluan yg kami lalui tuh baru sungai yg bernama Siem Reap. Mati-mati fikir masa kat jeti tu dah Tonle Sap.


Harga cruise ni agak hebat jugak ya. Lumayan, satu kepala dikenakan 15usd. Memandangkan dah ada dalam jadual perjalanan mmg within budget walaupun asalnya letak 12usd. Redah je lah dalam redho kekdahnya.

Safy pun ikut jugak sekali agaknya nak jaga kami dari kena scam mintak derma. Ada baca banyak rungutan pelancong yg mereka kena kencing melancong sambil beramal. Dibawa ke sebuah sekolah dan dipaksa beli beras utk menderma.

Tak kisah sangat kut menderma tuh, tapi kalau kena paksa aku pun tak suka jugak.

Sama lah halnya bila kami habis ke daratan semula selepas lebih dua jam berbot tiba-tiba kami didatangi bbrp kanak-kanak menghulurkan pinggan kecik dengan gambar muka kami.

Maya dah siap pegang dan ucap terima kasih sebab mungkin berfikir itu cenderamata utk kami.

Tapi ha, FIVE DOLLAR, jerit budak tuh mintak bayaran atas hasil khidmat ghaib mereka yg membuatkan Maya sorong balik piring tu ke tangan budak-budak tuh.

"I don't have money", tipu Maya.

Aku tak sempat pegang tapi ada nampak gambar muka aku dlm piring.

Bila masa pulak aku kena snap ni tak ingat lah tapi menurut Adhie mmg ada yg ketik masa kami serahkan tekit di jeti sblm naik bot...

Hebat btol paparazi Siem Reap nih ha... Sampai kita tak sedar kena gambar.

Bila tak mahu bayar budak-budak tu pun tawar harga lebih rendah sampai lah ke one dollar.

Masa tu kan kami baru je sampai di Siem Reap. Takde duit kecik, jadi susahlah nak membayar. Kasihan jugak tengok sampai menepuk dahi, tapi nak bayar pakai apa? Mahu tak mahu terpaksa je lah menolak.

Apa jadi dgn kami punya gambar dicetak pada piring tuh tak tau lah. Jangan dijaja sudah lah ya. Kita bukan retis.

Highlight petang tu selain sunset yg menarik sudah tentulah aktiviti bersampan di Flooded Forest. Aku tak berapa pasti lokasinya, tapi setahu aku tempatnya di Kampong Phluk.


Masa awal-awal dulu mmg ada jugak rancang nak pegi tempat ni, memandangkan jauh dan makan byk masa aku drop destinasi nih. Plus kawan2 pompuan show some concern pasal tmpt ni... Takut gitu.

Tak tahulah video yg kami tengok tuh nampak byk stilted village... Yg ni takde pulak. Dah tu muka semua yg macam tak mandi walaupun dorang duduk tepi Tonle Sap yg digenang air sepanjang tahun.

Tempat yg bot kami turunkan tu tidak spt video yg kami tonton tuh. Cara pengurusan dan layanannya sangat mantop.

Walaupun plan asal ada tapi dah sampai tuh aku apa lagi, teruskan aja dengan apa yg dihadapan mata. Harganya pun wow, boleh beli bluray sejibik.

Harga bersampan keliling flooded forest tuh, 20usd seorang. *baca dengan nada flat*

Aku dulukan duit dengan alasan nak pecahkan duit. Hakikatnya aku takut ada yg bertukar hati tak mahu join sebab harga tinggi.

Dah jauh2 datang apa salahnya kan? Melancong ni selain nak show off gambar percutian dikira melabur jugak utk kenangan.

Bila kau dah berada di flooded forest tuh, harga 20usd tu mmg berbaloi. Mungkin ada yg murah kut, tapi rasanya cruise ni yg paling selesa... staf dia pun peramah.

Habis bersampan dapat sebotol air mineral dan tisu basah buat lap muka.

Curlass gitu layanan!

Untuk layan senja lebih lanjut kami diturunkan di sebuat lokasi, crocodile restaurant. Aku tak share hasil 360 aku di sana sebab dah remang-remang senja. Kamera 360 aku perform very bad dalam keadaan lighting muram mcm tuh.

The rest nanti korang boleh lah jenguk di youtube utk hari pertama seperti yg aku sisipkan di bawah...


Malam kami tak buat apa2 sebab nak simpan tenaga  utk destinasi esoknya (kena bangun awal). Sebelum balik kami mintak singgah restoran halal, namanya Muslim Family Kitchen Restaurant. Di sepanjang percutian kami, restoran ni je yg kena dengan tekak kami. Jadi setiap harilah kami datang restoran nih sejak malam pertama (kecuali sekali).


Ni lah meals pertama kami di Siem Reap. Aku pesan Ayam Loklak dan kami semua setuju utk cuba menu yg kerap disebut-sebut dlm mana-mana belog... Menu Lembu Naik Bukit.

Rasanya okey jugak sedap, daging tu digril depan mata kita dengan bekas yg spesel bersama sayur-sayuran. Siap gril Lembu Naik Bukit dihidangkan dengan bbrp jenis sos.

Satu set tuh tak silap aku 7.50usd.

Hari-hari bayar 7.50usd boleh bocor kocek! Makanan kedua paling mahal aku pernah order di Siem Reap nanti aku kongsi di entri berikutnya.

Tips: Sediakan duit tips barang 1usd atau 2usd utk kedua-dua pemandu dan jurupandu bot Tonle Sap. Mereka akan mintak tips utk khidmat mereka, walaupun kau dah bayar sampai 15usd utk boat ride tuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...