Langkau ke kandungan utama

Angkor Wat

"Kita ikut jak org yg jalan tuh", pesan Cietieto.

Selepas diturunkan oleh Syukri di pintu masuk Angkor Wat, pandai-pandai kami lah untuk mencari arah.

Dalam kelam cahaya pagi, dari kejauhan berbalam-balam kelibat pengunjung berduyun-duyun menyeberangi moat seluas 200meter melalui sebuah jambatan sementara.

Semasa kami datang, tambak asal ditutup untuk kerja-kerja pembaikan.

"Tu na Angkor", jerit Cietieto mengunjuk mulutnya ke arah lima menara wat berbentuk seakan kudup teratai sambil mempercepatkan langkahnya.

Aku memberhentikan langkah, menarik nafas seolah-olah cuba mengabadikan momen ini. Mataku tertancap tepat pada menara wat yg menaung langit pagi itu.

Ketemu juga kita akhirnya Angkor Wat, bisik hatiku.

Cietieto mendahului kami. Maya hanya membontoti kakaknya itu. Sementara Adhie masih dibelakang sibuk mengetik kamera henfonnya.

Dari tips yg aku baca sudut paling menarik untuk ambil pemandangan Angkor Wat yg dilatari matahari terbit adalah dari bucu paling kiri kolam teratai.

Tak dapat kiri asal dapat shot yg ada bayang2 dalam kolam pun jadi lah. Inilah hasilnya seperti yg aku haplot di flickr.com

Sunrise at Angkor Wat.

Waktu ni aku sibuk dengan ambil gambar, aku pun dah tak tahu di mana dah yg lain? Mungkin yg lain pun dah mula swafoto dari hujung ke hujung.


Cuba carik mereka dalam gambar 360 ni. Ada tak?

Bila dah terang sikit kami pun memasuki Angkor Wat. Aku terus saja ke galeri luar yg menempatkan ukiran-ukiran dinding sepanjang 2km. Setiap ukiran dinding mengisahkan satu epik Hindu. Ada lapan epik semuanya.


Aku ke galeri dinding tu sebab nak gambar ukiran dinding Suryavarnam II bersemayam (dulunya bersepuh emas), raja yg menitahkan pembinaan Angkor Wat.

Angkor Wat mengambil masa kurang 40 tahun utk dibina. Asalnya sebagai rumah pemujaan dewa Vishnu, dalam kepercayaan orang Hindu. Oleh itu struktur pembinaannya melambangkan kosmologi alam mengikut kepercayaan orang Hindu.

Lima menara yg menjadi lambang kebanggaan orang Kambodia seperti dalam bendera negara mereka, merujuk kepada pergunungan Meru yg menjadi kediaman dewa dewa kepercayaan orang Hindu.

Moat sepanjang 6km persegi mengitari Angkor Wat pula melambangkan lautan kosmik hindu.

Apabila agama Buddha mengambil alih kedudukan sebagai agama rasmi (sehingga skrg) pada pertengahan kurun ke-12, Angkor Wat perlahan-lahan ditukar menjadi tempat keagamaan orang Buddha.

Sehingga kini Angkor Wat masih berfungsi sebagai tapak keagamaan penting di Kambodia malah merupakan kompleks keagaaman terbesar di dunia. Jika dibandingkan dengan Vatican City, Angkor Wat adalah empat kali ganda lebih besar.


Usai melihat galeri ukiran aku terus sahaja menjenguk setiap empat lembangan (kini kering) yg berada di paras bawah wat sementara Cietieto dan Maya melepaskan lelah sebentar.


Panjang barisan nak ke tingkat atas (Bakan) di mana terletaknya 5 menara tuh. Sementara menunggu Adhie sampai utk berbaris aku ambil gambar 360.

Masa naik tu je ramai beratur, lepas dah turun dah takde org beratur. Agaknya tadi baru bukak kut tu yg ramai menunggu.


Di bawah menara paling tengah tu ada berhala. Kawasan tak dihias sangat macam kawasan yg belah bawah. Nampak macam kosong aje. Agaknya yg dibawah lebih mudah utk org datang kut. Tangga nak naik atas ni curam-curam belaka.


Masih lagi di atas dan terus ketik dan ketik sana sini. Cietieto dan Maya kepenatan mereka tak mahu panjat tangga ke atas ni.

Banyak sangat tangga kan, betis dan peha sakit-sakit sampai seminggu.

Satu lagi kami keluar tak isi perut apa. Pikir boleh lah sarapan dulu lepas habis pusing Angkor Wat. Rupanya makan angin aje.

Lagi-lagi kat kawasan Taman Arkeologi Angkor ni dan juga Siem Reap umumnya agak susah sikit nak dptkan makanan halal. Kalau nak jugak kena keluar dari taman ni lah.

Alah macam tak biasa puasa kan?

Habis pusing Angkor Wat dua botol air mineral aku teguk. Dua botol kecil tu ONE DOLLAR.

"Not one, One-One".

Selama jadi tetamu Angkor Wat sempat lagi aku kena kencing.

Di sekitar Angkor Wat ni ada banyak jugak penjaja menjaja bermacam barang. Ada jual kain skarf, seluar dan yg menarik perhatian aku dari awal adalah sebuah buku bertajuk Ancient Angkor.

Masa sampai tuh mmg ada jugak didekati oleh penjual buku nih. Tapi biasalah buat2 kekwat dulu.

Dah balik menikmati Angkor Wat baru terasa bermanfaat juga kalau ada buku satu utk dijadikan panduan. Aku dah ada beli satu buku tapi ditinggalkan sebab nak "travel light" gitu.

"Don't touch me! You're disgusting!"

Terkejut aku dengan makian seorang pelancong ni bila mereka didekati oleh penjaja. Kalau iya pun bersopan lah sikit. Orang tu bukan mencuri, menjaja mencari rezeki yg halal.

Bila mencari rezeki yg halal ni berfikir pulak aku. Ada konsep halal ke?

Satu yg menyebabkan aku tertarik nak beli buku Ancient Angkor tuh sbb aku dgr harga yg ditawarkan 1usd.

One.

Aku salah dengar ker?

Not one, one-one. 1-1... Eleven dolar.

Tepuk dahi sekali dan jadi modal ketawa sepanjang perjalanan kami sebelum sampai ke Bayon, destinasi berikutnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...