Langkau ke kandungan utama

Adan World

Alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik dari cuti-cuti di Siem Reap, Kambodia selama 4 hari 3 malam. Sampai je rumah aku pun menyibukkan diri hapdet itu ini, bikin bideu, check gambar segala.

Pengagihan cenderamata aku mulakan selepas masuk kerja. Tak banyak sangat setakat ole2 kecil utk dikongsi bagi yg tak dapat menjejakkan kaki ke Kambodia.

Syukur jugalah cuti-cuti kali ni lebih manis dan diluar jangkaan. Nak dibangdingkan yg sblmnya ini lagi seronok lah! Kalau ada rezeki boleh lah grup yg sama gerak lagi ke destinasi baru.


Apa pun ni nak share citer di sepanjang percutian kami berempat di Siem Reap. Tiga kawan lagi tu adalah (semua duduk baris 3): Adhie (dari kiri duduk tepi tingkap), Maya (pegang selfie stick) dan Cietieto (duduk sebelah aku).

Mula-mula risau jugak kalau ada apa2 tapi nampaknya elok saja.

Kapal terbang kami mendarat di Siem Reap International Airport 15 minit lebih awal dari masa yg dijadualkan iaitu pada pukul 2.10ptg (waktu tempatan). *Hepi*

Keluar aja dari isi perut kapal terbang kami wefie 360.


Tengok dari barisan gigi yg kelihatan mmg menggambarkan betapa happynya semua. Ha tunggu lah kejutan sekejap lagi. Tunggu...

Habis imbas semua jari utk pelepasan imigresen dan penyerahan dokumen pengisytiharan kastam kami pun bergegas beli simkad yg berada di luar pintu ketibaan.

Jangan jadi macam kami galak sangat tak sabar, jumpa kaunter pertama trus je beli.

Ada le yg terbuang duit 10usd beli simkad yg boleh tahan sebulan di Siem Reap.

Kalau langkah jauh sikit akan ada kaunter jual simkad yg 'jauh' lebih murah dgn data tak terhad serendah 2.50usd ke 3.00usd.

Aku seperti percutian aku sblm2 ni hanya memilih utk langgan data perantauan. Aku guna Maxis jadi satu hari dia RM10 sahaja dengan data tak terhad gitu.

Usai memaki-maki sebab terbeli simkad mahal, kami pun berjumpa dengan Safy Angkor Wat orang yg kami pilih utk jadi pemandu tuk tuk selama kami di Siem Reap.


Semua ceria naik tuk tuk buat pertama kali padahal dalam hati habis lah kena habuk muka aku nanti nih...

Safy yg jadi pemandu tuk tuk kami selama di Siem Reap ni Inggeris dia susah sikit nak faham. Bukan dia jer, kebanyakkan orang Kambodia yg aku jumpa semua mcm tu Inggerisnya. Jangan kan penjual kat gerai tu, hatta pengumuman di airport pun kau terkulat-kulat nak faham.

Jadi menelinga dgn gigih lah kalau warga tempatan skiping giris dgn kau utk faham kalau tak kau sesat ke longkang!

Berita baik, Safy ni faham cakap Melayu. Sikit2 lah dari tak tahu langsung kan?

Memandangkan aku dah serahkan jadual perjalanan dengan Safy bbrp hari sblm terbang maka matlamat kami seterusnya adalah pergi daftar masuk di penginapan yg kami telah tempah sekali dengan tiket penerbangan dari tahun lepas.

Tenang je perjalanan, sekali sampai di Advisor Angkor Villa, kekecohan pun berlaku.

Berlaku dialog antara Safy dengan seorang kakak yg berdiri di laluan menuju ke Advisor Angkor Villa. Kami hanya mampu dengar, tapi memahamnya sudah tentulah tidak.

Menurut Safy, Advisor Angkor Villa dah tutup. Tapak villa tu dah disewakan kepada org lain.

Mula-mula tuh tak percaya jugak, sebab Safy tak hantar pun lagi kami depan pintu. Safy baru je singgah tepi jalan sblm masuk Villa di mana dia disapa oleh seorang kakak.

Dalam kepala dah keluar macam2... sbb ada jugak terbaca ada pelancong ambil tuk tuk tapi lepas tuh dibawa ke hotel lain. Macam2 lah cerita direka-reka hotel tiada, telah ditutup sebagai gantinya pelancong terpaksa carik hotel lain. Sudah duduk hotel lain, kena bayar lainlah pulok.

Yg untung pemandu tuk tuk, dapat komisen dari hotel yg dia bawak pelancong tuh.

Aku rasa Safy ni jujur. Untuk puaskan hati kami dia bawak kami jenguk muka depan Advisor Angkor Villa. Bila dah nampak pintu tuh mmg kau boleh lihat dan nilai sendiri.

Memang sah Advisor Angkor Villa dah tutup dan disewakan kepada org lain. Tengok dari luar pun dah tak macam hotel, dah jadi macam rumah org duduk situ.

Jadi apa kah yg berlaku seterusnya... Berdebar jugak nih.


Kalau supir tuk-tuk lain tak tau lah. Agaknya kena drop dan trus lari. Bersyukur sangat sebab dapat Safy dia gigih kol sana kol sini carik.

Mula-mula dia pegi Palm Garden Lodge sbb info yg dia dpt Lodge tu dimiliki oleh orang yg sama dengan premis tinggal kenangan, Advisor Angkor Villa.

Rasa macam pusing-pusing jugak kami tuh tapi bila tengok perjalanan yg dirakam oleh google map rupanya takde lah jugak pusing mana pun. Dekat2 ja.

Akhir sekali kami pun dihantar di Adan World Hostel. Tempat ni pun dimiliki oleh org yg sama dengan premis tinggal kenangan itewwww.

Kenapa pihak AirAsiago gagal info kami berkenaan penutupan Advisor Angkor Villa, aku pun kurang pasti. Aku tahu datang ambil kunci lepas daftar masuk, pulang kunci daftar keluar info lain2 tu takan nak tanya dari masa ke semasa... Hello, hotel ni masih wujud lagi ker?

Takde pulak kije kita nak tanya macam tu kan? Apa pun ni semua pengalaman. Lain kali kena sedia jugak duit utk ready2, kalau2 terjadi lagi hal yg sama.


Dari segi susun katil dan hiasan Adan World ni mmg sah lah dari rangkaian hotel yg sama dgn Advisor Angkor Villa. Okey lah selesa gitu cuma nasib lah dpt bilik yg takde ekon. Kami pulak kebetulan ambil bilik yg takde ekon (with fan only katanya) mmg pengap lah kalau waktu panas.

Ada kipas dinding satu hokie lah... Lagipun seharian bukan ada di bilik pun. Malam je utk tidur.

Bukak2 bilik air ah gitu kejutan.


Syok tak syok tuh?

Tapi jangan bermimpi lah nak berendam di situ. Bilik takdak hot water hokie.

Sblm kami settle down di bilik masing2 Safy info dah akan tunggu di bawah pukul 4 ptg.

Waktu di Siem Reap ni lambat sejam dari waktu di Malaysia. 4 ptg di Siem Reap bersamaan 5 ptg di Malaysia.

Sblm pukul 4 ptg kami semua dah siap turun dengan semangat pelancong baru. Dengan itu rasmilah cuti-cuti kami bermula di Siem Reap. Nantikan entri berikutnya selepas nih utk mengetahui ke manakah destinasi pertama kami.

Iklan: Untuk dapatkan khidmat tur, tuk tuk, van pelancong muslim atau bukan boleh dptkan dari Safy. Kontek je dia di sini untuk tanya harga semua. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...