Langkau ke kandungan utama

Bayon


Hamboi enaknya Syukri tidur di buaian.

Dengan badannya yg gedabak tuh kagum aku sendiri tengok kekukuhan tuk tuk tuh menampung berat si Syukri.

Tapi bila difikirkan yg kami berempat ni pun tuk tuk tuh boleh tampung ini kan pula Syukri seorang kan?

Selepas meronda pusing satu Angkor Wat kami berjanji untuk berkumpul pada pukul 8.30 pagi. Dalam pukul 8.00 tuh aku dan Adhie masih lagi di Bakan sakan berketik manakala yg dua beradik tuh dah keluar awal lagi kepenatan mencari minuman melepaskan dahaga.


Sekitar 8.30 pagi seakan berat hati melangkah pergi, aku menoleh menatap Angkor Wat untuk kali terakhir. Entah bila lagi akan bertemu. Yg nak ditemu skrg ni dua beradik Cietieto dan Maya tu di mana?

Dalam aplikasi Whatsapp Cietieto berpesan, mereka berdua menunggu di gerai-gerai luar sambil minum air kelapa.

Elok lah tu aku pun haus sangat nih.

"Do you remember me sir? From no. 4"

"Oh, Harry Potter! No we're looking for our friend", jawab Adhie menolak pelawaan budak lelaki itu ke gerainya.

Hamboi ko Harry Potter ada di sini... Kau hader???

Masa kami menyeberangi jambatan melintasi moat Angkor Wat, kanak-kanak itu memperkenalkan dirinya sebagai Harry Potter dan mengingatkan kami suapaya jangan lupa utk singgah kedai dia di nombor empat utk makan atau minum.

"Your friend is already outside!"

Kagum aku dengan daya ingatan kanak2 nih mana dengan puluhan entah ratusan pengunjung keluar masuk di sini mana dengan cuba memikat pelanggan berkunjung ke gerainya.

Seperti cakap Harry Potter Angkor Wat, mmg benar, Cietieto dan Maya sudah di luar menunggu aku dan Adhie.

Lepas jumpa Cietieto dan Maya, aku terus beli dua botol air mineral sambil berkongsi kisah buku One-One.

Kami mintak Syukri carikkan gerai makan halal sekitar Taman Arkeologi Angkor tuh tapi menemui jalan buntu.

Bila Syukri tanya kepada pengawal pintu masuk, lepas pusing sana sini, yg kami dengar Muslim dari mulut Syukri, yg difaham si pengawal pintu masuk tu SimKad.

Apa dah jadi daaaaa?

Dah jadi begitu, kami suruh Syukri jalan terus je ke destinasi seterusnya sambil Adhie mengeluarkan makanan cekut dari kocek Doraemonnya bikin alas perut katanya.


Bila kami diberhentikan di sini aku tahu yg kami sekejap lagi akan memasuki Angkor Thom pusat pemerintahan Jayavarnam VII. Raja Angkor yg paling banyak membina kuil2 mega atas namanya.

Dipercayai selepas Jayavarnam VII, kerajaan Angkor perlahan-lahan mengalami kemerosotan (tiada lagi kuil2 besar dibina menggunakan batuan laterit dan batu kapur).

Pada pertengahan kurun ke-15 raja-raja Angkor mengosongkan Angkor dan berpindah ke Phom Penh sekaligus memindahkan pusat pemerintahan di situ dan kekal hingga ke hari ini.

Ketika tapak Angkor ditemui semula oleh penjelajah Perancis pada kurun ke-19, mereka menganggap tempat itu adalah seperti sebuah Hutanan Atlantis, sebuah tamadun barat yg telah hilang.

Hakikatnya, Angkor dibina oleh tenaga dan kegeniusan org Khmer purba!

Pintu gerbang dalam gambar adalah Gerbang Selatan pintu masuk ke Angkor Thom. Gerbang Selatan ni dipilih oleh kebanyakkan pengunjung berbanding gerbang lain kerana di gerbang lain banyak kepala patung telah dicuri atau pun tidak terjaga sebaik seperti Gerbang Selatan.

Di Angkor Thom kami merancang untuk melawat Bayon (kuil banyak muka) dan Baphuon (kuil piramid 5 tingkat).

Tapi bila sampai Angkor Thom kami lawat Bayon sahaja, Baphuon kami langkau.

Ini tips jugak lah bila masuk Taman Arkeologi Angkor nih. Pilih dua atau tiga lokasi dan fokus lawatan di situ. Kalau pergi banyak-banyak pun, lagi pula tiada jurupandu, ada besar kemungkinan semua puing-puing akan nampak sama je.

Masa sampai Bayon ni semangat jugak aku.

Bayon ni unik sebab menara-menaranya (skrg yg tinggal ada 37 buah) yg ada muka (satu, dua atau tiga) memandang ke setiap arah.

Dulu-dulu muka-muka ni berwarna putih dan dipercayai adalah wajah Jayavarnam VII sendiri, raja yg menitahkan pembangunan Bayon.

Selepas naik ke tingkat atas melihat lebih dekat menara-menara berwajah tuh aku jadi rengsa dan rimas.


Ramai sangat pengunjung di atas menyebabkan momen utk kau menghayati struktur Bayon tercalar.

Ada yg terkejut tengok aku punya Camera 360 (yalah bentuk mcm dildo). Ada yg bertanya apa benda duk bertenggek di Tripod aku tuh. Macam-macam ragam bikin aku malas daaa...

Lepas je habis pusing, kami pun cepat2 tinggalkan Bayon.


Sebelum lompat naik balik tuk tuk apa kata kita belanja satu lagi gambar.

Dah? Cukup?

Permisi dulu ya Bayon!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...