Langkau ke kandungan utama

Taman Arkeologi Angkor

Masih belum move on lagi dari cuti-cuti Siem Reap nih. Sementara masih hangat di ingatan, harus terus cipta entri utk merakam apa yg terjadi dalam bentuk tulisan. Mmg ada ketik gambar bagai tapi bukan semua yg terlihat pada gambar dapat diceritakan.

Seperti yg dirancang hari kedua kami bergerak untuk menjenguk Angkor Wat. Kalau berkesempatan nak ambil gambar matahari terbit.

Angkor Wat ini terletak di Taman Arkeologi Angkor, nak ke situ kenalah beli pas masuk.

Taman Arkeologi Angkor yg diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1992 ni sebenarnya luas, lebih kurang 400km per segi dan menempatkan bukan saja Angkor Wat malah banyak lagi puing-puing wat lain peninggalan kerajaan Angkor.

Memandangkan Taman Arkeologi Angkor ni besar, maka pas masuk dijual mengikut tempoh lawatan; pas masuk satu hari, tiga hari dan satu minggu.

Kami yg hanya cuti-cuti pendek ni memilih utk ambil pas masuk satu hari je.

Sedihnya, mulai Februari tahun ni, harga pas masuk semua kategori telah dinaikkan.

Terpaksalah kopak poket keluarkan belanja sebanyak 37usd berbanding 20usd tahun sebelumnya.

Pas masuk Taman Arkeologi Angkor ni spesel tau! Pelawat kena beli sendiri tak boleh wakil. Belian hanya boleh dibuat di lokasi tak boleh beli atas talian.

Masa beli pas masuk kena bergambar, sbb setiap pintu masuk di Taman akan ada org yg memeriksa.


Selepas setel pembelian pas masuk aku pun terus berswafoto dengan pas tu. Biarpun gambar dalam pas masuk macam penyek sebab aku ni tinggi kut, aku tetap bangga... Tercapai angan-angan aku selama ni... Hahahaha...

Balik nanti berazam nak laminate pas masuk ni buat kenangan.

Beli pas masuk ni dalam pukul 5.14 (ikut maklumat masa gambar) pagi tau. Kami gerak dari hotel awal sikit dari 5 pagi utk ke Ticketing Office Angkor nih.

Sejuk pagi tu ya hampun tak terasa, sebab hati ku hangat membara nak tengok Angkor Wat.

Hari ke dua kami kali ni tak diiringi oleh Safy, sebaliknya Syukri.

Malam selepas kitorang dinner, Safy perkenalkan Syukri dan atur waktu bila nak gerak beli pas masuk. Tak macam Safy yg gagap2 sikit cakap Melayu, Syukri ni fasih betul. Salah dengar macam orang Malaysia aje.


Masa bertolak dari hotel, macam2 dah muncul dalam fikiran. Yalah orang rekemen gerak awal sebaiknya pukul 4.30 lagi, dapat pas masuk cepat boleh cop tempat nak gambar sunrise.

Kami ni pulak yakin aje gerak pukul 5 pagi. Bukan apa takut beratur panjang. Sekali pergi rupanya tak perlu risau sangat sebab kaunter banyak dibuka. Dah tu luas dan selesa pulak.

Tak silap aku Ticketing Office ni di lokasi baru. Dulunya dekat aje dengan Angkor Wat.

Urusan pembelian tak banyak songeh. Beratur dalam 5 minit mengikut pas masuk berapa hari kau nak, tanya dari mana, ketik gambar, kedip2 mata bbrp kali pas masuk dah sedia dihulur ke kita.

Siap2 bergambar bagai, kami pun bergerak ke Angkor Wat yg dibuka pukul 5.30 pagi.

Bagaimanakah suasananya di Angkor Wat nanti... Ooooh berdebar rasanya hati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...