Langkau ke kandungan utama

Artisan Angkor


Jadi panjang pulak citer Cuti-Cuti Siem Reap kita nih. Nak mengarang pun ambil masa berhari-hari. Sedar tak sedar, panjangnya dah nak mengalahkan buku. Takut org yg baca naik muak pulak... Hujung-hujung terus tak baca... Macam mana tuh?

Hari ke tiga berjalan macam biasa. Dari mula gerak 8.30 sampai ke malam penuh dengan macam2 aktiviti. Separuh hari aje kami singgah banyak tempat. Kalau nak tau perincian, perjalanan sebelah pagi kami boleh lah klik untuk zum gambar di atas utk melihat lebih dekat.


Dalam perjalanan ke Silk Farm (aku mmg teringin sangat nak pergi sejak dapat tahu kewujudan tempat ni di Siem Reap melalui belog) kami singgah War Museum.

Kalau minat perang mungkin sesuai lah kut pergi sini. Bagi orang yg sifar pengetahuan tentang perang ni tambah lagi tak minat hanya datang utk tengok2 je lah barang-barang perang dulunya sambil ambil peluang utk bergambar.


Abam belanja satu pose hokie.

Masuk bagaimanapun, dikenakan bayaran sebanyak 5usd (mahal tu lebih 20myr duit kita!)

Dah dipenuhi ilmu peperangan kami pun langsung saja ke Silk Farm. Banding dengan semua lokasi yg kami kunjungi di Siem Reap, Silk Farm adalah yg paling jauh tapi berbaloi dengan pengetahuan yg dikutip.

Masuk ke Silk Farm ni adalah percuma dan disediakan pula seorang jurupandu untuk membantu kita memahami bagaimana sutera dihasilkan.


Mengambil masa sebulan lebih jugak sutera terhasil dari ulat sutera. Itu baru sutera belum lagi ditenun menjadi kain.


Ulat-ulat sutera yg "unaware" mereka akan dikorbankan demi sehelai skarf.


Gigih kakak ni menenun bebenang sutera menjadi kain yg boleh dibikin skarf, tali leher, baju dan sebagainya.

Terkilan di sini sebab tak dapat nak beli produk sutera tenunan tangan. Kalau tahu dari awal baik tak payah beli ole2 kat Old Night Market. Baik habiskan duit di sini pun tak pe sebab tenunan yg dihasilkan sangat halus hasilnya.

Dah halus hasil tenunannya kena lah ingat jugak harganya pun bukan halus... Besar-besar belaka!

Kempunan tengok produk-produk sutera, seterusnya kami di bawa ke Wat Thmey, menyelami penderitaan mangsa-mangsa kekejaman Rejim Khmer Rouge.

Masuk adalah percuma.


Hari ketiga ni matahari menunjukkan diri. Biarpun tidak sepenuhnya berada di luar, hanya sekadar singgah2 sekejap, tu dia bahangnya tetap menyelar. Sempat jugak tu dapat sunburn buat buah tangan balik ke Malaysia.


Di Wat Thmey ni ada budak-budak mintak ONE DOLLAR tau... Rimas jugak dibuatnya!

Tengok baju elok aje. Muka langsung tak comot. Ada pengemis mcm ni ker bisik aku sendiri-sendiri. Bila aku melabuhkan punggung berehat selepas berpanas mencari shot bagus, barulah aku perhatikan lebih dekat budak2 nih.

Ada lah satu dua pelancong hulur duit kecik ke budak2 nih. Budak2 ni bila dapat mula mengira dan guess what??? Duit diguna utk beli aiskrim.

Duit2 Riel yg aku ada tu pun bukan boleh guna di sini. Takde tempat di dunia ni boleh tukar duit Riel Kambodia kecuali di Kambodia. Kalau aku sedekahkan aje kat budak2 ni tempohari lagi bagus.

Tapi tu lah, aku ada baca dan tonton dari belog dan youtube, tidak digalakkan kita memberi duit pada budak2 nih. Takut nanti mereka terus mengemis dari mahu ke sekolah. Sudahlah kemiskinan di Siem Reap ni tegar. Nasib baik ada pelancongan boleh jugak membantu ekonomi mereka.

Rasanya selepas Wat Thmey ni samada kami singgah makan dulu atau beli tiket. Aku pun dah tak ingat. Yg pasti, lepas habis makan Safy turunkan kami di Angkor D'Artisan untuk habiskan masa di situ sebelum ke Cultural Village (aku cerita entri lain)

Berbeza dengan Silk Farm, menghasilkan produk sutera, Angkor D'Artisan ni pulak semacam workshop untuk kerja-kerja mengukir, melukis... Pendek kata hasil-hasil seni lah. Satu yg aku tertarik di galeri jualan mereka ialah ukiran Jayavarman VII bermeditasi nih.


Tengah-tengah belek barangan sutera (Angkor D'Artisan dan Silk Farm berkongsi satu kampeni) aku ternampak di satu sudut jualan rempah ratus.


Setelah dua tiga hari makan menu yg ada loklak ni, aku tak berkesempatan lagi bertanya apakah dia loklak tuh.

Selain pembungkusan rempah yg menarik, resepi bercetak juga disediakan berasingan utk sesiapa yg berminat mencuba!

Di Angkor D'Artisan aku ada beli satu CD. Bolehlah bikin buah tangan untuk diri sendiri. Ikut aku, diri sendiri tak payah lah nak ole-ole bagai. Pergi ke Siem Reap ni pun dah cukup bawak balik kenangan, gambar-gambar pun dah kira ole-ole lah tuh.

Dalam banyak-banyak kenangan di Siem Reap, kenangan di lokasi seterusnya yg bikin aku senyum sendiri-sendiri.

Jumpa di entri berikutnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni? Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik. So awal minggu ni kesnya concluded. Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung. Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya! Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan? Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi. Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun a...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Entri Di Pagi Hari

Julung-julung kali merayap malam di tengah bandar metropolitan, Kota Kinabalu, aku abadikan gambar ni. Walaupun gerimis, Nokia Lumia 1020 tidak menghampakan, perfect for lowlight scene. Sebelum tu aku ke Suria Sabah dgn misi memutuskan hubungan yg sudah terjalin sejak lebih tiga tahun. Hubungan yg aku kira sudah masak dan sepatutnya makin hebat. Namun aku harus akur dengan perkembangan teknologi. Selamat tinggal Broadband 3G, Celcom. Banyak jasa kau, tapi sejak langgan mobile data utk S3 ko makin kurang aku pakai. Tak pakai pun tiap bulan bayar bil. Itu pembaziran namanya kan? Aku fikir nak amik MIFI la lepas ni. Tengok bajet dulu. Kalau tak aku beli je simkad baru utk Note 10.1 aku ni. Malam ni tujuan asalnya nak menjamu selera di Anjung Senja. Makan Satay Kajang, tapi sayang kedainya tutup pula. Serbu foodcourt di paras tiga Suria Sabah, malangnya semua macam takde mood nak bisnes. Tutup awal. Cuba nasib di UpperStar, panjang pulak baris menunggu. Masa tu dah pukul lapan lebih. Tak d...