Langkau ke kandungan utama

Ta Phrom

Di Angkor Thom asalnya kami merancang untuk melawat dua tempat: Bayon dan Baphuon. Baphuon bagaimana pun kami langkau dan terus sahaja ke Ta Phrom.

Dalam perjalanan ke Ta Phrom kami sempat melalui Suor Prat Towers & Khleangs (ada 12 menara kalau tak silap) dan tidak jauh dari situ boleh nampak Terraces of the Elephants & Leper King.

Terraces of the Elephants & Leper King tuh tinggal tapak aje. Bangunan sebenar sudah lama musnah sebab diperbuat dari bahan yg mudah reput macam kayu.

Selain Angkor Wat, Ta Phrom ni adalah lokasi yg aku nak sangat2 pergi di Taman Arkeologi Angkor nih.

Boleh teka ke kenapa?

Ta Phrom ni mula popular selepas digunakan sebagai salah satu lokasi penggambaran dalam filem Tomb Raider.

Bila sebut Tom Raider tu mesti teringat watak Lara Croft yg Angelina Jolie bawak dalam filem tuh, berdiri berlatar belakang sebuah tempat yg pokoknya menjalar bukan keluar tapi turun dari bumbung bangunan.

Ikutkan hati mau sahaja terus ke tempat Angelina Jolie tu berdiri tapi ha kena menapak lagi.

Ta Phrom ni ada dua pintu masuk. Lokasi tempat Angelina Jolie berdiri tu berada lebih dekat dari pintu sebelah belakang. Kami malangnya diturunkan oleh Syukri dari pintu hadapan.

Sabo jelah.

Sebelum sampai Ta Phrom kami melalui laluan yg dirimbuni oleh pokok2. Redup je rasanya walaupun hari kami ronda Taman Arkeologi Angkor tu sememangnya sudah mendung. Sepanjang laluan tu kita akan bertemu dengan sekumpulan pemuzik yg merupakan mangsa-mangsa periuk api rejim Khmer Rouge.

Kalau sudi boleh jugak hulurkan sumbangan atau boleh beli CD, VCD dan DVD yg dirakam oleh kumpulan nih.

Aku ada jugak nak beli tu tapi tak berkenan le pulak CD yg ada utk muzik perkahwinan Khmer.

Ta Phrom ni dititahkan pembinaannya oleh Jayavarnam VII buat Bondanya.

Menurut satu catatan yg ditemui, Ta Phrom dikatakan mempunyai 80ribu pekerja termasuk 18 sami tinggi, hampir 3ribu pegawai, lebih 2ribu pembantu dan lebih 600 penari.

Dengan sejumlah pekerja yg begitu besar, Ta Phrom memerlukan sumber yg besar untuk terus berfungsi.

Untuk membekalkan sumber kepada wat, Angkor perlu ada sumber yg baik. Kejayaan menyediakan sumber ini banyak bergantung kepada sistem pengairan dan pertaniannya.

Angkor mempunyai banyak tasik buatan besar mahupun kecil untuk menakung air pada musim monsun. Dengan adanya takungan air ini orang Khmer purba boleh menjalankan pertanian jauh dari sumber air semulajadi seperti sungai.

Dari takungan air ini, terusan-terusan dihubungkan untuk mengairi Angkor, sebuah metropolis yang mempunyai penduduk berkepadatan 3/4 billion orang.

Sistem pengairan yg sistematik, membolehkan orang Khmer bersawah dua tiga kali setahun meskipun pada musim kemarau, sekaligus menjamin sumber tidak putus utk seluruh penduduk Angkor.

Namun selepas pemerintahan Jayavarnam VII berlaku kemarau panjang yg mengambil masa bertahun-tahun menyebabkan banyak terusan-terusan ad hoc terpaksa dibina bagi membolehkan pengairan dijalankan.

Apabila musim kemarau diganti dengan musim monsun yg sama panjangnya terusan sementara yg sebelum ini digali cetek tidak dapat menampung limpahan air dan menenggelamkan penempatan di tepian terusan.

Keadaan ini berulang beberapa kali selepas Jayavarnam VII menyebabkan sistem pengairan Angkor gagal membekalkan air kepada penduduknya sekaligus tidak dapat menampung pengurusan wat yg menjadi nadi politik seorang raja Angkor.

Berdekad lamanya keadaan ini membawa kepada kejatuhan Kerajaan Angkor. Setelah 500 tahun Kerajaan Angkor berkuasa akhirnya faktor alam dan manusia memaksa Raja Angkor meninggalkan Angkor.

Ketika tapak Angkor ditemui semula ia penuh ditumbuhi dengan pokok2 ara. Kebanyakkan struktur bangunan sudah menjadi sebahagian dari hutan.

Ta Phrom turut menerima nasib yg sama.

Pemuliharaan penuh sengaja tidak dibuat ke atas Ta Phrom, sebaliknya cuba dikekalkan sebaik mungkin sebagaimana ia ditemui untuk memberi gambaran kepada pengujung bagaimana keadaan wat-wat di Angkor ini ditemui dulunya.


Ini kami posing di hadapan puing-puing Ta Phrom. Berhenti sekejap untuk melepaskan lelah sambil wefie 360 katanya. Tempat yg dituju masih jauh lagi nih... Sabar nooo...


Ha ni dah nak dekat dah ni... nampak tak batang pokok duk melangit atas bumbung tuh.

Kami mmg betul-betul dah kat belakang tuh. Kena pergi situ ikut batang pokok gergasi tempat Cietieto berdiri tu ha... Kami sengaja lambat2 kan sebab takut ramai orang beratur. Maklumlah tempat pemes kan???


Ya dah sampai! Tapi mcm tak berapa syok nak bergambar sebab dah ada platform bagai. Dah tuh yg mengadap tapak tu tengah ditutup utk pembaikan. Dengan kanvas segala rosak pemandangan haish...

Tapi dah sampai tu apa boleh buat lah kan... Kita redah je lah.

Yg baju merah tuh bukan Angelina Jolie ya haraf maklum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...