Langkau ke kandungan utama

Hiking di Bukit Nuluh Lapai Lapasan

Lain betul pukulan Nuluh Lapai Lapasan nih. Buat aku bertenaga!

Ini mesti sebab telan tongkat ali sebelum naik ni kan? Hahaha...

Cukup rehat, cukup tidur, cukup makan... Setinggi gunung Kinabalu pun aku boleh redah.

Ringkasnya, puncak Nuluh Lapai Lapasan boleh diakses melalui dua laluan (di seberang Restoran Gayang). Laluan pertama sejauh 0.98km dan laluan kedua, yg menjadi pilihan kami pagi semalam, berjarak 1.2km.

Kami sengaja pilih laluan yg lebih jauh, supaya boleh kerah lebih tenaga. Turun ke bawah kami ambil laluan yg lebih pendek.

Setelah menggunakan kedua-dua laluan, baru lah kitorang perasan yg laluan pertama tuh lagi byk guna kuderat.

Awalnya landai saje. Tapi bila dah mula mendaki, dakian terus mencuram ke atas tak putus-putus.

Berbeza dengan laluan kedua. Biar pun jauh sedikit tapi mendaki curam tuh tidak panjang malah diselang seli dengan laluan landai.

Biarpun begitu rasa mengah tu tetap ada... Mana lagi hangkut berat sendiri. Tambah lagi dengan segala gajet yg ada? Putus nyawa je tidak.


Tapi bila di atas tu mmg puas hati lah. Cuma bukan nasib kami lah pagi tadi sebab gunung Kinabalu tak berapa jelas di panorama. Mulanya tak berputus asa jugak menunggu kemunculan kelibat si Aku . Namun sampai ke sudah, bertudung malu menutup muka.

Kalau naik tadinya mengah, turunnya pulak bikin lutut ketaq! Habis brek haus dibuatnya.

Pendakian mencuram ke bawah jadi setiap hentakan kaki tu mmg diserap di lutut. Jadi kau tau lah kan sblm ni kau dah lenguh mendaki... Sekarang kau serang pulak dengan hentakan.

Sakitnya tu aduuuuuuuhhhhh...

Itu pasal bila mendaki gunung Kinabalu, malim gunung pesan perlahan-lahan. Naik mmg lah kau semangat kesukanan yg tinggi. Bila turun baru kau nanges... meraung dalam hati!

Ada penah terjadi kat satu kawan masa kami mendaki bersama.

Hamboi dia punya laju mendaki macam pelesit aje. Sekali ha masa turun dia lah yg paling last sebab tak tahan sakit kaki bila menahan brek tu ha.

Selesai menamatkan hiking di Nuluh Lapai kami pun berjemaah mengisi perut di gerai lokan bakar dan kelapa bakar, Sudi Mampir.


Gerai baru nak memulakan operasi. Masa sampai tu belum pun lagi pukul 10 pagi ha. Jadi kami pesan apa2 yg ada lah.

Lokan bakar setumpuk tuh sudah tentulah.

Tengah-tengah menjamu selera tuh tetiba ada pelanggan cina di belakang aku mintak bergambar dengan kakak kat kaunter tuh.

Ewah, glamer kau kak ton.

Rupa-rupanya gerai Sudi Mampir dah pernah masuk TV ha. Tengoklah kat dinding gerai tu terpampang muka kakak tu bersalam dengan seorang personaliti tv.

Siapa personaliti tv tu aku pun tak kenal oi.

Jangankan personaliti tv tuh, sekali dengan tulisan-tulisannya tu pun aku tak boleh baca. Sodih.

Apa pun, aku mmg rekemen korang pergi gerai dia ni.

Tengok aje lah dari gambar 360 aku tu. Ramai kan pelanggan tengah makan di situ.


Mengakhiri entri kali ni aku hadiahkan video hiking kami di bukit Nuluh Lapai Lapasan. Lagu sedap, pemandangan pun cantek haaa... Layanzzz...

Akhir kata Selamat Menyambut Kemerdekaan yg ke 60 dan Hari Raya Aidil-Adha!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...