Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Hari Ini Dan Semalam

Baru bangun tidur sebentar tadi. Belum isi perut lagi ni deria bau agak sensitif. Terbau nasi lemak, terus terkam bungkusan makan apa yg ada. Sesambil melahap teringat cerita kemarin teman dua ekor ni pegi warna rambut di Pro Trim. Nak bergaya katanya sempena tahun baru. Aku tak gunting apa just ikut nak tumpang pegi bank-in duit jer. Dengan belum tidurnya lagi lepas balik kerja malam struggle jugak nak keep myself awake. Sempat jugak terjumpa babygrey aka nurul masa kitorang trio pegi carik makan. Nurul katanya bersama family tgh carik henfon. Lupa pulak nak ambil gambar bersama julung2 kali terserempak tuh kan. Tak boleh berlama-lama kami mintak izin ciao sebab nak kejar masa. Belah petang ada yg nak masuk shift. Maklum sajalah di CP time lunch ni setiap tempat mkn sesak nak tak nak terpaksa kami pilih Kenny Rogers yg nmpk agak lengang sikit banding tempat lain. Teruja dah kitorang bertiga ni nak makan menu beef steak rega yg cecah rm30 tuh. Bila lebih kurang 5 minit pelayan datang b...

Kisah Lama Timbul Semula: S3

Ingat tak kes S3 aku tercicir dalam bas yg aku ceritakan di sini . Lebih kurang dua minggu kemudian aku tergerak hati nak jejak semula S3 aku tuh ( SamsungDive ). Dapat jejak cuma tiada apa yg aku boleh buat utk mendapatkan semula henfon tuh. Namun kejadian Google Wallet menyebabkan aku bertindak melindungi poket aku dari kena tebuk lagi. Entah kenapa aku tak terfikir sebelum ni utk simpan nombor yg telah 'mengambilalihmilik' S3 tuh dan cuba jejak pemilik nombor tuh cara lain. Simpan nombor dan tengok kalau nombor tuh muncul dalam senarai kenalan di Wasap. TIADA. Nombor nampaknya, tidak mempunyai wasap. Tidak berputus asa (aka takde keje lah tu kan), aku cari akaun WeChat yg menggunakan nombor tuh. Guess what! Ada... Yg bikin seriau... Akaun ni mcm penah chat dgn aku. Tak silap lepas aku dapatkan simkad gantian, sementara nak beli henfon baru aku gunakan Note 10 terlebih dahulu. Lebih kurang sekitar masa ni lah aku terima friend request dari akaun yg sama... Aku tak ingat sang...

Augmented Reality?

Apakah? Dah ada sejak sekian lama kot. Aku aje yg kebaruan. Gara-gara nak beli blu-ray King Kong yg menggunakan gambar sampul yg lebih menarik jadi aku pesan lah versi Agumented Reality nih. Tak disangka-sangka sampai pulak kemarin, lebih awal dari yg dijangka. Fikir-fikir tahun depan baru nampak bayang kan? Maklumlah jelah kita pakai standard shipping sajork. Kembali kepada tajuk. Apa itu AUGMENTED REALITY? Kalau yg tak tahu lagi, korang baca dulu atas tuh jap lagi aku demo. Dah baca? Klik utk mainkan video di atas. Aku tak rakam bagi perabih. Takut panjang sangat, jenuh lama menunggu King Kong tuh siap haplot ke youtube. Ekceli tak le panjang sangat animasinya, dah terlajak jadi entri nih kiter citer jelah sedikit yea apa yg terjadi sampai habis. King Kong dalam Augmented Reality tu panjat menara mcm dlm filem lah. Tengah2 berada dipuncak menara tuh, kelihatan kapal terbang meluncur. Agaknya nak bagi nampak lagi dramatik si King Kong dilihat meloncat ke atas menangkap kapal terbang s...

Kasi Lepas

Senja berlabuh lagi, di sini. Aku keluarkan S5 yg tersemat di poket seluar jeans sebelah kanan lalu mengacukan ke arah pelawat yg bermain kejar-kejar dengan ombak. Aku tenung panorama dari skrin kecil S5, sekali sekala mengetik bila terasa pemandangan yg dirakam termuat cantik dlm 16x9. Aku boleh kira, berapa kali aku menjenguk ke pantai ni sejak berpindah di sini Jun 2007. Termasuk, lawatan ni, aku rasa - minimum- tiga kali sahaja. Kali pertama ke sini aku datang dgn Olympus milik adik aku. Masa tu pantai Melinsung masih terjaga seperti yg aku abadikan di sini . Bila aku perhatikan pelawat sudah mula bersurai meninggalkan pantai, aku keluarkan semula S5. Fokus aku pada matahari terbenam, yg malu2 di balik kumpulan awan itu. Aku ketik-ketik lagi. Entah apa yg memanggil aku datang menjenguk ke sini, aku pun tak pasti. Tak mahu nampak mcm org melanggut aku ambil gambar. Hakikatnya dalam hati teraba-raba mencari pengertian. Aku biarkan perdebatan di kepala berlangsung. Titah menitah di da...

Tangkapan Hari Ni

Phewww... Hari ni keluar shopping2 sikit. Mcmlah hari biasa tak shopping jugak kan? Cuma hari ni lain sikit. Apa yg dihajat dapat dibimbit balik ke rumah. Penat menapak dari Marina Court ke Suria Sabah tuh berbalas bila masuk2 aje cawangan Speedy di sana, seakan kena spotlight gitu, tergeletak Grey's Anatomy Season 10 sebagai salah satu new arrival. Hampir-hampir putus asa dah sebenarnya ni, sampai dah terfikir baik beli atas talian aje lah kalau cenggini. Minggu-minggu jenguk Speedy masih belum ada boxset ni yg sbnrnya dah rilis di US sejak September lepas. Jadi bila dah ada tuh, apa lagi masuk bakul lah! Jauh2 berjalan kaki ni ada sasaran lain jugak sebenarnya. Speedy cawangan CP tu dah selalu sangat aku singgah. Tiap2 minggu pergi tak byk yg berubah. Berpeluang ke cawangan Suria Sabah kali ni aku nak tinjau-tinjau BBC punya Blu-ray. Kalau bernasib baik, aku nak dapatkan Human Planet, malangnya available in DVD sahaja. Alang-alang pulak Frozen Planet dah ada depan mata ni, elok ...

The Spoiler

Idea aku utk bermalas-malasan pada hari pertama cuti. Tempek2 muka sambil mata pegun menghadap skrin tv. Bukan spa, tapi okaylah sebagai tanda kita belai diri sendiri kan? Selesai satu episod Planet Earth aku pun mula mainkan salah satu blu-ray yg aku baru beli lps hbs kerja kemarin. Hercules tuh sedikit mengecewakan. Gambaq bagus, tapi sayang olahan tidak kencang. Masa mula memperkenalkan watak2, everything seem to pick up. Bila sampai watak hot chick tu datang mendapatkan khidmat si Hercules tolong bapak dia, terus jalan cerita hancur. I mean, why lah awal2 habaq penonton jalan cerita? Akibatnya bila plot reveal the twist, terus cerita tak menjadi. Too many times, aku nampak B-film buat mcm ni! It would be better lah kalau secara tidak sengaja Hercules tertolong Lord Cotys and slowly satu per satu kita didedahkan dgn niat sebenar Lord Cotys. Pada masa yg sama, boleh connect Lord Cotys dgn apa yg haunting Hercules dlm movie tuh. 4/10 utk kau Hercules! Tak tahulah marketing ploy ke apa...

Siang Berkuruh Malam Berjaga

Sedar-sedar dah pukul 2 ptg. Bukak henfon dpt mesej kata bungkusan aku dah sampai. Masih terbongkang atas katil terfikir nak makan apa. Satu je terliur makan spageti. Maklum sajalah berdarah Itali belah Al Pacino ni kan. Ikut selera punya pasal, nak tak nak berasap jugak kuali dengan olive oil extra virgin tuh. Siap melahap babu ros pun isyarat pegi pick up bungkusan. Boleh je tunggu besok, tapi esok dah hari lain. Sudahlah all the excitement already killed by the delay. One more day, aku rasa will hurt it even more. Dengan badan masih lesu aku gagahkan jugak menapak pelan-pelan pegi kutip bungkusan tuh. Pakai alasan pegi kedai kelink, beli barang sikit. Itu dia brg yg dipesan... Malas nak citer pnjg korang layan plak video yg berikutnya. Harap viewable lah masa korang baca entri ni. Aku terai bukak kenot play plak. Setakat ni dah sudahkan satu episod dan aku kagum dengan segala tenaga yg ditumpahkan dlm menjayakan satu2 babak seperti yg diperincikan dlm diari pendek sepanjang 10 minit...

Sakitnya Tuh Di Sini

Aku ni kalau bukan pasal bungkusan atas talian, mesti takde menda nak dibebelkan. Terbaru pasal satu bungkusan yg aku tunggu2 sepanjang minggu ni. Tengoklah tuh brp banyak OUT FOR DELIVERY dier dah. Pi mai pi mai tang tuh jugak. Tak pandai sampai. Original expected delivery adalah pada 16 Disember 2014, skrg dah brp haribulan? Kalau bukan kerana aku bayar lebih utk shipping aku takdelah nak meroyan begini. Tak nak sakit hati menjadi barah, aku terus kontek customer service demanding refund utk shipping. Gilo ka apa ko bayar mahal2 supaya cepat, kelajuannya tetap serupa siput kedburi limpas jalan. Aduan aku sudah pun selamat diterima petang tadi. Proses pemulangan wang akan berjalan dalam dua tiga hari waktu bekerja. Skrg kalau Pos Lambat tuh nak hantar lambat pun aku dah tak kisah sangat. Kot yea lah KK skrg banjir lopak kan??? Sampan pulak bocor! Maka terhalang lah proses penghantaran yea dok. Lambat-lambat pun, kalau boleh biarlah sebelum aku cuti krismas. Boleh jugak aku gunakan mas...

You're not alone, Gandalf!

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Sekonyong-konyonglah angkatan 5 tentera menuju GSC, Suria Sabah, menonton bhg akhir The Hobbit. Ini adalah kali pertama tengok wayang ditunda sepuluh menet masuk panggung. Akibatnya, melalut lah depan dewan menonton bermacam keletah orang. Brother yg sorang ni contohnya siap bawak bantal lagi. Sedikit hampa jugak lah bila datang, ini aje yg poster kelihatan. Harapan nak bergambar mcm tahun lepas seakan punah di situ. Lega bila nampak cardboard terpacak pada satu sudut... Sayangnya disbbkan org dah ramai berkumpul nak masuk dewan, tempat tuh dah tak sesuai jadi tempat nak bergambar. Aku tunggu lepas habis tengok wayang baru singgah situ balik, fikir aku. Habis tengok aku terus hapdet rating aku kat IMDB dan post Closed Group di pesbuk. Ya itu rating awal aku, 6/10 berbanding hampir 40ribu yg lain. Nothing suprises me dan mcm biasa-biasa aja filem ni lah. Bukan lah mengecewakan cuma tidak meninggalkan rasa puas sebaliknya byk yg tergantung. Aku masi...

KK Burger Bakar

Hidung sumbat, susah nak tidur. Dari bergolek atas katil elok keluar jalan-jalan cari makan. Mungkin juga lapar sama member ajak terai KK Burger Bakar di Kepayan Austral. Aku tak ingat apa yg kengkawan pesan. Yg aku ingat diorang suh aku cuba Classic Lava Kinabalu Mount Burger. Tinggi tuhhhhh... KITA akan dapat tiga lapis patty beef yg sudah tentunya dibakar hingga empuk tetapi mengekalkan kelembapan isi dagingnya. Kalau tak kerana berlaku gangguan pada sistem ventilator sinus aku mlm ni sudah tentulah byk ulasan yg aku boleh bagi pada sepinggan berger yg dihidangkan bersama French Fries ni. Kalau korang sendiri cuba lagi bagus! Sendiri boleh tetapkan berger ni sedap atau tidak. Utk pengetahuan, harga sepinggan RM20.00NETT sahaja!

Hobi Pelik Saya

Masa belajar dulu aku suka kumpul tag roti Gardenia. Sementelahan pula aku mmg suka beli roti tuh buat sarapan pagi. Habis roti, tag dikumpul dalam satu tempat. Masa tuh dan sampai skrg bekas tin Butter Cookies Danisa tuh lah tempat aku simpan selain menempatkan khazanah2 personal yg lain macam name tag. Dah banyak kumpul tag roti tuh aku dpt pula idea asingkan setiap tag mengikut tahun ia dicetak timbul pada tag. Setiap bag zip plastik kecil mewakili tahun tag roti dikeluarkan. Beg plastik zip tuh sebenarnya aku kitar semula dari bekas pelindung koyok kaki, Kinohimitsu. Bila balik Sabah aku cuba jugak kumpul tag tuh, tapi lama2 hilang minat sebab tag roti Gardenia kat Sabah tak diletakkan tarikh luput. Dah berhenti kumpul, makanya tidak bertambahlah koleksi aku tuh. Tin Danisa tuh pun terpiruk di bawah katil berhabuk. Bbrp hari sudah semasa mengemas terjumpa balik dan terfikir dihati utk buang saja. Semua tuh berubah bila cik Eda kongsi satu gambar dalam grup wasap kitorang, Senja Dot...

Uiseh! Macam Daebak!

Hari ni sesak lagi menyesakkan. Sepanjang-panjang hari dengar rungutan dan kumplin di sana sini. Kalau aku ni diperbuat dari kaca, mungkin dah pecah agaknya. Even then, I knew better . Maka di mana lagi tempat utk aku adukan? Dengan kau lah duhai belog. Sebelum beban hati melingkar dalam fikiran, elok lah kita rungkai satu per satu, cari kelegaan. I'm not saying, talking about it . Sebaliknya, buat benda lain yg lebih menyenangkan fikiran. Bukan aku boleh buat apa pun, dengan masalah yg merundung, sekalipun kalau diberi kuasa pari2. Sehabis kacak lah ni kan? *Ada kawan kata kat pesbuk Daebak... Hahaha... Macam harem aje...* Turutkan hati mahu saja duduk rumah layan demam selesema tuh. Bila fikir Oh My God aku habiskan cuti bikin hingus aje aku kuatkanlah semangat jugak bersiap. Biarlah keluar dengan muka sembam, mata bengkak dari terperap dalam bilik layan Grey's Anatomy je (skrg musim ke 5) dpt jugak aku hirup udara tercemar Kota Kinabalu. Ini jelah yg terliur makan. Semua yg...

Jijik Atau Haram?

Memetik laporan akhbar, "... menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar anjing dibawa masuk ke masjid." Apa nak jadi ni? Ini pun jadi isu. Belum jadi mega isu lagi lah tapi agak2lah. Nak kira najis ada yg nampak dan tak nampak. Yg nampak tuh sah2 lah jangan diusik. Kalau boleh bersihkan. Ada diajar mcm mana nak bersuci. Yg tak nampak mcm yg masih dalam proses kat usus, tinggal nak buang lagi tuh kita nak cakap mcm mana? Kau nak bersuci jugak yg tuh? Atau kau rasa kita jolok dulu bagi keluar sblm boleh masuk masjid? Kita umat Islam di Malaysia ni terlalu sensitif sangat bab anjing nih. Sampai gambar pun bleh jadi isu. Dilihat dari isu, mungkin juga faktor didikan, isu sbnr bukan lagi halal atau haram memegang anjing, sebaliknya perasaan jijik pada haiwan tersebut. Harus diingat, anjing seperti haiwan lain juga ciptaan tuhan yg sepatutnya dihormati bukan dicela. Kalau tersentuh bagaimana? Tak pernah dgr perkataan samak ke? Duh...

Cinta Satu Setengah

Baru terima kelmarin - DEDH ISHQIYA. Jadi bila habis shif pagi tadi sebaik shj lepas sarapan dan mandi trus terjah tv mengadap BD ni. Serius aku katakan secara keseluruhan filem ini tidak mengecewakan. Dari sepuluh aku berani bagi LAPAN. Selain pelakonnya Madhuri Dixit, lagu Jagaave Saari Raina yg dipetik dari filem ini yg sebenarnya menarik perhatian aku utk membeli filem ni pada awalnya. Ambil masa jugak utk sampai part lagu ni sbb filem ni jalan cerita dia tidak dibina semata-mata dengan selingan lagu seperti kebiasaan filem Bollywood yg aku tonton. Bila dah sampai part lagu ni mata tak berkebil lah. Berbaloi-baloi penantian! Meskipun dlm lagu tuh Madhuri ditunjukkan tidak bukak mulut miming bersama lagu namun setiap gerak tari dan lirik matanya seakan bercerita tentang lirik lagu yg tersedia dalam sarikata Inggeris. Klip yg selama ni aku tengok kat YouTube, sayangnya telah dipendekkan, menghilangkan sebahagian magis yg dicipta oleh Madhuri utk lagu tuh. Selepas 30 tahun bertapak di...

Hotel Tokek

Raleigh International (Borneo) sekali lagi memilih hotel kami utk menutup ekspedisi mereka sebelum balik ke kampung halaman masing-masing menyambut hari natal. Melalui pengalaman aku yg lepas-lepas, kumpulan Raleigh ni biasanya akan lewat masuk tidur. Pukul satu jangan haraplah! Pukul tiga belum tentu lagi lobi ni lengang oleh mereka. Nampaknya, tidak berkeseoranganlah aku malam ni. Masing-masing layan telefon pintar, aku pun capai henfon aku dan skrol suapan terkini Instagram. Aku berhenti pada satu gambar lelaki bertubuh debab (bukan sado yea) berendam separuh badan berkaspsyen: "Lama dah tak pose dalam air... Its been awhile.." Kau fikir kau model nak cakap mcm tuh? Aiyoooo... Hampir-hampir aku nak komen macam tuh, takut kedgrn mcm sial, aku batalkan niat tuh. Tokek, tokek, tokek. Ish kau tokek ah, mcm faham-faham pula isi hati aku, ekek ku sendirian. Sekali lagi tokek tuh berbunyi, seakan mengiyakan kata-kataku tadi. Disulam dgn lagu Yuna yg aku sengaja kuatkan sikit dari...

Never Give Up Oh Kau...

Sesambil minum milo panas menghadap pisi, wap berkelun-kelun naik ke udara, akal ligat mencari aplikasi kata-kata ni (gambar di atas) dalam situasi semasa. Di lobi kelihatan pekerja sibuk menanggalkan deko krismas yg sudah dibuat bbrp minggu sudah. Poop. Gelap. Diikuti derap bergegas ke kaunter utama, di mana aku berada. Kali terakhir lobi bergelap, seseorang dibelasah. "Saya risau kalau terjadi apa2", beritahu Hendry bersungguh-sungguh dgn staf sekuriti yg lain dibelakangnya "Black out biasa saja, Hendry", jelasku pada Hendry sebelum dia beredar dgn telefon bimbit yg telah bertukar peranan menjadi lampu picit. Bbrp detik kemudian, lampu hidup semula. Dari jauh kedengaran deru penjana kuasa milik hotel. Selain kawasan hotel, seluruh kawasan sekitar bergelap. Shah yg tadinya buat kerja-kerja menghias lobi, berhenti dan meminta kunci bilik penjana. Mesin penjana hanya boleh beroperasi selama empat jam (tangki penuh). Mungkin lebih kalau hotel tidak ramai penginap sepe...

All I Want For Xmas Is You!

Korang kalau diberi tiga permintaan apa yg korang mintak? Lagi2 tengah musim perayaan ni kan. Tak payahlah buat permintaan boring mcm, All I Want For Xmas is You . Nak berjumpa dengan org yg tercinta katanya. Mungkin materialistik sikit bunyinya tapi apa salahnya mintak Note 4 ke, Iphone 6 ke, sekurang-kurangnya ada jugak boleh di bimbit ke merata tempat. Jangan jadi mcm Sakinah Tapai, diberi tiga permintaan yg bukan-bukan dia mintak. Sakinah Tapai nak rambut cantik mcm Britney Spears lah, tak kena kacau mak dia lah dan last2 sekali... "Mak...ow mak,,, sya jdi kangkung sudah skrg, ko masaklah belacan" Boleh pecah perut bila tengok video pendek komedi begini. Mata yg kantuk jadi segar tanpa satu auns kafein pun. Kekadang terlintas juga di hati, dari mana ilham pelawak2 maya ni yg tak henti2 buat kita kelucuan depan pisi. Dalam pada tuh, suka aku menyebut, mungkin ada yg sedar juga, seakan berlaku trend popular rakaman video pendek yg mengetengahkan lelaki memegang watak peremp...

...yg selalu jd model tu...

Kah kah kah... Macam model tuuuuuuh. Anyway, description tuh bah vaguely resemble someone that I know of . Dia jak lah yg strut around pun while building wall around him . You think you tough attitude lah kan... Padahal.., Ketar lutut. Me catwalk? Almost unlikely . Sudah salah orang kali ni. Yg risaunya, kalau aku yg kena hambat org nanti. Dah le ramai org tak suka dia tuh. Jangan sebab salah orang, tak pasal2 aku yg kena masuk spital plak. Kalau dia tak pe, aku sukung. Kita buat mcm eksiden pun bagus.

Belum Cukup Lagi

Drama gaji lambat, berulang lagi. Mencetuskan rasa tidak puas hati dikalangan pekerja. Sekali sekala boleh dimaafkan (beserta alasan). Tapi kalau dah masuk tiga kali berturut-turut lama-lama jadi beban pula. Beban dengar keluh kesan orang. Beban bayar bunga bila lambat bayar ansuran. Alah lambat sikit aje, bukan tak bayar gaji pun kan? Aku sedapkan hati kawan2. Alah kau orang bujang tak banyak tanggungan, tempelak seorang staf. Pantang aku orang banding-bandingkan orang bujang dgn orang yg dah kawin. Macamlah orang yg dah kawin aje ada tanggungan. Apa orang bujang tiada ahli keluarga lain yg nak ditanggung? Tiada bil yg perlu dibayar? Aku tidak mengeluh sana sini tentang susah aku, tidak bermaksud aku tidak pernah susah. Bila duit gaji dah dikreditkan ke dalam akaun, drama mintak tolong bayarkan bil pula berlangsung. Dua tahun aku tunjukkan kelebihan perbankan atas talian. Dua tahun jugak tak tergerak nak buat akaun. Macam batu direndam dalam air, seratus tahun pun tak kembang. Nak kat...

Tujuh Pertama Mengikut Abjad

Kita tengok sejauh mana aku kenal rakan2 dalam pesbuk aku. Utk tujuan entri ni kita ambil tujuh pertama mengikut abjad dalam senarai. A Rahman Mat - Ini kawan masa belajar di UUM dulu. Budak nasyid lah katanya masa tuh dan berasal dari Sarawak. Tak rapat sangat, tapi nama Mat kat belakang tuh bukan nama dia. Rapat sangat dengan seorang lagi kawan yg kami panggil Mat, juga dari Sarawak, sampai skrg kami kenal dia ni dengan Man Mat. Yg peliknya perkara yg sama tidak berlaku pada Mat. Abah Humaira' - Oh yg ni bekas pelajar BIT aku masa jadi tenaga pengajar sementara di Kolej Insaniyah, Alor Star. Habis setel viva voce, tunggu keputusan pembetulan aku kerja sementara kat sini. Banyak jugak pengalaman yg aku timba dari pelajar2 di sana.  Abbiey HiDeaki CyRil - Tengok nama. Tengok gambar. Blur kejap. Serious I have no idea siapa punya profail ni. Yg kelakar tuh dah jadi kawan sejak Oktober 2012... Mcm mana boleh ada dlm senarai rakan aku tak tau lah. Main terima aje kawan je ni agakny...

Lagi Cerita Exodus (updated)

Hensem plak tengok poster ni. Lagi-lagi dengan judulnya tuh. Cepat aje jari jemari aku tap tap skrin note 10 semak info dan trailer creta nih di pengkalan filem IMDB. First impression aku bila tengok trailer ni sudah tentulah pada filem klasik The Tenth Commandment. Seperti mana filem klasik tuh, filem Exodus: Gods & Kings jugak mengulangi kesilapan yg sama dalam mengambil pelakon yg mewakili bangsa dalam cerita tuh. Rasanya byk dokumentari pasal dunia mesir purba. Dan tidak disangkal lagi bangsa yg memerintah mesir pada latar kedua-dua filem bukan berkulit putih. Mereka bangsa awang hitam. Kulit gelap! Ini belum tengok lagi filem arahan Ridley Scott ni di panggung. Tak sampai imaginasi aku kepada dunia yg penuh gah itu apabila aku nampak still Sigounor Weaver sebagai Tuya. Kalau dah tengok tak tahulah apa aku nak cakap. Apa pun alasannya, ambil pelakon2 besar membintangi filem ni mungkin atas tujuan komersil. Sama macam filem Memoirs of Geisha, ambil pelakon Cina utk watak wanita ...

Hello From Kuching

Klik pada gambar utk paparan yg lebih besar. Tengah kemaskini akaun emel Yahoo!, aku terjumpa balik emel lama ni. Bila baca, tak sangka plak ada orang cari info melalui gugel terbawa ke blog aku yg tak seberapa itu. Sejak menerima emel sebegini, aku lebih berhati-hati dalam menyebut nama tempat kerja. Takut apa yg aku ceritakan jadi gambaran pertama pembaca atau bakal pengunjung. Apa pun ini bukan pertama kali aktiviti maya aku jadi rujukan. Pernah satu masa, nama aku naik dalam briefing gara2 status pesbuk aku. Entah apa masalah andartu yg hampir nak menopos tuh. Sebut aje hotel terus jadi isu besar bagi dia. Menggambarkan imej buruk mengenai hotel katanya. Jadi si fat babe yg sorang lagi tuh pun terhegeh-hegeh jugak lah panggil aku perjelaskan isu. Aku nak jelaskan apa aku cakap, dengan sedikit meradang. Sudah lah kita kerja malam ditahan lagi sampai pukul 8.30 pagi utk bagi kenyataan balas. Dalam hati aku, mmg betul2 ko carik nahas dengan aku lah andartu. Tempohari, mengadu aku tida...

Bang Kenalin... Nama Adek Ina...

Ingat lagi entri ini ? Beriya pegi beli, macam nak baca sangat masa tu jugak. Sekali tengok, terperap setahun lebih baru nak menjenguk. Itu pun gara2 bosan sangat menunggu bungkusan yg mcm sengaja dilambat-lambatkan proses penghantarannya. Aku tak tau lah apa pandangan orang tentang novel Salina ni. Pengalaman aku, setakat ni agak sukar mencari "pace" atau lebih tepat lagi, suara si penulis. Adakah kerana gaya penceritaannya? Atau gaya olahannya? Sudut padangannya kah yg tak berkesan? Aku ingat lagi masa aku baca novel pertama dari tiga buku Millenium: The Girl with the Dragon Tattoo . Helaian-helaian pertama tuh sukarnya nak follow macam baca jurnal akademik je. Selepas aku temui rentaknya, novel tinggalan Raleigh International tu jadi sedap dibaca. A page turner, village people cakap . Hard to put down! Sedar2 -keluar jugak duit beli novel kedua -habis semua tiga-tiga novel aku baca. Motif aku kongsi cerita pendek seperenggan kat atas tuh bukan nak lari tajuk. Aku berharap ...

#31 Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Aku nampaknya dah sampai ke penghujung cabaran. #30 aku langkau sebab tahun 2014 ni blum sudah lagi. Sampai masanya aku bukak entri baru utk cabaran #30. Kalau ada yg masih kabur apa yg aku buat ni korang boleh rujuk di sini . Pertama-tama sekali aku mintak maaf sebab terlambat menyudahkan cabaran ni. Maklumlah hujung tahun org2 kerja hotel ni agak sibuk sikit. Banyak menda nak diurus tapi disitu jugak manusia2 bahalul tetiba muncul. Double booking utk 13hb dah setel. Aku ambil kejadian ni sebagai peringatan utk semua staf supaya lain kali lebih peka. Sempena dengan tu mungkin ada sedikit sambutan tanda kesyukuran. Tunggulah semua balik cuti baru kita makan2 sikit. PHD ke? Sibuk2 tuh sempat jugak memesan talian bbrp BD. Yg satu ni baru sampai hari ni. Asalnya mintak priority. Sudahnya tetap jugak lambat. Tak pasal2 aku mintak wang penghantaran dikembalikan. Berbalik kepada topik kita, sejujurnya aku pun tak pasti apa yg aku boleh dapat dgn berblog ni. Aku mula terjebak dulu pun disebab...

#29 Bunga Kegemaran Dan Ertinya Untuk Anda

Kalau korang ingat lagi cabaran #14 hari tu memerlukan kita bercerita pasal kasut. Cabaran hari ni kita kena sembang pasal bunga pulak! Macam kasut, bunga pun bukan topik kegemaran aku. Ada atau tiada bunga tuh tidak begitu memberi kesan sangat. Cantik mata memandang, kalau tiada tidak terasa kurang pun. Seingat aku dulu, masa sekolah rendah aku pernah lakar bunga mawar. Mungkin utk tugasan kelas pendidikan seni. Berjam jugak tuh menatap atas katil melukis. Sebab bunga mawar yg dilukis diambil dari lukisan pada cadar. Mungkin ramai org kaitkan mawar ni dengan cinta dan hari valentine. Lain pula aku! Bila org sebut, terutama sekali mawar merah terus ingatan aku terbang ke satu lagu Melayu yg dinyanyikan oleh nek Lata Mangeskar, SEKUNTUM MAWAR MERAH. Perhatikan bagaimana penyanyi veteran dari India ni menyebut perkataan MAWAR... Selain tuh, bunga raya yg menjadi bunga kebangsaan kita, turut ada pengaruh dalam hidup aku. Mudah didapati, bunga raya ada nilai perubatannya yg tersendiri. Di...

#28 LIMA Perkara Bermula Dengan "Andainya..."

Kita santai-santai utk entri kali ni. Apa kata kita tetapkan apa PERKARA yg kita nak nak sebutkan di sini. Nak senang kita ambil PERKARA tu sebagai tajuk lagu lah yea. Mcm mana? Berikut hasil carian aku melalui gugel... Andainya Aku Bersuara (Liza Hanim) Andainya Aku Pergi Dulu (Alley Cats) Andainya Kau Terima (New Boyz) Andainya Aku Jutawan (Jamal Abdillah) Andainya Kita Berpisah (Syed Sobrie) Tu dia, banyak jugak rupanya ya tajuk lagu yg bermula dengan "Andainya...", walaupun banyak2 tuh satu lagu aje penah dgr.... Ngee... Ekceli bila sebut andainya ni, teringat kat lirik lagu "Doa Buat Kekasih" duet Ramli Sarip dan Dato' Khatijah Ibrahim. Andainya aku bertanya Padamu tentang bahagia Di mana nilai setia Di manakah puncak cinta Mahukah engkau mengerti Harapan serupa mimpi Ianya dapat terjadi Atau hilang tak berganti Jugak lagu "Jangan Ada Benci" nyanyian Casey, mengundang nolstagia gitu... Andainya ada di antara kita nanti Berubah hala serta janj...

Meditots Mozzie Patch!

Ini bukan kondom. Ini adalah pelekat penghalau nyamuk. Mungkin yg paling kiut aku pernah jumpa. Nama dia Mozzie Patch boleh dapatkan di Guardian berdekatan. Sekotak terdapat sepuluh pelekat, di mana setiap sepasang mewakili gambar kartun macam kat luar kotak tuh. Mesra digunakan utk kanak2 dan bayi serta boleh tampal kat mana2 bhg badan. Tak selesa pada kulit badan, tampal kat baju pun okay. Bau dia serai wangi, tak tengik tapi berkesan utk halau nyamuk. Maklum sajalah bekerja di resort yg terbuka, mmg mudah jadi sebahagian kitar hidup cik muk. Tak mahu sumbangkan darah, aku pilih beli Mozzie Patch. Asalnya nak beli yg main sembur, tapi tak sukalah sebab kekadang yg jenis sembur ni melekit. Dengan Mozzi Patch, yg melekit hanya pada pelekat tidak pada badan!

#27 Mood Anda Hari Ini

Sedikit biru. Aku amnya tidak bercerita sangat bila berhadapan episod biru nih. Apatah lagi mahu bertanya kenapa aku begini hari ni? Cepat bengang, malas nak layan orang. Mungkin pada mulanya hanya sekadar soalan yg naif. Sekadar terdetik bertanya, knp mood aku tak elok. Dengar saja keluhan hati, sisi gelap terus menyisipkan nota KIV tentang segala lelah hati yg lepas. Tanpa sedar kita dituntun ke daerah hitam yg semakin menyesakkan kita. Sangat tak suka berada di tempat tuh. Berbincang, berkata tentang episod biru tuh, hanya menambah kesugulan kita. Kalau tiada apa yg menyebabkan kita biru di dunia sebenar, tidak putus cinta, tidak kehilangan duit.. Itu maknanya mood swing. Janganlah dilayan sangat. Kalau boleh, cepat-cepat alih perhatian kepada aktiviti luar. Aktiviti dalam - seperti berfikir- must stop for awhile. Kelegaan akan ditemui bila kita berjaya cari jalan ke luar cepat. Alamak ribut nak datang lah! Kau nak duduk tunggu ribut hambat kau ke baru nak lari? By then sudah terlam...

#26 Gajet Kepunyaan Anda

Kebetulan pulak utk cabaran hari ni kita bercakap pasal gajet. Jadi aku nak ambil kesempatan utk guna slot ni tuk rebiu Samsung Galaxy S5 yg aku telah guna sejak 4 bulan yg lalu. Dalam tempoh tu, ada jugak kawan2 tanya, bagus ke? Inilah masa yg sesuai utk jawab semua tuh! Berbanding Samsung Galaxy S3 yg aku pakai sebelum ni, ni kira peningkatan 150%. Aku belum alami masalah heng ke apa lagi walau dalam hati kadang ada jugak berharap begitu. Ada jugak cakap mungkin masih baru, tak byk install lagi dalamnya. After few months, I'd say it is still as good as if nothing was installed inside. Tak heng, bateri pulak bertahan lebih kurang 30% lebih lama. Dah tak perlu risau kalau tak bawak powerbank. Tanpa penggunaan yg berat, bateri boleh bertahan sepanjang hari. Kalau kehabisan bateri sangat, kita tak perlu cas lama. Dalam tempoh sejam dah boleh penoh. Kalau perlu jimatkan bateri boleh panjangkan penggunaan dengan menghidupkan feature penjimatan kuasa. Masuk aje bateri 30% tuh mmg aku te...

#25 Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

Terpaksa buat perubahan roaster secara mengejut semalam dan aku end up ambil off day hari ni. Ikutkan mahu kerja pagi hari ini sponging the whole thing. Seakan ada sebuah konspirasi yg mahu aku menjauhkan diri dari segala kekecohan di tempat kerja. Apa pun aku dah tolong apa yg patut. Good luck with all of us on 29th. Kebetulan pulak sejak kemarin aku rasa macam tak sedap badan. Untonglah dapat off hari ni, boleh rehat. Bangun pagi terus capai henfon dan tengok hapdet terkini berita di tempat kerja. Wasap ada. Telegram pun ada. Itu lifeline aku buat masa ni. Macam biasa rungutan staf dulu yg aku terima. Macam tu lah kalau dunia tak kucar kacir mmg tak sah lah kan? Mesti dalam bamyak2 jabatan tuh, ada yg akan jadi weak link satu2 tempat tuh. Makin dibiar makin menjadi-jadi. Kalau ni Surivor, tak payah create alliance, hantu2 ni dulu lah yg aku vote off the hotel The same time bila on henfon tuh, akan dapat jugak noti utk emel. In case ada tempahan masuk ke kantung inbox. Sejak hotel ada...

#24 Rumah Impian Anda

Pernah tengok Devdas? Kalau pernah, ingat tak babak akhir sekali dalam filem gilang gemilang arahan Sanjay Leela Bhansali tuh? Babak bila watak Paro dapat tahu yg Devdas terbaring di hadapan pagar rumahnya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan menyebut-nyebut nama Paro? Dapat tahu sahaja siapa yg berada di pintu mahligai, Paro terus berlari ke arah Devdas, DEVA!!! DEVA!!! Melentik-lentik2 jari runcing Paro cuba mencapai ke hadapan. Dibiarkan saja sarinya yg berela panjang itu terlepas melibas-libas lantai. Berlari dan terus berlari namun makin dekat makin lama rasanya Paro akan sampai sebelum ajal menjemput Devdas. Okay buka mata. Kalau korang boleh bayang perjalanan yg ditempuhi oleh Paro dari kubah mahligai ke pintu pagar rumah dalam wayang tuh, begitulah besarnya rumah impian aku nanti. Jauhnya sampai ambil masa untuk sampai pintu pagar rumah. DEVA, DEVA!!!, teriak Paro sekuat hatinya. Sampai-sampai pintu pagar kena tutup pula, mematikan harapan Paro buat selamanya. Jangan putus asa, kawan...

#23 Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

Penulis. Melihat sejarah aku dan penulisan yg tak seiringan, entah dari mana aku dpt idea jadi penulis ni. Mungkin juga sepanjang pembabitan aku dalam dunia blogging ni, aku bertuah bertemu insan-insan yg mengenal bakat terpendam yg aku sendiri tidak tahu aku ada selama ini. Aku rasa aku ada ciri-ciri yg perlu ada pada seorang penulis. Mungkin apa yg membantutkan aku dari meneruskan cita-cita aku ni adalah kerana ada tompok ragu2 dalam hati, sementelahan pula pasaran novel kita di Malaysia ni tidaklah sebesar mana pun. Pendek kata, boleh cari makan ke? Terlalu memilih genre dan mahukan yg original sahaja pun satu kes jugak aku ni. Tidak macam novel2 yg ada dipasaran skrg yg seakan pepak dengan kisah2 romantik, aku mahu cuba lari dari zon komersial itu. *mula dah berangan* Aku mahu masuk ke dunia fantasi, keajaiban dan meneroka topik yg jarang2 org kupas. Sayangnya bagi aku yg naif ni, aku terlalu berharap "cerita" datang pada aku, bukan sebaliknya. Bila bercakap pasal "c...

#21 Tempat Yang Anda Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi / #22 Destinasi Percutian Impian

Aku baru sudah menonton Survivor: Borneo dan juga Survivor: Toncantins. Sambil2 menonton tuh cuba membayangi perasaan bagaimana lah agaknya hidup dalam keadaan yg dilalui peserta-peserta rancangan realiti tuh. Ujian bukan sahaja pada mental dan fizikal tetapi juga pada kebolehan sosial dan mengatur strategi. Sedangkan aku ni yg baru aje duduk tepi semak dah mengomel diratah nyamuk. Inikan pula selama 39 hari dgn segala kemudahan terhad. Boleh kah? Kalau kita tak cuba ke situ, tolak diri keluar daerah selesa, mana kita tahu kita boleh ke tidak kan? Menarik kalau dapat buat yg tepi pantai punya atau pun pulau. Terus teringat aku kepada pantai-pantai dalam filem The Beach, lakonan Leonardo Dicaprio. *Bila nak rilis dlm btk BD?* Seronoknya kalau dapat pergi ke pantai atau pulau yg belum ramai lagi orang terokai. Mesti bersih aje tempat tuh tak tercemar. Agaknya kalau tempat tu takde org boleh ke hidup yea? Dengan takde pengalaman dan pengetahuan hidup di hutan elok pergi melancong aje lah ...