Langkau ke kandungan utama

#26 Gajet Kepunyaan Anda


Kebetulan pulak utk cabaran hari ni kita bercakap pasal gajet. Jadi aku nak ambil kesempatan utk guna slot ni tuk rebiu Samsung Galaxy S5 yg aku telah guna sejak 4 bulan yg lalu. Dalam tempoh tu, ada jugak kawan2 tanya, bagus ke?

Inilah masa yg sesuai utk jawab semua tuh!

Berbanding Samsung Galaxy S3 yg aku pakai sebelum ni, ni kira peningkatan 150%. Aku belum alami masalah heng ke apa lagi walau dalam hati kadang ada jugak berharap begitu. Ada jugak cakap mungkin masih baru, tak byk install lagi dalamnya.

After few months, I'd say it is still as good as if nothing was installed inside.

Tak heng, bateri pulak bertahan lebih kurang 30% lebih lama. Dah tak perlu risau kalau tak bawak powerbank. Tanpa penggunaan yg berat, bateri boleh bertahan sepanjang hari. Kalau kehabisan bateri sangat, kita tak perlu cas lama. Dalam tempoh sejam dah boleh penoh.


Kalau perlu jimatkan bateri boleh panjangkan penggunaan dengan menghidupkan feature penjimatan kuasa.

Masuk aje bateri 30% tuh mmg aku terus hidupkan pilihan ni, terutama sekali kalau masih belum sampai rumah dan jumpa plag.

Mod yg pertama lah yg aku paling suka. Semua fungsi berjalan seperti biasa kecuali skrin jadi hitam putih.

Pilihan ultra lagi ekstrim dimana semua fungsi dimatikan. Hanya aplikasi-aplikasi yg telah kita tetapkan antaranya seperti Wasap dan Pesbuk beroperasi. Sayangnya Telegram tiada dalam senarai boleh pakai semasa ultra diaktifkan.

Dengan bateri yg tahan lama dan boleh jimatkan penggunaanya, mmg tak lekang lah henfon di tangan. Cuma satu sahaja yg Samsung perlu perbaiki: Kamera depan dan belakang.

In good light Camera S5 boleh perform dgn baik. Bila masuk indoor, performance terus merundum jatuh ke gaung. Hairan dalam pencahayaan buruk gambar jadi mcm kena rendam dalam air. Aku pun tak tau lah kenapa, mungkin jugak dia punya programming ke apa but the result was mediocre at the best.

Banding dgn S3 punya aku rasa hasil dia lebih baik dalam keadaan pencahayaan yg buruk. Features ni penting, sebab aku punya selfie lebih byk yg indoor punya. Please improve!

Yg perlu diperbaiki lagi? Sudah tentulah pengecaman cap jarinya!

Aiyo, paling tak gemar main leret2 jari kat butang home tuh utk unlock henfon. Aku faham yg ni just option, tapi lebih praktikal kalau buat mcm Iphone punya. Lantak lah diorang kata tiru ke apa. Sbb aku rasa main tekap jari tu lebih senang penggunaannya.

Jangan cakap sila bertukar ke Iphone pulak yea lepas ni. Tak nak Iphone. Ringtone pun nak kena beli. Tak mo.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...