Langkau ke kandungan utama

#10 Apa Yg Ada Dalam Handbag Anda?


Atau beg sandang, dalam kes aku.

Lazimnya menda-menda yg aku bawa:
  1. Headphone bluetooth. Kalau lagu yg dipasang tak berkenan sumbat je dgn menda alah ni. Tau2 jelah kalau duk dlm bas. Lagu entah apa2 yg dipasang.

  2. Batang monopod. Wajib dibawa ke mana-mana, kot2 la tetiba berangan hensem senang nak berselfie. Kadang kalau ada kejadian ke yg memerlukan berwelfie mmg perlu sgtlah bawak menda alah nih.

  3. Beg henfon. Yg paling atas tuh tempat menyimpan henfon-henfon aku. Kalau malas nak bawak beg sandang aku bawa je beg kecil nih dan sedikit tunai dlm tuh. Aku ada tiga henfon. Samsung Galaxy S5, Nokia Lumia 1020 dan Iphone 6 je yg masih dok kedai...

  4. Beg duit. Yg besar sikit dari beg henfon tu seperti namanya aku khaskan tempat letak tunai. Aku biasanya bawak tunai besar sebab malas nak balik2 gi cucuk duit. Selain jadi tempat letak duit, aku jgk letak kad bank dan IC di beg nih. Kadang tu aku letak jugak tisu Gatsby for quick touch up dlm beg yg sama.

  5. Note 10. Ini pun wajib bawa merata. Senang nak hapdet blog guna gajet ni dari bawa komputer riba. Jadi tiada alasan lah kata tak boleh hapdet kan. Jiwa menulis tuh mesti dibawa ke mana-mana. Cuma aku mungkin perlu beli simkad lain utk memudahkan aku capai internet dari Note ni.
Apa dalam beg? Tak payah lah aku snap yer. Segan pula almaklumlah semak. Aku ni pula jenis yg main sumbat semuanya. Takut menda2 kecil lupa nak bawak.

Spring cleaning tu mmg buat jugak, tapi kalau dah segalanya dalam tu tetap nmpk mcm timbunan junk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.