Langkau ke kandungan utama

#14 Cerita Kasut Saya

Terus terang aku cakap: "I'm not a shoe-people." Kalau bukan sebab kerja, malas aku nak pakai kasut. Aku lagi selesa berselipar.

Aku ingat lagi masa persiapan nak daki gunung Kinabalu. Ada kawan pesan beli kasut yg sekian-sekian. At the end, kasut tu aku tak pakai jugak... Ekceli pakai jugak, tapi tak sampai separuh jalan aku pecat. Aku keluarkan sandal pakai macam biasa.

Satu yg aku tak suka pasal kasut, bau kaki. Ini mesti sebab perlu pakai stokin lagi kan?

Kalau aku tak gemar pakai kasut. Stokin lagilah aku tak suka.

Di tempat kerja je aku pakai kasut dan stokin. Sebelum dan selepas kerja aku pakai sandal aje. Peduli lah org nampak aku pelik berbusana lengkap pejabat, tetapi tiba-tiba kat bawah sandal aje.

Syukurlah kalau aku tak pakai flip-flop. Selipar Jepun.

Aku faham kalau ada orang kata, pemakaian kasut tuh melengkapkan penampilan. Fashion-wise. Siap ada lagi sanggup berbelanja beli boot mahal2 semata-mata nak bergaya.

Itu gaya kau. Bukan gaya aku. Terima kasih.

Di sekolah dulu, pakai kasut pun mcm terpaksa jugak. Lagi-lagi kalau kena cuci kasut. Aku biasanya seminggu sekali lah. Habis sekolah hujung minggu, malamnya rendam. Esok, cuci siap gosok sekali dengan sabun buku Fab tuh.

Kalau nak cepat, sumbat dalam mesin basuh.... Elok aje kuar dari mesin basuh, tinggal nak jemur je. Sebelum nak jemur tuh sapu kapur kasut. Nak bagi lagi putih lah kononnya.

Kalau dah malas, pilihan kasut pun malas jugak. Aku tak suka yg bertali, ambil yg jenis berplaster aje. Zap, zap. Kalau bertali ni renyah lagi nak mengikat. Lagi tak best kalau balik2 talinya terbuka.

Antara jenama kasut sekolah yg aku pakai, Wira, Pallas dan Bata. Ada jugak aku pakai kasut yg Yayasan Sabah bagi tuh. Cokelat kot tapak dia. Selesa dan tahan lama tapaknya plus percuma. Satu yg kurang, kasutnya bertali.

Utk kasut kerja, aku lazimnya tinggalkan di tempat kerja. Malas nak pakai sebelum pergi dan selepas balik kerja. Nak elak dari kasut cepat haus tapak lah kononnya. Lainlah kalau ada temuduga atau kursus ke apa, mungkin aku akan pakai dari rumah lagi. Kalau sempat aku polish, juga dengan produk show polish jenama Kiwi...

Kasut casual, bersukan tuh mmg ada jugak beli. Sajelah kot2 perlu kan. Tapi yg haus sandal dan selipar aje lah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...