Langkau ke kandungan utama

Menu Memori

Entri ni patutnya aku kongsi kelmarin, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kejadian mlm Ahad yg sedikit mengecewakan. Sebelum itu kita mulakan kisah kita pada malam Sabtu.

Kami berlima selamat sampai hotel, dari USS, sekitar pukul 9 malam. Dan aku tak tahulah apa yg ada dalam fikiran semua yg ikut ke USS tuh. 

Bayangkanlah seharian beratur, tumit kaki pun hampir nak berkematu. Seharian tu jugak, gara2 nak jimatkan kos, kami hanya alas perut dengan biskut, roti dan air. 

Tak lapar ke?

Dengan keadaan begitu, tengok pulak waktu kat jam tangan dah lewat, mmg patutnya dah serbu mana2 kedai makanan terdekat. 

Apa yg berlaku? Masa tuh jugak baru nak carik kedai makan!

Ada yg terdekat, kami terdengar si pengkid kata dlm bas tadi tak sedap. Ikut nasihat si pengkid kami pun tak pergi.

GPS punya GPS, akhirnya kami jumpa satu tempat makan. Medan Selera Bomba Larkin, tak silap namanya.

Sebagai bendahari, Sara pun pesan makanan untuk semua.


Dengar menu yg dipesan semuanya macam menu-menu yg aku biasa makan sekitar 2000 - 2005. Terus terimbau memori gitu.

Mujurlah, makanan yg dipesan cepat sampai. Kalau tak, tak tahulah apa nak jadi.

Dalam dingin hujan di luar, daging masak merah, tomyam campur, kailan ikan masin dan telur dadar dinikmati bersama nasi putih.


Esoknya kes yg hampir sama terjadi. Nak jaga hati punya pasal, hujung2 makan tenghari lewat.

Berdasarkan cadangan Alyah, kami menyinggah di Restoran Pondok Tok Mok, Setia Tropika isi perut. Alyah kata Mee Rebus kat situ sedap. Jadi aku pun pesan menu tersebut.

Bila sebut Mee Rebus ni, teringat plak masa aku mula2 menjejak kaki ke Johor. Mee Rebus ini jugaklah menu pertama yg aku suap ke mulut.

Dalam perjalanan, Mak dan Ayah Sara jemput makan malam malam pula. 

Mula2 Firdaus tak setuju, takut terlepas konsert akhir AF katanya yg smggnya sedari awal nak duduk depan tv tonton rancangan realiti tv tuh. Tengok jam dah 9.30 malam, tengok tak tengok aku rasa dah tade perbezaan dah pun. Kau tetap dikira terlepas!

Mana yg sempat kami layan di rumah mentua adik aku tuh,

Masih berdegil, Firdaus yg mahu tengok konsert kat depan tv mintak diri balik selepas menyantap.

Semasa tinggalkan rumah pakcik Meor, siaran langsung mengumumkan pemenang personaliti. Nuha tak silap menggondol anugerah tuh. 

Aku yg tak begitu mengikuti konsert akhir, hanya layan AF malam tu seimbas lalu aje. Entah bhg mana dah, tetiba aje skrin tv bertukar hitam dan paparkan mesej mengatakan saluran tv tiada dalam langganan.

Aik, hujan ke kat luar?

Si adik ni pun mula lah membebel mengkritik perkhidmatan Asteruk.
.
Tengah2 bebel tuh, tetiba dia teringat sesuatu...

Alamak!

Adik bertuahku baru teringat yg bil Asteruk dia belum bayar lagi!

Nak hapdet blog, bateri semua gajet pulak dah hampir kosong. Nak tak nak lelap mata jelah. Sudahnya entri aku lambat up.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...