Langkau ke kandungan utama

#19 SATU Resepi Kegemaran Anda

Tahun ni aku paling byk buat kek pisang. Kalau ada yg tertanya-tanya apa kah resepinya. Mungkin inilah masanya utk aku kongsikan. Bukan aku tak pernah kongsi dengan sesiapa. Pernah mmg pernah. Cuma tu lah melalui khidmat pesanan Whatsapp kpd yg sudi bertanya.

Namun begitu lah ceritanya. Kongsi tinggal kongsi je. Kek pisangnya tak keluar2 jugak dari ketuhar.

Kalau rajin tak payah mintak resepi dengan aku pun boleh carik dengan angkol gugel. Dah namanya pemalas, ko suap pun takan terbuat jugak kek tuh.

Resepi kek pisang yg aku cilok dari Internet ni mmg senang. Yg pertama kali buat pun akan bangga dgn diri sendiri bila tengok hasilnya. Kalau kreatif mcm aku boleh tukar bahan2 mengikut selera dan apa yg ada di dapur.

Sesambil kita sediakan adunan, apa kata kita panaskan dulu oven dlm 180 darjah selsius. Tinggalkan dan keluarkan blender korang.

Sudah?

Okay pecahkan 4 biji telur ke dalam blender kemudian tambah satu cawan gula. 

Kalau tak suka manis boleh letak 3/4 cawan sahaja. Untuk tutup bau hamis telur tuh kita letak satu sudu teh perisa vanilla. Untuk perisa vanilla ni aku paling suka pakai Star Brand.

Belum sudah lagi nih. Taruh dlm blender tu secawan marjerin yg telah dicairkan. Kalau nak pilihan yg sihat boleh ganti dengan mentega. Cuma kurang sedap lah sikit. Kalau pakai marjerin bau kek pisang tuh semerbak. Kalau yg pakai mentega tu boleh lah tambah lagi satu sudu teh perisa vanilla nak bagi bau sikit.

Dah sudah tuh korang putar lah campuran tadi agak2 memutih gitu. Seminit dua pun memadai. Jangan putar lama sangat. Nanti kek keluar oven setinggi gunung Kinabalu.

Buh campuran yg kita putar tadi dalam mangkuk besar ke utk proses seterusnya.

Siap letak campuran, kita ayak masuk 1 1/2 cawan tepung naik sendiri ke dalamnya. Kalau takde tepung naik sendiri, boleh pakai tepung gandum biasa tapi kena tambah satu sudu teh serbuk penaik.

Ayak bersama juga satu sudu teh serbuk bikarbonat. Serbuk bikarbonat ni agen penaik jugak, cuma fungsi dia berbeza sikit.

Gaul rata tepung dgn yg kita blender tadi. 

Kita tambah bahan basah kemudian ya.

Bahan basah ada dua aje kena tambah pun. Secawan pisang emas yg sudah siap dilenyek halus dan gaul lagi bagi rata.

Akhir sekali, tambahkan cecair. Kalau nak sedap lagi bagus letak satu sudu besar yogurt. Kalau takde yogurt buh le air perahan limau.

Dah rata gaulan, bolehlah tuangkan ke dalam loyang yg sudah dilengserkan dgn minyak atau mentega.

Nak ratakan adunan di atas loyang, hempas2 manja loyang atas meja. 

Selesai tuh, tolak aje loyang masuk dalam ketuhar. Tetapkan masa dalam 40 - 45 minit. Dah sudah keluarkan dan sejukkan di atas relai.

Nak tengok hasilnya boleh pergi ke sini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...