Langkau ke kandungan utama

USS

Fikir nak masuk tidur awal lepas balik USS. Boleh rehat2 dan kalau tak lelap mata boleh hapdet blog sekali. Malangnya sesat pulak lepas makan malam masa hantar Sara dan Alya ke Kuarters Hospital Kempas, Tampoi.

Dah le sesat, ada jalan pulak kena tutup. TMJ katanya nak kawin mlm tadi. Akibatnya, terpaksa ikut berbaris panjang ikut kereta2 lain mencari lencongan alternatif.


Pagi tuh pun ceritanya lebih kurang sama. Balik-balik berbaris panjang. Mula2 untuk melalui pemeriksaan kastam masuk Singapura. Dah le panjang, payah beno nak bergerak barisan tuh. Mengalahkan jem terburuk pernah terjadi kat Kehel.

Kenapalah letak pegawai yg seusia Keretapi Tanah Melayu utk urusan begini. Sudahlah kertu, lidut nak mampus plak tuh. Bila bertukar pegawai, barulah barisan bergerak lancar senula

Bayangkanlah berbaris satu jam dua puluh minit semata-mata nak dptkan cop imigresen tu saja.


Jadi tak hairanlah bila sampai USS terujanya bukan main lagi. Sampai2 aje teros aje posing depan globe Universal di pintu masuk USS. Selama ni tengok org bergambar depan menda alah tuh. Sekarang giliran aku pulak, BONUSNYA dgn my brothers and sisters.


Pertama yg kami berlima kunjungi adalah melihat persembahan tarian karektor2 Sesame Street. Nasib baik nak masuk tak perlu beratur. Satu permulaan yg ceria dan mengurangkan muka ketat yg dah mula muncul sejak berbaris lama mintak cop kastam imigresen Tuas tuh.


Babak berbaris panjang bersambung lagi masa mendapatkan giliran Transformer Ride. Fikir lepas naik tangga tu dah sampailah giliran, rupanya panjang lagi barisan di depan! Macam patah kaki berdiri menunggu giliran. Cerita berbaris tak putus yg paling epik adalah masa nak dptkan giliran kat Jurassic Park.

Tujuh puluh minit korunk percayalah!

Ujung minggu le katakan haruslah sesak USS tu mcm pasar malam.


Tak taulah kalau yg kat Far Far Away ni pengalaman pertama 4-D aku sebab ikutkan yg Transformer Ride tu pun macam 4-D jugak. Siap kena percik air, terasa bahang api segala. Kalau yg kat Far Far Away duk atas kerusi panggung sementara yg Transformer Ride dlm kereta bergerak automatik.


Persembahan kat Waterworld ni pun aku suka sebab pertama merasa kena simbah air, ada letup2 selain kagum aksi lagak pelakon2 yg melakonkan semula adegan Waterworld tuh dgn lincahnya.

Di sini tak payah berbaris. Terjah aje utk dapatkan tempat duduk.

Baliknya berbaris jugak kat kastam tapi semuanya lancar aje mcm air.

Serik dengan pengalaman balik2 beratur nih?

Kalau tak nak beratur teruk2 mcm ni ambik pakej ekpress. Harga pun mungkin teruk2 mahalnya.

Nak kembali semula tuh tak pasti lagi le ke USS.

Masa dlm perjalanan ke USS merenung keluar tingkap melihat seimbas kota singa timbul di sudut hati keinginan meneroka republik ni suatu masa nanti.

Sementelahan plak dulu masa mengaji di UUM pernah mengikuti rombongan lasbela ke NUS tapi sygnya imigresen Woodlands tak lepaskan kami.

Keinginan lama tuh tumbuh semula. Kalau dulu tinggal asap je. Skrg dah ada bara balik.

Kejap lagi jadi api lettew!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...