Langkau ke kandungan utama

#18 Siri TV Kegemaran

Aci tak kalau utk cabaran hari ni aku bagi pautan saje? Bukan apa, sebelum ni dah penah buat entri yg lebih kurang mcm ni.

Pembetulan. Bukan satu entri ya. TIGA. Kau hada?

Ok kalau nak baca boleh pergi ke sini, sini dan sini...

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca datang balik sini. Aku belum sudahkan lagi entri kali ni.

Umumnya aku tak layan sangat rancangan TV. I could live without it. Sekarang pun aku macam dah lama tak hidupkan TV utk semak apa yg menarik kat TV.

Sudah begitu, tentunya lah saluran berbayar mcm Astro tuh haram nak ada kat rumah.

Pilihan hiburan aku lebih kepada DVD atau BD. Atau kalau rajin donlot saja dari Internet.

Macam dulu ingat tak Malaysia pernah diserang fenomena Nur Kasih, aku rasa aku je yg tak tau betapa popularnya drama TV ni.

Dengan sambutan yg hangat, membolehkan drama Nur Kasih ni available dalam bentuk DVD. Aku yg curious dengan drama ni, apa lagi donlot lah di Internet. Selepas menonton, aku pun turut anticipate The Movie drama nih.

Aku ada mengulas filemnya dalam blog sebelum ni.

Skrg pula aku tengah ulang layan drama Grey's Anatomy, sambil2 tunggu DVD musim ke-sepuluh dijual di KK.

Boleh jugak beli atas talian. Memandangkan semua musim sebelum ni aku beli di Speedy Video. Aku rasa elok juga aku beli yg musim ke-sepuluh ni dari situ jugak.

Setakat ni belum nampak bayang.

Untuk entri berkaitan dengan Grey's Anatomy dalam blog aku ni boleh pergi ke sini juga di sini.

Selain Grey's Anatomy, aku baru jugak menyudahkan siri X-Files. Aku ada bercerita mengenai siri ni di sini dan sini. Lama memendam perasaan nak nonton tuh. Maklum sajalah follow bbrp episod saje di TV masa belajar dulu. Skrg ada duit lebih, kita grab the whole series.

Sebelum tuh, aku ada beli jugak siri TV bertajuk Roswell. Malas nak bercerita panjang boleh baca kat sini.

Jangan marah yea kalau banyak sangat pautan. Malas nak ulang2 menda yg sama.

Last sekali, siri yg aku tunggu2 keluar DVD, tahun depan agaknya, Game of Thrones. Boleh lah layan tahun depan tiga musim terdahulu sambil2 tunggu siri yg ke empat ada di pasaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...