Langkau ke kandungan utama

#1 Gambar Terbaru dan Lima Fakta Tentang Anda


Sebagai memenuhi keperluan cabaran pertama aku haplot gambar ni. Terbaru? Baru lagi lah kalau bukan tahun lepas kan?

Tak tahulah kalau ramai yg dah tahu, bagi yg tak tahu aku adalah anak sulong dari tiga beradik. Kami adik beradik masing2 lahir selang 8 tahun. Dilahirkan di W.P Labuan, anak jati Sabah. Sekarang menetap di Kota Kinabalu (ulu-ulu sikit lah).

Aku sekarang memegang tampuk pemerintahan pejabat hadapan di sebuah hotel tak berbintang berposkod 88200. Begitupun aku sebenarnya tiada kelulusan dalam bidang hospitaliti dan pelancongan. Bila dah menceburi bidang ni minat itu datang sendiri, jadi kenapa nak berhenti kan? Sebelum ini menuntut di UUM dan memiliki Sarjana Muda dan Sarjana Sains dalam Teknologi Maklumat.

Merupakan peminat tegar Spice Girl. Tak dengar lagu Spice Girls satu hari mmg tak sah. Dalam banyak-banyak lagu Spice Girls tuh, GOODBYE adalah lagu yg paling kerap aku dengar. Kenapa aku suka, entah lah... Sedih kot.

Aku fikir aku ni gila bila suka beli DVD, BD sebagai koleksi. Selepas menyertai kumpulan tertutup di pesbuk baru aku tahu aku ni belum tahap obses lagi. Ada yg aku jumpa lebih gila sbb sanggup menghabiskan ratusan ringgit demi melengkapkan koleksi edisi terhad lengkap dgn figurin bagai. Muvienya sama aje, bro!

Selain kerja menghabiskan duit, aku juga suka menghabiskan masa membina badan. Buat otot ketul-ketul tu sentiasa menjadi impian. Menjadi ke tidak, itu belakang kira yg penting terus berusaha tak gitu?

Rasa cukuplah kot ni. Sehingga cabaran berikutnya, astalavista baby!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...