Langkau ke kandungan utama

#12 LIMA Wishlist Anda

Wah kalau ikut aku banyak. Tak terhitung, sehingga yg lama masih belum jadi kenyataan dah timbul keinginan baru. Selepas dikaji dan dinilai berikut aku senaraikan LIMA yg terpenting:
  1. Sambung belajar ke peringkat kedoktoran. Baru2 ni ada borak2 dgn Buha yg sudahnya menerbitkan keazaman nak sambung belajar lagi. Buat masa ni aku belum nampak lagi bagaimana nak mula lah. Begitupun aku tidak putus semangat. Aku yakin jalan itu akan dibukakan juga. Bila dan dimana, tugas aku skrg adalah menyuburkan bibit keinginan itu terlebih dulu.

  2. Menulis dan menerbitkan sebuah buku. Berangan kejap jadi Stephen King. Ikutkan nak tulis novel, tapi tak salah kalau aku luaskan skopnya kan? Manalah tahu satu hari nanti ada org bagi aku duit suh jelajah Sabah ni dan tulis mengenainya. Jelajah Sabah Dalam Lapan Puluh Hari, contohnya? Atau kalau novel yg kisahnya diangkat dari kehidupan aku tulis asalkan ceritanya original. Bukan disadur atau menyerupai mana2 cerita. Untung sabut boleh diadaptasi ke layar perak tak gitu.

  3. Nak jadi sado. Jangan gelak kay. Aku pasal fitness ni mmg dari dulu lagi minat. Cuma kekadang tuh tak cukup ilmu main redah aje. Ditambah lagi dengan limitation yg dicipta sendiri. Tidak yakin pada kemampuan diri sendiri. Sudahnya tak sado2 sebaliknya stress memanjang. Aku perlu cari titik keseimbangan dan cuba capai target satu per satu. Sekarang aku sepatutnya beri keutamaan kepada cutting while maintaining muscle mass. Yg aku terbuat tambah ukurlilit di pinggang.

  4. Melancong ke Bali atau Krabi. Kalau boleh dua-dua sekali harapnya dalam tahun depan. Rancang2 mcm tu je dgn adik2 selepas selesai lawatan ke USS hari tuh. Adik ipar pulak memang kaki melancong jadi nak kemana-mana tuh mmg disokong saja. Janji ada bajet. Lagipun sementara passport masih hidup ni berabislah kutip cop imigresen kan?

  5. Mendaki gunung Kinabalu. Kalau diingat macam aku dah serik daki hari tuh. Bila pandang dari jauh macam rindu pulak dengan Sang Aki. Itu sebab tahun depan, kalau boleh nak daki lagi. Kali ni ikut jalan lain pula. Tak kisahlah akan sampai mana. Target tuh nak ambil gambar di atas nun. Snap byk2 dan bukukannya sebagai kenangan. 
Itu dia lima wishlist aku. Kalau ada SEPULUH kompom aku terus sambung menulis sampai tengahari. Biarlah kita ambil masa banyak tang apa yg kita nak. Inshaallah ada rezeki tercapai... Kalau tidak be open to other possibility yea dok? Jangan putus asa gitu.

Ulasan

  1. jom! bila nak pegi... sape2 orgnyer? atur ya bu.

    BalasPadam
  2. Mari kita meeting dulu sambil buat bajet. baru senang nak plan belanjawan ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...