Wah kalau ikut aku banyak. Tak terhitung, sehingga yg lama masih belum jadi kenyataan dah timbul keinginan baru. Selepas dikaji dan dinilai berikut aku senaraikan LIMA yg terpenting:
- Sambung belajar ke peringkat kedoktoran. Baru2 ni ada borak2 dgn Buha yg sudahnya menerbitkan keazaman nak sambung belajar lagi. Buat masa ni aku belum nampak lagi bagaimana nak mula lah. Begitupun aku tidak putus semangat. Aku yakin jalan itu akan dibukakan juga. Bila dan dimana, tugas aku skrg adalah menyuburkan bibit keinginan itu terlebih dulu.
- Menulis dan menerbitkan sebuah buku. Berangan kejap jadi Stephen King. Ikutkan nak tulis novel, tapi tak salah kalau aku luaskan skopnya kan? Manalah tahu satu hari nanti ada org bagi aku duit suh jelajah Sabah ni dan tulis mengenainya. Jelajah Sabah Dalam Lapan Puluh Hari, contohnya? Atau kalau novel yg kisahnya diangkat dari kehidupan aku tulis asalkan ceritanya original. Bukan disadur atau menyerupai mana2 cerita. Untung sabut boleh diadaptasi ke layar perak tak gitu.
- Nak jadi sado. Jangan gelak kay. Aku pasal fitness ni mmg dari dulu lagi minat. Cuma kekadang tuh tak cukup ilmu main redah aje. Ditambah lagi dengan limitation yg dicipta sendiri. Tidak yakin pada kemampuan diri sendiri. Sudahnya tak sado2 sebaliknya stress memanjang. Aku perlu cari titik keseimbangan dan cuba capai target satu per satu. Sekarang aku sepatutnya beri keutamaan kepada cutting while maintaining muscle mass. Yg aku terbuat tambah ukurlilit di pinggang.
- Melancong ke Bali atau Krabi. Kalau boleh dua-dua sekali harapnya dalam tahun depan. Rancang2 mcm tu je dgn adik2 selepas selesai lawatan ke USS hari tuh. Adik ipar pulak memang kaki melancong jadi nak kemana-mana tuh mmg disokong saja. Janji ada bajet. Lagipun sementara passport masih hidup ni berabislah kutip cop imigresen kan?
- Mendaki gunung Kinabalu. Kalau diingat macam aku dah serik daki hari tuh. Bila pandang dari jauh macam rindu pulak dengan Sang Aki. Itu sebab tahun depan, kalau boleh nak daki lagi. Kali ni ikut jalan lain pula. Tak kisahlah akan sampai mana. Target tuh nak ambil gambar di atas nun. Snap byk2 dan bukukannya sebagai kenangan.
Itu dia lima wishlist aku. Kalau ada SEPULUH kompom aku terus sambung menulis sampai tengahari. Biarlah kita ambil masa banyak tang apa yg kita nak. Inshaallah ada rezeki tercapai... Kalau tidak be open to other possibility yea dok? Jangan putus asa gitu.
Jom Bali? Ramei2 kita!
BalasPadamjom! bila nak pegi... sape2 orgnyer? atur ya bu.
BalasPadamMari kita meeting dulu sambil buat bajet. baru senang nak plan belanjawan ;)
BalasPadamMeeting gitu... yg pntg sapa nl pegi ni...
Padam