Langkau ke kandungan utama

#6 Apa Yang Anda Makan Hari Ini

Uish banyak! Kebetulan pulak satu hotel baru "terima" hari ni. Makanya ceritanya jadi jalan-jalan cari makan lah petang tadi.


Sekali sekala pulak namanya adakan kejutan buat rakan staf yg sambut hari lahir yg ke-26 hari ni, maka dapatlah merasa kek hutan hitam. Kalau hari biasa jangan harap lah nak beli.

Usai kejutan kami memecut ke bandar, ada sedikit temujanji *kononlah*


Sambil2 tunggu tuh kami melantak dulu dim sum di Fook Yuen sebelah Old Town Cafe di Jalan Gaya. Aku ditemani Eja (paling kiri hadapan), Babu Ros dan Babu Kuntum (tengah).


Ini merupakan kali pertama mencuba dim sum di sini. Semua aku rasa, kalau boleh. Yg paling aku suka sudah tentunya yg tengah paling kiri tuh. Ada rasa macam telur masin itik aje. Lemak-lemak gitu. RM4.00 satu bekas kukus kecil tuh.


Sekali lagi mengidam sushi kami ke Sushi King. Malangnya Sushi King di CP sesak sampai perlu tempah giliaran masuk. Lupa pulak sekrg ada promosi RM3 sushi jadi tak hairanlah kalau Sushi King sendat.

Malas menunggu kami belusir ke Sushi Tae di Suria Sabah. Di situ kami disertai Joe (baju biru) dan paling hujung tuh Adelina melengkapkan temu janji makan malam kami.


Mengidam makan daging-daging aku pesan Yakiniku Don (RM19.80). Kalau ada bento mcm kat Sushi King hari tu kompom menu yg sama aku mintak.


Beralih ke menu sampingan, aku pilih Takoyaki Ball (RM6.80). Biasa snek Takoyaki yg aku makan gauk-gauk aje bebola, yg ini unik sikit sebab dalaMnya berintikan sotong kurita. Satu pengalaman baru buat aku *sakai orang sabah bilang*


Sebagai pemanis mulut, aku pilih puding teh hijau (RM7.80) ni. Sedap jugak sampai rasa mcm tak cukup. Tak cukup kita tapau lagi...


Takut lapar lagi aku tapau Nasi Ayam dari Chicken Rice Shop. Kot2 lah lapar tengah malam kan. Maklum saja lah orang kerja malam ni selera bukan-bukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...