Langkau ke kandungan utama

#21 Tempat Yang Anda Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi / #22 Destinasi Percutian Impian

Aku baru sudah menonton Survivor: Borneo dan juga Survivor: Toncantins.

Sambil2 menonton tuh cuba membayangi perasaan bagaimana lah agaknya hidup dalam keadaan yg dilalui peserta-peserta rancangan realiti tuh. Ujian bukan sahaja pada mental dan fizikal tetapi juga pada kebolehan sosial dan mengatur strategi.

Sedangkan aku ni yg baru aje duduk tepi semak dah mengomel diratah nyamuk. Inikan pula selama 39 hari dgn segala kemudahan terhad.

Boleh kah?

Kalau kita tak cuba ke situ, tolak diri keluar daerah selesa, mana kita tahu kita boleh ke tidak kan?

Menarik kalau dapat buat yg tepi pantai punya atau pun pulau.

Terus teringat aku kepada pantai-pantai dalam filem The Beach, lakonan Leonardo Dicaprio. *Bila nak rilis dlm btk BD?*

Seronoknya kalau dapat pergi ke pantai atau pulau yg belum ramai lagi orang terokai. Mesti bersih aje tempat tuh tak tercemar. Agaknya kalau tempat tu takde org boleh ke hidup yea?

Dengan takde pengalaman dan pengetahuan hidup di hutan elok pergi melancong aje lah kan?

Cakap pasal melancong ni, di hujung cuti ke USS tempohari ada bincang-bincang nak atur percutian ke salah satu tempat berikut dalam tahun depan:

Krabi atau Bali.

Kenapa Krabi? Mungkin juga tergoda melihat keindahan pantai2 yg ditampilkan dalam filem The Beach. Nak tengok dengan mata kepala sendiri pantai yg memutih tuh. Bukan takde pantai sedemikian di Malaysia ni. Kalau kat luar negara boleh le berangan pelancong yea dok?

Bali pulak aku terliur sejak baca buku EAT. PRAY,.LOVE karya Elizabeth Gilbert. Manatau ada rezeki jumpa Ketut Liyer boleh mintak dia tilik nasib aku mcm Elizabeth masa mula2 pembukaan buku. Kalau tak dapat jumpa Ketut Liyer, jalan2 sekitar pulau yg mempunyai majoriti penganut Hindu tu pun aku rasa dah cukup.

Apa pun sebelum pergi salah satu tempat yg aku sebutkan di atas, aku perlu daki sekali lagi gunung Kinabalu.

Aik, tajuk kata tempat yg anda ingin pergi dan tak pernah pergi. Gunung Kinabalu bukan kau dah pernah pergi ke?

Betul tuh, tapi tempat yg aku ingin pergi tuh aku tak pernah pergi lagi.

Last time aku daki gunung Kinabalu, aku tak sampai puncak kan? Aku nak sampai puncak kali ni.

Mungkin kalau ada rezeki rasa macam nak cuba naik Starcruise. Fefeling Titanic lah yea kan, dengan motif sebenar nak berselfie. Satu malam rasanya memadai kot, tapi kalau boleh berlayar bbrp malam aku lagi suka.

Errr... Ada sesiapa nak turut serta? Jom kita cuti-cuti luar negara tahun depan!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...