Langkau ke kandungan utama

#23 Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

Penulis.

Melihat sejarah aku dan penulisan yg tak seiringan, entah dari mana aku dpt idea jadi penulis ni.

Mungkin juga sepanjang pembabitan aku dalam dunia blogging ni, aku bertuah bertemu insan-insan yg mengenal bakat terpendam yg aku sendiri tidak tahu aku ada selama ini.

Aku rasa aku ada ciri-ciri yg perlu ada pada seorang penulis. Mungkin apa yg membantutkan aku dari meneruskan cita-cita aku ni adalah kerana ada tompok ragu2 dalam hati, sementelahan pula pasaran novel kita di Malaysia ni tidaklah sebesar mana pun.

Pendek kata, boleh cari makan ke?

Terlalu memilih genre dan mahukan yg original sahaja pun satu kes jugak aku ni. Tidak macam novel2 yg ada dipasaran skrg yg seakan pepak dengan kisah2 romantik, aku mahu cuba lari dari zon komersial itu. *mula dah berangan*

Aku mahu masuk ke dunia fantasi, keajaiban dan meneroka topik yg jarang2 org kupas. Sayangnya bagi aku yg naif ni, aku terlalu berharap "cerita" datang pada aku, bukan sebaliknya.

Bila bercakap pasal "cerita" datang ni, aku teringat dengan kisah pelik yg adik aku cerita baru2 ni.

Penat balik dari USS, sesat pulak carik tempat, terlajak topik perbualan kami ke satu kisah pelik yg adik aku alami masa dia kecik.

Menurut adik aku, pada masa kejadian ibu bapa aku keluar pergi berubat, meninggalkan adik aku di Taman Semarak, Tawau berseorangan di rumah.

Pada masa kejadian, aku dan adik bawah aku masing2 menyambung pengajian di UUM dan UiTM, Shah Alam.

Semasa adik aku baring di atas katil tulah dia sedar ada satu lembaga putih turut berbaring di sebelahnya.

"Benda tu kacau tak?", aku tanya adik aku cuba memahami.

Seperti yg aku agak, kelibat putih tu tak kacau adik aku. Paling penting, ia hanya muncul masa adik aku berseorang di rumah. Atau di bhg2 tertentu dalam rumah sahaja.

Lantas aku teringat akan satu kejadian yg berlaku semasa berada di UUM ketika cuti semester. Tak kemana-mana, tak balik Sabah, aku menginap sahaja di hostel kolej sendiri-sendiri. Kalau ada inter-semester untunglah ada org. Kalau tiada, bunyi krik-krik sahaja lah jawabnya.

Sepanjang-panjang semester tu, ada jugak kawan2 tanya, tak takut ke seorang-orang.

Apa taknya tak takut. Cuma tak le terketar sepanjang masa. Lagipun kawasan kampus di kawal rapi. Ada peronda.

Cuma yg aku mungkin saje buat2 tak faham maksud mereka ialah gangguan makhluk2 halus.

Kelibat putih macam adik aku tu pernah lah, tapi tak kacau. Nak kata aku perlu takut, tak jugak sebab aku tengah mamai masa nampak benda tu depan pintu. Dlm keadaan begitu, aku sendiri tidak dpt sahkan apa yg aku nampak.

Itu pun bukan pertama kali, masa kecil pun sudah pernah melalui pengalaman yg sama. Tapi cerita budak2 siapa lah nak percaya kan?

Habis adik aku bercerita kami adik beradik pun layan perasaan mengantuk masing2. Terlintas juga nak bersuara sambung cerita namun aku pendamkan sahaja.

Aku tahu keluarga sebelah bapa ada bela saka.

Persoalannya adakah apa yg aku nampak dan apa yg aku adik aku nampak tu saka? Penjaga keluarga kami.

Kalau bukan saka, ada kah yg datang itu hantu?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...