Langkau ke kandungan utama

#9 LIMA Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda


Bab-bab cenggini mesti buat gadis-gadis termenung keluar tingkap kan? Tanpa sedar basah dek berfantasi jejaka idaman hati. Aku pun ada jugak lah simpan dalam hati jejaka-jejaka spesel. Mari kita tengok selera zaman kanak2 aku dulu...
  1. John Haymes Newton - Hero siri TV, Superboy utk musim pertama sebelum siri tuh ditukar pelakon. Mengugel info pasal pelakon ni baru aku tahu yg siri tersebut sudah datang kepada peminat dalam bentuk DVD.

  2. Jean-Claude Van Damme - Aku pun tak baper ingat kenapa aku minat dia ni dulu, mungkin jugak sebab tegap kot yea? 

  3. Badrul Muhayat - Entah dari filem apa yg dia berlakon ni aku jadi minat. Kira masa tuh dengan rambutnya yg belah tengah panjang ke tepi menjadi ikutan. Satu babak yg mengesan membuatkan aku ingat dia ni sampai skrg adalah babak mayat watak yg dia lakokan ditemui mati dalam timbunan kiub ais. Lepas tuh abang kepada watak Badrul Muhayat ni teriak-teriak nangis bila nampak mayat adik dia.

  4. Ungku Aziz - Dulu2 rajin jugak baca buku tokoh2 tempatan. Salah seorang yg menarik perhatian aku ialah Ungku Aziz. Tak ingat dah lah jasa yg beliau tinggalkan. Tapi ada satu gambar masa dia muda yg melekat dalam kepala... Fuyohhh... Tampan gila wa cakap lu! Kalau jadi pelakon kompom ramai peminat.

  5. Dr Mahathir - Tabik aku dengan usaha beliau menyelamatkan ekonomi negara sekitar tahun 1998 tanpa menerima sebarang bantuan dari Bank Dunia. Kalau TV masa tuh keluar muka dia tengah berucap, sanggup duduk layan walaupun masa tuh tak faham pun apa dasar yg dia perkenalkan. Kelantangan beliau menghadapi kuasa barat juga amat mengagumkan. Tidak seperti kebanyakan politikus yg cepat bertukar warna.
Demikianlah LIMA lelaki yg menarik perhatian aku. Ada yg masih aku kagumi sampai skrg, ada jugak yg tidak lagi. Harap2 perkongsian aku ni tidak menyebabkan korang basah yea.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...