Langkau ke kandungan utama

#2 Lima Cara Memenangi Hati Anda

Tak cukup satu mintak lima pulak tuh yea. Kalau pun wujud satu cara, kalaulah, ada ke yg berani nak cuba menangi hati ini?

Chewah...

Bukan senang tau nak rasuah aku ni. Pujuk lagilah payah. Kalau dah kata tak nak. Tak nak le maksudnya. Tade maksud tersembunyi. Maksud berlapis.

Aku ni ikut jugak siapa orang yg nak memenangi hati aku tuh sebenarnya. Kalau dalam sejarah lepasnya banyak buat taik dgn aku. Kau longgok BD depan aku- BD tetap masuk beg- tapi hati aku tetap kau tak dapat...

Lain pula kalau org yg aku hormat, senangi tak payah buat apa pun hati dan kesetiaan sudah ada dalam genggaman hokay?

Paling senang tak payah buat apa2lah. Kau cuba jugak alamat kau kena cop "jangan di layan". Kalau dah dimasukkan dlm kategori ni percayalah sampai mati kau tade peluang, sekali pun niat kau berbaik-baik sebenarnya nak pinjam koleksi cd aku je.


Tapi kalau terdesak sangatlah yea, kot2 nak pinjam BD aku kan, mungkin hari ni korang boleh menangi hati aku.

Eh apa pulak kau tanya sambil buat2 muka terkejut yg maha palesu. Padahal dalam hati kembang semangkuk nak tahu.

Tulah nak menangi hati org katanya, tapi hari lahir aku pun kau tak tahu kan?

Well folks, aku genap 36 tahun malam ni. Kebetulan pula pada malam yg sama aku balik kerja malam.

Kalau tak sempat nak beli Note 4 atau Gear Fit sbgi hadiah, aku taw korang pun gaji kecik aje, ucapan pun sudah memadai. Yg penting ikhlas kan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...