Langkau ke kandungan utama

#8 Lima Lagu Cinta Kegemaran Anda

Dari semalam lagi aku carik idea nak tulis entri ni. Seperti selalu idea cantik sekalipun bila dah mula mengarang lain pula yg ditaip. Proses kreatif mmg mcm tuh seperti yg difahamkan kpd aku. Kalau kau tak biarkan dia berkembang sendiri tak ikut idea asal boleh stuck.

Dh stuck, mulalah writer's block *berangan penulis konon yea*

Cuma jangan melalut naik bukit turut bukit biar ada arah tuju. Disitu peranan kita bila idea mengalir dari hati biar kita bagi fokus.

Demikian juga entri kita pagi ni. Terlahir dgn cara yg sama.

Bila cakap pasal lagu cinta *ambil perhatian dah masuk tajuk*, lentok-lentok, leleh-leleh, mesti tak lepas dari berangan di alam percintaan kan. Mungkin ada kenangan disebalik lagu atau mmg sekadar sedap didengar.

Mari kita hidangkan lima yg pertama...
  1. Erti Kasih (REM) - Masa lagu ni kuar aku tengah fefeling bercinta dgn seorang bakal doktor. Lagu terus berputar kisah cinta bernoktah dihujung treble... Chewahh...

  2. Amazing (Westlife) - Ni pun sama kisahnya macam nombor #1 cuma lirik lebih dekat kepada realiti yg dihadapi.

  3. Viva Forever (Spice Girls) - Dengar lagu ni kenang balik detik-detik indah yg tak mekar baru nak mula. Cinta semasa di Institusi Pengajian Tinggi lah gitu.

  4. The Day You Went Away (M2M) - Ni saja lah sedap dengar wlaupun sore mcm chipmunk. Klu tengah blues mmg cepat meresap dalam jiwa entah le kan... Hehehe...

  5. Kiss Me (Sixpence None The Richer) - Tak kira yg cover lagu ni boleh buat lentok jugak kekadang, maklum saja easy listening punya lagu.
Kalau ikutkan byk lagi, tapi inilah 5 pertama yg terlintas pagi2 ni. Kalau ada yg lain tuh dlm entri yg lain pulak kita sambung yea. Takan semua kita nak bocorkan dlm satu entri. TAK COOL lah nanti kan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...