Langkau ke kandungan utama

#17 LIMA Perkara Yang Anda Rindukan, Apa Saja.

Petang2 ni kalau termenung di tepian pantai sedap jugak. Sesambil menghirup udara lepas hujan fikiran mencari-cari ilham untuk menyudahkan cabaran hari ni. Sayangnya, aku bertugas petang ni.

Aku renung lobi yg lengang. Kedengaran di corong pembesar suara, lagu "Rescue" nyanyian Yuna, bergema seakan mengisi hati yg kosong.

Tahun-tahun sudah, tempoh antara Oktober ke Februari sebegini lazimnya sudah sibuk. Tak kira hujung minggu, hari bekerja selalunya tak menang tangan.

"Ini semua pasal minyak naik lah!", hujah Koko dalam perjalanan menghantar ku ke KKIA T2 di Tanjung Aru awal bulan ini.

Aku diam sahaja di kerusi sebelah pemandu. Tidak menyangkal logik rasional yg Koko bagi. Mungkin ada betulnya juga.

Seiringan dengan kenaikan harga minyak, harga barang2 pengguna di pasaran turut naik. Duit belanja dapur pun kalau harga melambung naik jadik ciput.

Ini diburukkan lagi dengan bencana alam yg membanjiri sebahagian besar kawasan di Sabah. Sampai ada pekerja tidak dapat turun kerja gara2 tidak dpt melepasi kawasan banjir. Kalau pekerja tidak turun, pelanggan apa kan pula?

Kalau nak ditanya apa yg aku rindu di sini. Sudah tentulah aku rindukan kesibukan itu.

Ah biarlah dulu. Mungkin nak bagi aku rehat sikit.

Masalahnya bila senggang begini, fikiran pun mula merayau entah ke mana.

Untuk kali ni, cuba fokus kepada menda yg kau rindukan, Zam.

Uish banyak. Lagi-lagi kalau masa hujan mcm ni. Ingatan aku terus tertancap kepada zaman budak2 dulu main hujan kau punya suka, tapi tak pandai deman-demam pun. Berkaki ayam memijak rumput yg basah.

Sepanjang zaman kanak2 aku bermula dari darjah dua, kami sekeluarga mendiam di pekan Kudat. Mungkin ramai yg tak tahu Kudat dulu pernah menjadi ibu negeri Sabah. Tapi lepas tuh, Kudat kalah kepada Jesselton kerana tidak strategik dari segi masalah anginnya yg kuat. Kalau dilihat dari segi geografinya, kalau tiada pulau Bangi di Utaranya, aku rasa licin aje Kudat ni disapu angin.

Angin dia yg kuat tulah yg aku rindu tentang Kudat. Sampai terbit dalam hati, suatu hari nanti aku nak tinggal rumah di tepi pantai.

Alhamdulillah, bukan sahaja dpt tinggal di apartment tepi pantai, kerja pun tepi pantai.

Tapi siapalah boleh bayangkan yg aku boleh bekerja di industri perhotelan ni 10 tahun yg lalu. Aku sendiri pun tidak terbayang.

Bukan kau sepatutnya jadi pensyarah, tanya kawan-kawan.

Don't get me wrong. Aku suka dunia akademik. Aku rindu ke kuliah. Aku rindu buat tugasan. Paling rindu bila lepas habis kuliah, pergi isi perut.

Ada satu cafe dulu di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM yg aku suka pergi lepas kelas pukul 8 pagi.

Kelas Matematik bertempat pulak di Dewan Konvonkesyen, berlari anak jugak ke sana kalau pagi2. Nasib baik pensyarah masa tuh bertimbang rasa tamatkan kelas 10 minit lebih awal. Memberi masa utk mereka2 yg ada kelas di Dewan Kuliah, menapak.

Aku yg tidak ada kelas selepas tuh, bersama dgn rakan sekuliah yg lain berkejar ke cafe yg aku sebut sebelum ni utk bersarapan. Bukan di kawasan tuh tiada tempat makan lain. Mmg ada, cuma cafe tu lain sikit rasa masakan dia.

Kalau satu kawasan kampus tuh rasa masakannya melayu Kedah, ke arah siam2 sikit. Cafe tuh dia hidang masakan ala cina sikit. Dah tuh murah, kena pulak dengan tekak mmg tempat wajib lah pergi kalau ada kelas pagi.

Sayangnya, dalam tahun pertama aku degree, masa tuh 1997 kot cafe tuh tutup utk beroperasi di Alor Setar.

Bukan situ saja yg aku rindu kalau tempat2 makan di kampus dulu. Yg paling aku rindu, Sri Nongka, kantin Kolej Kediaman Petronas pada masa tuh.

Oh Nasi Ayam Madura dia yg paling sedap! Kakak tu selalu tapaukan aku melimpah dgn ayam lebih. Aku tak tau lah mmg dia sengaja buat begitu ke. Sebab bila aku mintak org lain belikan sikit aje isi tapaunya.

Selain tuh, masa matrik aku dgn seorang budak Sarawak yg aku panggil Awang malam2 suka merayau ke kantin Kolej Perwaja, D9 tak silap nama dia.

Dalam pukul 9 ke 10 malam kami akan ke sana beli supper.

Punyalah penjahat kami dua ni, tapau mi goreng tu sengaja ditimbun tinggi2, utk menyembunyikan dua ketul ayam goreng di bawahnya.

Ayam nampak tak? Tak nampak kan?

Tak kiralah byk mana kau ambil mi tuh harga dia sama aje. Tak ke syurga tuh? *Boleh masuk neraka lah korang dua*

Paling rindu saat-saat lepak lepas habis waktu makmal, masa ambil master. Satu kereta, satu rumah pergi kedai makan kat pintu masuk utama UUM. Kami panggil kedai makan tu Merah, sbb dia pasang lampu merah. Setahu aku ada nama lain, tapi ada aku kesah?

Kat situ lah kami biasa pesan menu nasi goreng daging merah, tom yam... Murah2 tu yg suka pergi. Dapat pulak elaun RM 1'300 sebulan mana taknya mewah makan kat luar saja.

Sambil tunggu makanan, masing2 buka cerita. Hapdet perkembangan kajian masing2. Kisah2 peribadi pun terhidang sama kalau ada. Untung-untong masa tu ada jugak dgr org bertekak.

Masing2 keluar perangai masing2. Ada yg tegakkan benang basah. Ada yg ambil jalan berdamai. Ada yg mendgr aje macam aku.

Kalau nak cakap rindu, aku rasa saat-saat itulah yg aku rindu. Bukan makanan aje taw!

Okaylah aku berhenti kat sini. Kalau disambung rasanya semua tempat makan kat UUM tuh keluar.

Ingat tuh fokus kita Rindu yea. Kbai!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...