Langkau ke kandungan utama

Tujuh Pertama Mengikut Abjad


Kita tengok sejauh mana aku kenal rakan2 dalam pesbuk aku. Utk tujuan entri ni kita ambil tujuh pertama mengikut abjad dalam senarai.
  1. A Rahman Mat - Ini kawan masa belajar di UUM dulu. Budak nasyid lah katanya masa tuh dan berasal dari Sarawak. Tak rapat sangat, tapi nama Mat kat belakang tuh bukan nama dia. Rapat sangat dengan seorang lagi kawan yg kami panggil Mat, juga dari Sarawak, sampai skrg kami kenal dia ni dengan Man Mat. Yg peliknya perkara yg sama tidak berlaku pada Mat.

  2. Abah Humaira' - Oh yg ni bekas pelajar BIT aku masa jadi tenaga pengajar sementara di Kolej Insaniyah, Alor Star. Habis setel viva voce, tunggu keputusan pembetulan aku kerja sementara kat sini. Banyak jugak pengalaman yg aku timba dari pelajar2 di sana. 

  3. Abbiey HiDeaki CyRil - Tengok nama. Tengok gambar. Blur kejap. Serious I have no idea siapa punya profail ni. Yg kelakar tuh dah jadi kawan sejak Oktober 2012... Mcm mana boleh ada dlm senarai rakan aku tak tau lah. Main terima aje kawan je ni agaknyer kan? 

  4. Abdul Razak Bin Mamat - Kenalan baru melalui group blu-ray Malaysia. Sejak berkecimpung dgn dunia HD ni menambah jugak kenalan baru sambil saling racun meracun beli BD terbaru. Setakat ni tak pernah jumpa lagi orangnya.

  5. Abey Abdullah Jamlah - Ini pun kenal masa belajar di UUM. Satu kolej kediaman, Kolej TNB atau kami masa tuh kami panggil Kolej TEN. Bukan kolej ke-sepuluh. Kolej ke dua di laluan A. Dia ni aku ada jumpa bbrp kali selepas balik Sabah... Dia buat training DCL utk org2 yg join perniagaan MLM, Siap tiup wesel lagi tuh...

  6. Abidin Mat Amin - Oh budak Terengganu nih. Satu batch jugak mcm (1) dan (5) masa degree dulu. Macam (1) kami sama2 ambil jurusan AI, akhir tahun degree dulu. Dia kawin dgn kawan kitorang yg satu jurusan jugak, Sherry nama dia... Pernah satu grup dia utk tugasan kertas STRUKTUR DATA. Asalnya kami kumpulan berasingan. Pada satu semester tuh ramai yg drop paper struktur data, jadi kami je masing2 tinggal dalam kumpulan asal. Nak tak nak terpaksa gabung.

  7. Ace D. Joseph - Ini colleague keje satu tempat di hotel nih. Dia maintenance department. Pernah resign dalam dua minggu dan kembali semula kerja sini balik. Happy go lucky orangnya.
Itu dia senarai 7 orang dalam rakan pesbuk aku. Satu dari tujuh aku tak tahu siapa. Salah satunya pula kenalan melalui pesbuk semata-mata. Lima yg lain mmg dah kenal lama... Ngeee... Nombor (3) kena perhati selalu lah kot yea... Kot2 stalker ke kan?

Tapi apa lah sangat yg nak stalk aku ni kan? Bukan ada rupa dan reta pun. Peace out!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.