Kita tengok sejauh mana aku kenal rakan2 dalam pesbuk aku. Utk tujuan entri ni kita ambil tujuh pertama mengikut abjad dalam senarai.
- A Rahman Mat - Ini kawan masa belajar di UUM dulu. Budak nasyid lah katanya masa tuh dan berasal dari Sarawak. Tak rapat sangat, tapi nama Mat kat belakang tuh bukan nama dia. Rapat sangat dengan seorang lagi kawan yg kami panggil Mat, juga dari Sarawak, sampai skrg kami kenal dia ni dengan Man Mat. Yg peliknya perkara yg sama tidak berlaku pada Mat.
- Abah Humaira' - Oh yg ni bekas pelajar BIT aku masa jadi tenaga pengajar sementara di Kolej Insaniyah, Alor Star. Habis setel viva voce, tunggu keputusan pembetulan aku kerja sementara kat sini. Banyak jugak pengalaman yg aku timba dari pelajar2 di sana.
- Abbiey HiDeaki CyRil - Tengok nama. Tengok gambar. Blur kejap. Serious I have no idea siapa punya profail ni. Yg kelakar tuh dah jadi kawan sejak Oktober 2012... Mcm mana boleh ada dlm senarai rakan aku tak tau lah. Main terima aje kawan je ni agaknyer kan?
- Abdul Razak Bin Mamat - Kenalan baru melalui group blu-ray Malaysia. Sejak berkecimpung dgn dunia HD ni menambah jugak kenalan baru sambil saling racun meracun beli BD terbaru. Setakat ni tak pernah jumpa lagi orangnya.
- Abey Abdullah Jamlah - Ini pun kenal masa belajar di UUM. Satu kolej kediaman, Kolej TNB atau kami masa tuh kami panggil Kolej TEN. Bukan kolej ke-sepuluh. Kolej ke dua di laluan A. Dia ni aku ada jumpa bbrp kali selepas balik Sabah... Dia buat training DCL utk org2 yg join perniagaan MLM, Siap tiup wesel lagi tuh...
- Abidin Mat Amin - Oh budak Terengganu nih. Satu batch jugak mcm (1) dan (5) masa degree dulu. Macam (1) kami sama2 ambil jurusan AI, akhir tahun degree dulu. Dia kawin dgn kawan kitorang yg satu jurusan jugak, Sherry nama dia... Pernah satu grup dia utk tugasan kertas STRUKTUR DATA. Asalnya kami kumpulan berasingan. Pada satu semester tuh ramai yg drop paper struktur data, jadi kami je masing2 tinggal dalam kumpulan asal. Nak tak nak terpaksa gabung.
- Ace D. Joseph - Ini colleague keje satu tempat di hotel nih. Dia maintenance department. Pernah resign dalam dua minggu dan kembali semula kerja sini balik. Happy go lucky orangnya.
Itu dia senarai 7 orang dalam rakan pesbuk aku. Satu dari tujuh aku tak tahu siapa. Salah satunya pula kenalan melalui pesbuk semata-mata. Lima yg lain mmg dah kenal lama... Ngeee... Nombor (3) kena perhati selalu lah kot yea... Kot2 stalker ke kan?
Tapi apa lah sangat yg nak stalk aku ni kan? Bukan ada rupa dan reta pun. Peace out!

tenaga pengajar sementara d kolej insaniah. baek ustaz!!
BalasPadamKos BIT la bkn bhs Arab...
Padam