Aku kalau praktis terbangkan deron lebih suka sendiri2. Sebab sendiri2 lebih fokus. Oleh itu tempat yg biasa dipilih wajib tempat yg tiada orang. Resort tempat aku tinggal ni mmg ada kawasan lapang yg sesuai dengan tujuan aku tuh. Hari tu oleh kerana nak kan pencahayaan yg bagus sikit aku keluar lambat. Tak lah lambat mana pun sebenarnya, sekitar 8.30 pagi. Lazim aku menapak seawal 6 pagi. Selain nak elak penonton, nak elak terik mentari sama. Yalah aku bukan berderon kat padang sekolah, tapi kat tepi pantai. Salah haribulan aku balik dengan muka selar. Semangat jugak lah pagi tu aku hangkut kamera segala. Maklumlah penerbangan terakhir 2016 gitu. Nak ketik2 sikit deron bikin kenangan. Sesampai di lokasi, aisehmen ada orang lah pulak! Nak u-turn dah tak sempat. Terpaksa jugak aku teruskan aktiviti. Sudah terbangkan sekali, brother ni pun datang dekat. Bila dah dekat tuh, kepala dia sekejap mengiring ke kanan, mengiring ke kiri membelek deron yg belum aku matikan, me...
Leka, Liku Hidupku