Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Barang Mahal

Tercapai jugak hajat memilik DJI Mavic Pro sebelum meninggalkan tahun 2017. Benda dah kecik, mudah alih, ingat hari-hari lah boleh terbang, rupanya hampa. Melihat awan berbondong-bondong, air mencurah-curah dari langit, dari tirai tingkap aku hanya mampu mengeluh. Kalau begini gayanya, lagi bagus layan mata je lah. Begitupun aku tetap jugak curik-curik waktu terbangkan bila sang mentari muncul. Itu pun sempat bbrp kali sahaja sejak dapat dron tu hujung bulan November. Pertama kali terbangkan... macam Wow! Barang mahal lah katakan, mmg sedaplah smooth je banding DJI Phantom 3 Standard aku sebelum nih. Perancangan seterusnya aku pikir nak beli satu lagi kamera. Kamera sedia ada Sony a5100 tu rancangan asal aku sebagai secondary camera aje. Primary camera dah tau jenama apa tapi tengah tunggu bonus hujung tahun lah ni baru hangkut sejibik... hiks. Susah jugak minat videografi ni... Banyak pakai duit. Itu baru badan kamera belum lagi lensa dan aksesori-aksesori lainnya. ...

39

Masuk bulan Nov ni mcm biasalah usia aku bertambah. Takde sambutan apa sangat.  Tua dah eh nak tiup kek segala. Ucapan pun bagi aku sudah memadai. Ada jugak terpikir nak ambik cuti, stay kat hotel yg fancy sikit tapi nampaknya tahun ni kempunan lah. Cuti dah awal-awal orang lain rembat dulu. Hujung bulan ni ada staf yg nak naik pelamin. Manakala, bulan depan ada yg dah mula cuti bersalin. Itu yg berebut nak ambil cuti sebelum bergilir ganti staf yg bercuti. Itu pasal lah tahun ni cuti-cuti aku kedepan kan ke bulan Sep, bukan dalam Oktober seperti yg lazim aku buat sebelum ni bagi mengelak pelanggaran cuti. Tau-tau yg nak kawin tak buat pun bulan Oktober, tapi dibawa ke bulan November. Bukan nak kata apa lah kan. Katanya nak tetapkan tarikh perkahwinan tuh nak kena tilik dari nama dan tarikh lahir segala, tapi bila dah dapat tarikh kahwinnya hati pun mula mengata. Tahun lepas tilik bulan sepuluh. Skrg tilik, jatuh bulan November lah pulak ek? Pandai sang tukang tilik a...

Krabi Aku Datang!

Dari tajuk dah tau nak citer apa kan? Sudah tentulah pasal perancangan percutian tahun depan. Ewah awal gitu. Tu lah semalam nampak promo Airasia ke bermacam destinasi terus wasap kengkawan. Giler kau tak teruja tengok harga cantik mcm tuh. Kalau sebelum ni beli aje bila-bila asal dapat ke destinasi yg nak ditujui (lagak org kaya), kali ni lain sikit sebab target tiket murah bila promo datang. Awal tu anggaran bajet seorang mau-mau jugak rm800 untuk pergi balik termasuk penginapan. Skrg dah dpt harga promo harap2 boleh potong kos separuh. Belum lagi dapat total penuh sebab tiket yg kami beli nih utk KL-Krabi pergi balik. Itu baru rm140, jadi harapnya tiket KK-KL murah lah sikit kan... tawaran yg ada skrg pun dlm rm129... Balik je dpt harga tuh... Pergi dalam rm200 lebih... Tak boleh jadi ni... Kena tunggu lagi harga turun. Dah beli tiket maknanya tarikh pergi tuh dah ada. Dlm keriuhan tgk harga murah, kol Siti, kol Adhie, kami pun sepakat utk memilih percutian k...

Semangat Rimba

Sedang heboh diperkatakan, jadi aku ikut teruja untuk menonton filem yg diangkat dari novel dengan tajuk yg sama Tombiruo: Penunggu Rimba. Tambahan lagi selepas mendengar pengakuan peminat novel yg adaptasi filem ini berjaya mengekalkan "mood" karya Ramlee Awang Murshid tuh. Didorong dengan ingin tahu jugak aku menapak ke MBO, Imago, Khamis lepas bagi menyaksikan sendiri filem yg setakat ini sudah mengutip lebih 4 juta. Sebelum masuk panggung aku ronda dulu Popular Bookstore dan hampir2 nak membeli novelnya. Aku pun tak tahu lagi suka atau tidak cerita nih, jadi dari terbuang duit tak tentu pasal elok aku beli selepas menonton filemnya. Keputusannya? Tak jadi beli (reaksi muka tuh sedikit kecewa). Pada pandangan aku Tombiruo ni filemnya biasa-biasa sahaja. Dan bila ingat balik semua rebiu yg MEMUJI, termasuk satu yg aku baca di instagram oleh Fauziah Nawi, aku rasa macam YEA KE? Tidak dinafikan aksi bertarung yg dihidangkan menarik namun pada keseluruhannya ku...

Zaman Sekolah Dulu Best?

Kena tag ex-classmate di pesbuk, jemputan mengenang kisah lalu. Zaman sekolah dulu-dulu. Tak dinafikan zaman sekolah dulu-dulu menyeronokkan. Terutama sekali masa sekolah rendah. Ingat lagi lepas habis sekolah, sanggup berjalan kaki atau berbasikal Cooper menghadiri latihan pancaragam atau koir. Bersungguh lah berlatih nih, sebab cikgu Marzuki kata kita nak masuk radio. Tut tut saja bunyi recorder. Habis rakaman sampai ke sudah tiada khabar berita. Aku akhirnya ke udara jugak lama selepas tuh. Speaking lagi ha dalam radio ko hader? Merasa jugak popular kejap bila surat-surat peminat datang mencurah. Alhamdulillah, keputusan SPM aku yg cemerlang membuka pintu untuk aku menikmati semua tuh walaupun sebentar cuma. Ikutkan aku lah, pengalaman mengaji di utara tanahair tuh yg menyumbang banyak kenangan manis. Masa mula-mula pijak menara gading tuh bukan main lagi. Macam-macam motivasi dihidangkan. Kau mewakili dua persen dari kalangan rakan-rakan sekolah yg berjaya meneruska...

Siri 4

Sedar-sedar tinggal bbrp bulan lagi nak habes 2017. Masa awal tahun dulu rasa macam oooohhh lamanya lagi. Sekarang dah tinggal tiga bulan. Hujung tahun macam biasa, birthday aku dah dekat. Kurang sebulan lagi ke November, membilang hari bak kata orang, aku bakal menginjak usia ke siri 4. Aku ingat masa sekolah dulu2, tingkatan 4 atau 5 masa tuh,  pernah tertanya-tanya 10 tahun dari hari tu di mana agaknya kami berada. Tidak seperti dalam filem, watak-watak dalam cerita aku ni tak bersama selepas 10 tahun kami bertanyakan soalan tuh. Tiada aktiviti kenang mengenang. Tiada reunion. Kalau ingatan aku betul, 10 tahun selepas tuh aku masih di Kedah, bergelut dengan tesis atau pun dalam proses menunggu untuk dipanggil Viva Voce . Up to that point, rasanya hidup aku macam telah diatur. Dan sampai skrg pun aku rasa begitu. Dah lebih 20 tahun meninggalkan alam persekolahan, aku takde apa yg nak dirungutkan. Syukur, Alhamdulillah, semuanya baik sahaja. Berbalik kepada soal...

Destinasi Seterusnya

Selepas berbincang-bincang dengan Cietieto dan Adhie, kami akhirnya bersetuju untuk memilih Krabi sebagai destinasi seterusnya. Asalnya tu tak nak lagi tetapkan destinasi walaupun sudah ada bbrp nama tempat dalam kepala. Percaya atau tidak Krabi langsung tiada dalam senarai tu tau! Memilih lokasi baru, memerlukan banyak kajian dan tinjauan. Maklumlah kita bukan selalu jadi pelancong ni kan? Nak jalan pintas aku pilih destinasi yg kawan2 familiar. Tak payah gugel sangat terus aje tanya kawan tu lebih senang. Satu destinasi tu adalah Bangkok. Dah ada lokasi tuh aku apa lagi mulalah gagau membuka youtube untuk menonton sendiri percutian yg orang lain kongsikan. Mmg tertarik, mmg the bomb lah Bangkok ni. Itu belum baca belog-belog dah tertawan hati (tak sempat pun baca sebenarnya). Dalam teruja tuh entah macam mana aku terbukak satu destinasi yg aku tak pernah dengar sebelum ni (selalu sangat kebetulan kan?) Chiang Mai, Thailand.  Chiang Mai ni terletak ...

Hiking di Bukit Tirig, Telipok

Hiking di bukit Tirig ni sebenarnya dah rancang lama, lebih kurang selepas selesai kami tawan bukit Nuluh Lapai . Bukit Tirig dan Bukit Nuluh Lapai ni dekat je. Simpang jalan masing2 boleh ditemui di jalan yg sama korang jumpa Salut Lokan Bakar dan Puding Kelapa. Yg teruja hiking kali ni sebab aku bawak deron. Ntah apa2nya yg aku bawak dlm bbrp meter lagi nak sampai ke puncak aku pancit. Rasa macam nak gelap jugak sekejap dunia aku. Nasiblah jugak destinasi yg nak dituju tak jauh lagi. Kalau pengsan di situ maunya kena golek turun ke bawah. Dah ada di atas badan terusnya aje segar balik bila mengadap deron. Berikut sedikit video yg aku buat sepanjang hiking kami nih. Hiking kali ni turut disertai oleh Jurianah, ex-classmate sekolah menengah dulu. Memandangkan kami2 ni jenis kepoh, Jurianah serta merta klik dengan kitorang semua menjadikan aktiviti di Bukit Tirig ni lebih enjoyable. Sesambil hiking, sesambil mengutuk sesama sendiri. Seronok sangat hiking ni belum ...

Cambodia Cultural Village

Jam menunjukkan pukul 2 ptg. Kalau lama2 pun di galeri Angkor D'Artisan pun bukan boleh beli apa pun. Lagi baik lompat masuk tuk tuk terus saja ke destinasi terakhir kami pada hari ketiga. Cambodia Cultural Village. Asalnya aku tak calonkan pun lokasi ni utk dilawati. Mmg ada yg rekemen tapi tak terfikir nak masukkan dalam rancangan perjalanan sehingga lah Adhie bersuara. Berbelah bagi juga mulanya nak masukkan tempat ni sebagai destinasi kami. Satu sebabnya nak meneroka Cambodia Cultural Village ni ambil masa. Keselurahannya ada 13 kampung dan ada bermacam persembahan diatur setiap hari. Takan kau bayar masuk 12usd, kau nenong2 sejam puas hati lepas tu kau terus keluar kan? Paling2 pun kena peruntukkan 3 ke 4 jam jugak di sini dari yg disarankan separuh hari. Memandangkan berlaku perubahan pada jadual nampaknya tidak jadi masalah utk lama2 di situ sampai habis semua persembahan kira-kira 7 ptg. Semasa mula masuk kampung budaya nih, gajet aku mengalami sedikit masalah tek...

Artisan Angkor

Jadi panjang pulak citer Cuti-Cuti Siem Reap kita nih. Nak mengarang pun ambil masa berhari-hari. Sedar tak sedar, panjangnya dah nak mengalahkan buku. Takut org yg baca naik muak pulak... Hujung-hujung terus tak baca... Macam mana tuh? Hari ke tiga berjalan macam biasa. Dari mula gerak 8.30 sampai ke malam penuh dengan macam2 aktiviti. Separuh hari aje kami singgah banyak tempat. Kalau nak tau perincian, perjalanan sebelah pagi kami boleh lah klik untuk zum gambar di atas utk melihat lebih dekat. Dalam perjalanan ke Silk Farm (aku mmg teringin sangat nak pergi sejak dapat tahu kewujudan tempat ni di Siem Reap melalui belog) kami singgah War Museum. Kalau minat perang mungkin sesuai lah kut pergi sini. Bagi orang yg sifar pengetahuan tentang perang ni tambah lagi tak minat hanya datang utk tengok2 je lah barang-barang perang dulunya sambil ambil peluang utk bergambar. Abam belanja satu pose hokie. Masuk bagaimanapun, dikenakan bayaran sebanyak 5usd (mahal tu lebih 20...

Pub Street

Jejak balik perjalanan kami berempat pada 11 Sep 2017. Aku pun tak tau google maps rekod semua ni pada mulanya. Duk carik2 info lokasi2 untuk hapdet belog aku terjumpa secara tidak sengaja yg google maps menyimpan rekod perjalanan ke mana jua kita pergi. Ini sedikit sebanyak membantu aku mengesan balik setiap langkah kami di Siem Reap. Tengok dari masa yg dicatatkan kami meninggalkan Ta Phrom pada 10.58 pagi (waktu tempatan). Dalam 11.34 kami sudah berada di Wau Restaurant untuk makan tengahari. Memandangkan Wau Restaurant ni pun pertama kali, jadi aku pilih menu yg aku kenal dari malam sebelumnya. Menu terakhir yg mengisi perut aku malam sblmnya adalah Nasi goreng ayam loklak dan Lembu naik bukit. Lembu naik bukit tu tak nak dah lah kot sebab mahal. Pilih yg murah sikit yg ada loklak-loklak tuh. Aku pun apa lagi tunjuk lah Nasi Goreng Daging Loklak. Air aku dah tak ingat... Jarang aku snap air yg aku pesan bila makan kat mana2 pun. Sampai-sampai dapat yg nih. K...

Ta Phrom

Di Angkor Thom asalnya kami merancang untuk melawat dua tempat: Bayon dan Baphuon. Baphuon bagaimana pun kami langkau dan terus sahaja ke Ta Phrom. Dalam perjalanan ke Ta Phrom kami sempat melalui Suor Prat Towers & Khleangs (ada 12 menara kalau tak silap) dan tidak jauh dari situ boleh nampak Terraces of the Elephants & Leper King. Terraces of the Elephants & Leper King tuh tinggal tapak aje. Bangunan sebenar sudah lama musnah sebab diperbuat dari bahan yg mudah reput macam kayu. Selain Angkor Wat, Ta Phrom ni adalah lokasi yg aku nak sangat2 pergi di Taman Arkeologi Angkor nih. Boleh teka ke kenapa? Ta Phrom ni mula popular selepas digunakan sebagai salah satu lokasi penggambaran dalam filem Tomb Raider. Bila sebut Tom Raider tu mesti teringat watak Lara Croft yg Angelina Jolie bawak dalam filem tuh, berdiri berlatar belakang sebuah tempat yg pokoknya menjalar bukan keluar tapi turun dari bumbung bangunan. Ikutkan hati mau sahaja terus ke tempat Angelina Jol...

Bayon

Hamboi enaknya Syukri tidur di buaian. Dengan badannya yg gedabak tuh kagum aku sendiri tengok kekukuhan tuk tuk tuh menampung berat si Syukri. Tapi bila difikirkan yg kami berempat ni pun tuk tuk tuh boleh tampung ini kan pula Syukri seorang kan? Selepas meronda pusing satu Angkor Wat kami berjanji untuk berkumpul pada pukul 8.30 pagi. Dalam pukul 8.00 tuh aku dan Adhie masih lagi di Bakan sakan berketik manakala yg dua beradik tuh dah keluar awal lagi kepenatan mencari minuman melepaskan dahaga. Sekitar 8.30 pagi seakan berat hati melangkah pergi, aku menoleh menatap Angkor Wat untuk kali terakhir. Entah bila lagi akan bertemu. Yg nak ditemu skrg ni dua beradik Cietieto dan Maya tu di mana? Dalam aplikasi Whatsapp Cietieto berpesan, mereka berdua menunggu di gerai-gerai luar sambil minum air kelapa. Elok lah tu aku pun haus sangat nih. "Do you remember me sir? From no. 4" "Oh, Harry Potter! No we're looking for our friend", jawab Adhie me...

Angkor Wat

"Kita ikut jak org yg jalan tuh", pesan Cietieto. Selepas diturunkan oleh Syukri di pintu masuk Angkor Wat, pandai-pandai kami lah untuk mencari arah. Dalam kelam cahaya pagi, dari kejauhan berbalam-balam kelibat pengunjung berduyun-duyun menyeberangi moat seluas 200meter melalui sebuah jambatan sementara. Semasa kami datang, tambak asal ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. "Tu na Angkor", jerit Cietieto mengunjuk mulutnya ke arah lima menara wat berbentuk seakan kudup teratai sambil mempercepatkan langkahnya. Aku memberhentikan langkah, menarik nafas seolah-olah cuba mengabadikan momen ini. Mataku tertancap tepat pada menara wat yg menaung langit pagi itu. Ketemu juga kita akhirnya Angkor Wat, bisik hatiku. Cietieto mendahului kami. Maya hanya membontoti kakaknya itu. Sementara Adhie masih dibelakang sibuk mengetik kamera henfonnya. Dari tips yg aku baca sudut paling menarik untuk ambil pemandangan Angkor Wat yg dilatari matahari terbit adalah ...

Taman Arkeologi Angkor

Masih belum move on lagi dari cuti-cuti Siem Reap nih. Sementara masih hangat di ingatan, harus terus cipta entri utk merakam apa yg terjadi dalam bentuk tulisan. Mmg ada ketik gambar bagai tapi bukan semua yg terlihat pada gambar dapat diceritakan. Seperti yg dirancang hari kedua kami bergerak untuk menjenguk Angkor Wat. Kalau berkesempatan nak ambil gambar matahari terbit. Angkor Wat ini terletak di Taman Arkeologi Angkor, nak ke situ kenalah beli pas masuk. Taman Arkeologi Angkor yg diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1992 ni sebenarnya luas, lebih kurang 400km per segi dan menempatkan bukan saja Angkor Wat malah banyak lagi puing-puing wat lain peninggalan kerajaan Angkor. Memandangkan Taman Arkeologi Angkor ni besar, maka pas masuk dijual mengikut tempoh lawatan; pas masuk satu hari, tiga hari dan satu minggu. Kami yg hanya cuti-cuti pendek ni memilih utk ambil pas masuk satu hari je. Sedihnya, mulai Februari tahun ni, harga pas masuk semua kategor...

Tonle Sap

Bila Safy bagitau destinasi pertama kami petang tu adalah Tonle Sap ada terbit rasa sedikit kecewa. Aku faham jugak gara-gara drama hotel tuh, jadual perjalanan mungkin akan berubah. Somehow kan, I trust Safy punya choice petang tuh. Bukan jugak sebab "drama hotel" tu tapi mengakui hakikat yg Safy penduduk tempatan dan berpengalaman pula dalam menyediakan khidmat tur di Siem Reap. Siapalah aku yg nak membantah mana aturan yg lebih bagus. In the end, pengalaman hari pertama menyelusuri Tonle Sap dikala senja (rancangan asal di Taman Arkeologi Angkor) adalah antara yg paling indah aku pernah lalui. Tonle Sap ni satunya aku nak pergi sebab pernah terbaca dalam buku teks sekolah dulu-dulunya. Tak ingat dah matapelajaran apa. Geografi agaknya ya, yg memperkenalkan Tonle Sap sebagai tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara. Bila monsun datang, paras air Tonle Sap akan naik 10x ganda dari yg asal. Bila dah naik tu air tasik melimpah menjadi nadi kehidupan penduduk di Siem...