Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

#29 Bunga Kegemaran Dan Ertinya Untuk Anda

Kalau korang ingat lagi cabaran #14 hari tu memerlukan kita bercerita pasal kasut. Cabaran hari ni kita kena sembang pasal bunga pulak! Macam kasut, bunga pun bukan topik kegemaran aku. Ada atau tiada bunga tuh tidak begitu memberi kesan sangat. Cantik mata memandang, kalau tiada tidak terasa kurang pun. Seingat aku dulu, masa sekolah rendah aku pernah lakar bunga mawar. Mungkin utk tugasan kelas pendidikan seni. Berjam jugak tuh menatap atas katil melukis. Sebab bunga mawar yg dilukis diambil dari lukisan pada cadar. Mungkin ramai org kaitkan mawar ni dengan cinta dan hari valentine. Lain pula aku! Bila org sebut, terutama sekali mawar merah terus ingatan aku terbang ke satu lagu Melayu yg dinyanyikan oleh nek Lata Mangeskar, SEKUNTUM MAWAR MERAH. Perhatikan bagaimana penyanyi veteran dari India ni menyebut perkataan MAWAR... Selain tuh, bunga raya yg menjadi bunga kebangsaan kita, turut ada pengaruh dalam hidup aku. Mudah didapati, bunga raya ada nilai perubatannya yg tersendiri. Di...

#28 LIMA Perkara Bermula Dengan "Andainya..."

Kita santai-santai utk entri kali ni. Apa kata kita tetapkan apa PERKARA yg kita nak nak sebutkan di sini. Nak senang kita ambil PERKARA tu sebagai tajuk lagu lah yea. Mcm mana? Berikut hasil carian aku melalui gugel... Andainya Aku Bersuara (Liza Hanim) Andainya Aku Pergi Dulu (Alley Cats) Andainya Kau Terima (New Boyz) Andainya Aku Jutawan (Jamal Abdillah) Andainya Kita Berpisah (Syed Sobrie) Tu dia, banyak jugak rupanya ya tajuk lagu yg bermula dengan "Andainya...", walaupun banyak2 tuh satu lagu aje penah dgr.... Ngee... Ekceli bila sebut andainya ni, teringat kat lirik lagu "Doa Buat Kekasih" duet Ramli Sarip dan Dato' Khatijah Ibrahim. Andainya aku bertanya Padamu tentang bahagia Di mana nilai setia Di manakah puncak cinta Mahukah engkau mengerti Harapan serupa mimpi Ianya dapat terjadi Atau hilang tak berganti Jugak lagu "Jangan Ada Benci" nyanyian Casey, mengundang nolstagia gitu... Andainya ada di antara kita nanti Berubah hala serta janj...

Meditots Mozzie Patch!

Ini bukan kondom. Ini adalah pelekat penghalau nyamuk. Mungkin yg paling kiut aku pernah jumpa. Nama dia Mozzie Patch boleh dapatkan di Guardian berdekatan. Sekotak terdapat sepuluh pelekat, di mana setiap sepasang mewakili gambar kartun macam kat luar kotak tuh. Mesra digunakan utk kanak2 dan bayi serta boleh tampal kat mana2 bhg badan. Tak selesa pada kulit badan, tampal kat baju pun okay. Bau dia serai wangi, tak tengik tapi berkesan utk halau nyamuk. Maklum sajalah bekerja di resort yg terbuka, mmg mudah jadi sebahagian kitar hidup cik muk. Tak mahu sumbangkan darah, aku pilih beli Mozzie Patch. Asalnya nak beli yg main sembur, tapi tak sukalah sebab kekadang yg jenis sembur ni melekit. Dengan Mozzi Patch, yg melekit hanya pada pelekat tidak pada badan!

#27 Mood Anda Hari Ini

Sedikit biru. Aku amnya tidak bercerita sangat bila berhadapan episod biru nih. Apatah lagi mahu bertanya kenapa aku begini hari ni? Cepat bengang, malas nak layan orang. Mungkin pada mulanya hanya sekadar soalan yg naif. Sekadar terdetik bertanya, knp mood aku tak elok. Dengar saja keluhan hati, sisi gelap terus menyisipkan nota KIV tentang segala lelah hati yg lepas. Tanpa sedar kita dituntun ke daerah hitam yg semakin menyesakkan kita. Sangat tak suka berada di tempat tuh. Berbincang, berkata tentang episod biru tuh, hanya menambah kesugulan kita. Kalau tiada apa yg menyebabkan kita biru di dunia sebenar, tidak putus cinta, tidak kehilangan duit.. Itu maknanya mood swing. Janganlah dilayan sangat. Kalau boleh, cepat-cepat alih perhatian kepada aktiviti luar. Aktiviti dalam - seperti berfikir- must stop for awhile. Kelegaan akan ditemui bila kita berjaya cari jalan ke luar cepat. Alamak ribut nak datang lah! Kau nak duduk tunggu ribut hambat kau ke baru nak lari? By then sudah terlam...

#26 Gajet Kepunyaan Anda

Kebetulan pulak utk cabaran hari ni kita bercakap pasal gajet. Jadi aku nak ambil kesempatan utk guna slot ni tuk rebiu Samsung Galaxy S5 yg aku telah guna sejak 4 bulan yg lalu. Dalam tempoh tu, ada jugak kawan2 tanya, bagus ke? Inilah masa yg sesuai utk jawab semua tuh! Berbanding Samsung Galaxy S3 yg aku pakai sebelum ni, ni kira peningkatan 150%. Aku belum alami masalah heng ke apa lagi walau dalam hati kadang ada jugak berharap begitu. Ada jugak cakap mungkin masih baru, tak byk install lagi dalamnya. After few months, I'd say it is still as good as if nothing was installed inside. Tak heng, bateri pulak bertahan lebih kurang 30% lebih lama. Dah tak perlu risau kalau tak bawak powerbank. Tanpa penggunaan yg berat, bateri boleh bertahan sepanjang hari. Kalau kehabisan bateri sangat, kita tak perlu cas lama. Dalam tempoh sejam dah boleh penoh. Kalau perlu jimatkan bateri boleh panjangkan penggunaan dengan menghidupkan feature penjimatan kuasa. Masuk aje bateri 30% tuh mmg aku te...

#25 Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

Terpaksa buat perubahan roaster secara mengejut semalam dan aku end up ambil off day hari ni. Ikutkan mahu kerja pagi hari ini sponging the whole thing. Seakan ada sebuah konspirasi yg mahu aku menjauhkan diri dari segala kekecohan di tempat kerja. Apa pun aku dah tolong apa yg patut. Good luck with all of us on 29th. Kebetulan pulak sejak kemarin aku rasa macam tak sedap badan. Untonglah dapat off hari ni, boleh rehat. Bangun pagi terus capai henfon dan tengok hapdet terkini berita di tempat kerja. Wasap ada. Telegram pun ada. Itu lifeline aku buat masa ni. Macam biasa rungutan staf dulu yg aku terima. Macam tu lah kalau dunia tak kucar kacir mmg tak sah lah kan? Mesti dalam bamyak2 jabatan tuh, ada yg akan jadi weak link satu2 tempat tuh. Makin dibiar makin menjadi-jadi. Kalau ni Surivor, tak payah create alliance, hantu2 ni dulu lah yg aku vote off the hotel The same time bila on henfon tuh, akan dapat jugak noti utk emel. In case ada tempahan masuk ke kantung inbox. Sejak hotel ada...

#24 Rumah Impian Anda

Pernah tengok Devdas? Kalau pernah, ingat tak babak akhir sekali dalam filem gilang gemilang arahan Sanjay Leela Bhansali tuh? Babak bila watak Paro dapat tahu yg Devdas terbaring di hadapan pagar rumahnya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan menyebut-nyebut nama Paro? Dapat tahu sahaja siapa yg berada di pintu mahligai, Paro terus berlari ke arah Devdas, DEVA!!! DEVA!!! Melentik-lentik2 jari runcing Paro cuba mencapai ke hadapan. Dibiarkan saja sarinya yg berela panjang itu terlepas melibas-libas lantai. Berlari dan terus berlari namun makin dekat makin lama rasanya Paro akan sampai sebelum ajal menjemput Devdas. Okay buka mata. Kalau korang boleh bayang perjalanan yg ditempuhi oleh Paro dari kubah mahligai ke pintu pagar rumah dalam wayang tuh, begitulah besarnya rumah impian aku nanti. Jauhnya sampai ambil masa untuk sampai pintu pagar rumah. DEVA, DEVA!!!, teriak Paro sekuat hatinya. Sampai-sampai pintu pagar kena tutup pula, mematikan harapan Paro buat selamanya. Jangan putus asa, kawan...

#23 Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

Penulis. Melihat sejarah aku dan penulisan yg tak seiringan, entah dari mana aku dpt idea jadi penulis ni. Mungkin juga sepanjang pembabitan aku dalam dunia blogging ni, aku bertuah bertemu insan-insan yg mengenal bakat terpendam yg aku sendiri tidak tahu aku ada selama ini. Aku rasa aku ada ciri-ciri yg perlu ada pada seorang penulis. Mungkin apa yg membantutkan aku dari meneruskan cita-cita aku ni adalah kerana ada tompok ragu2 dalam hati, sementelahan pula pasaran novel kita di Malaysia ni tidaklah sebesar mana pun. Pendek kata, boleh cari makan ke? Terlalu memilih genre dan mahukan yg original sahaja pun satu kes jugak aku ni. Tidak macam novel2 yg ada dipasaran skrg yg seakan pepak dengan kisah2 romantik, aku mahu cuba lari dari zon komersial itu. *mula dah berangan* Aku mahu masuk ke dunia fantasi, keajaiban dan meneroka topik yg jarang2 org kupas. Sayangnya bagi aku yg naif ni, aku terlalu berharap "cerita" datang pada aku, bukan sebaliknya. Bila bercakap pasal "c...

#21 Tempat Yang Anda Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi / #22 Destinasi Percutian Impian

Aku baru sudah menonton Survivor: Borneo dan juga Survivor: Toncantins. Sambil2 menonton tuh cuba membayangi perasaan bagaimana lah agaknya hidup dalam keadaan yg dilalui peserta-peserta rancangan realiti tuh. Ujian bukan sahaja pada mental dan fizikal tetapi juga pada kebolehan sosial dan mengatur strategi. Sedangkan aku ni yg baru aje duduk tepi semak dah mengomel diratah nyamuk. Inikan pula selama 39 hari dgn segala kemudahan terhad. Boleh kah? Kalau kita tak cuba ke situ, tolak diri keluar daerah selesa, mana kita tahu kita boleh ke tidak kan? Menarik kalau dapat buat yg tepi pantai punya atau pun pulau. Terus teringat aku kepada pantai-pantai dalam filem The Beach, lakonan Leonardo Dicaprio. *Bila nak rilis dlm btk BD?* Seronoknya kalau dapat pergi ke pantai atau pulau yg belum ramai lagi orang terokai. Mesti bersih aje tempat tuh tak tercemar. Agaknya kalau tempat tu takde org boleh ke hidup yea? Dengan takde pengalaman dan pengetahuan hidup di hutan elok pergi melancong aje lah ...

#20 Quote Kegemaran Anda

Aku tak tau lah sejak bila petikan ni jadi anutan. Mungkin juga sejak pertama kali terbaca. Mungkin juga sebab setiap kali aku baca mcm ada sesuatu yg "klik" dalam hati. Atau mungkin kata-kata petikan ni sebenarnya menggambarkan jalan yg aku mesti pilih. Kata-kata ni mungkin mengingatkan aku supaya tidak perlu terkejar-kejar sangat dengan orang. Setiap orang yg kita jumpa akan ada peranan mereka masing2. Kalau sudah sampai masa, lepaskan. Kalau sudah jodoh, teruskan timba apa yg sepatutnya. Yalah, skrg belum sesiapa lagi kan? Esok2 nanti, kita tahulah bagaimana.

#19 SATU Resepi Kegemaran Anda

Tahun ni aku paling byk buat kek pisang. Kalau ada yg tertanya-tanya apa kah resepinya. Mungkin inilah masanya utk aku kongsikan. Bukan aku tak pernah kongsi dengan sesiapa. Pernah mmg pernah. Cuma tu lah melalui khidmat pesanan Whatsapp kpd yg sudi bertanya. Namun begitu lah ceritanya. Kongsi tinggal kongsi je. Kek pisangnya tak keluar2 jugak dari ketuhar. Kalau rajin tak payah mintak resepi dengan aku pun boleh carik dengan angkol gugel. Dah namanya pemalas, ko suap pun takan terbuat jugak kek tuh. Resepi kek pisang yg aku cilok dari Internet ni mmg senang. Yg pertama kali buat pun akan bangga dgn diri sendiri bila tengok hasilnya. Kalau kreatif mcm aku boleh tukar bahan2 mengikut selera dan apa yg ada di dapur. Sesambil kita sediakan adunan, apa kata kita panaskan dulu oven dlm 180 darjah selsius. Tinggalkan dan keluarkan blender korang. Sudah? Okay pecahkan 4 biji telur ke dalam blender kemudian tambah satu cawan gula.  Kalau tak suka manis boleh letak 3/4 cawan sahaja. Untuk t...

#18 Siri TV Kegemaran

Aci tak kalau utk cabaran hari ni aku bagi pautan saje? Bukan apa, sebelum ni dah penah buat entri yg lebih kurang mcm ni. Pembetulan. Bukan satu entri ya. TIGA. Kau hada? Ok kalau nak baca boleh pergi ke sini , sini dan sini ... Pecah kaca pecah gelas, sudah baca datang balik sini. Aku belum sudahkan lagi entri kali ni. Umumnya aku tak layan sangat rancangan TV. I could live without it. Sekarang pun aku macam dah lama tak hidupkan TV utk semak apa yg menarik kat TV. Sudah begitu, tentunya lah saluran berbayar mcm Astro tuh haram nak ada kat rumah. Pilihan hiburan aku lebih kepada DVD atau BD. Atau kalau rajin donlot saja dari Internet. Macam dulu ingat tak Malaysia pernah diserang fenomena Nur Kasih, aku rasa aku je yg tak tau betapa popularnya drama TV ni. Dengan sambutan yg hangat, membolehkan drama Nur Kasih ni available dalam bentuk DVD. Aku yg curious dengan drama ni, apa lagi donlot lah di Internet. Selepas menonton, aku pun turut anticipate The Movie drama nih. Aku ada mengulas...

#17 LIMA Perkara Yang Anda Rindukan, Apa Saja.

Petang2 ni kalau termenung di tepian pantai sedap jugak. Sesambil menghirup udara lepas hujan fikiran mencari-cari ilham untuk menyudahkan cabaran hari ni. Sayangnya, aku bertugas petang ni. Aku renung lobi yg lengang. Kedengaran di corong pembesar suara, lagu "Rescue" nyanyian Yuna, bergema seakan mengisi hati yg kosong. Tahun-tahun sudah, tempoh antara Oktober ke Februari sebegini lazimnya sudah sibuk. Tak kira hujung minggu, hari bekerja selalunya tak menang tangan. "Ini semua pasal minyak naik lah!", hujah Koko dalam perjalanan menghantar ku ke KKIA T2 di Tanjung Aru awal bulan ini. Aku diam sahaja di kerusi sebelah pemandu. Tidak menyangkal logik rasional yg Koko bagi. Mungkin ada betulnya juga. Seiringan dengan kenaikan harga minyak, harga barang2 pengguna di pasaran turut naik. Duit belanja dapur pun kalau harga melambung naik jadik ciput. Ini diburukkan lagi dengan bencana alam yg membanjiri sebahagian besar kawasan di Sabah. Sampai ada pekerja tidak dapat t...

#16 Siapa, Bagaimana Anda SEPULUH Tahun Lagi

Sepuluh tahun lagi? Hurmmm... Jika dipanjangkan umur, usia aku dah mencecah 46 tahun pada masa tuh. Itu tak kira kalau pakai tahun Hijrah, entah2 dua tahun lagi nak masuk separuh abad. Usia hanya angka orang kata kan? Tak mustahil jugak, pada masa tu org terus keliru dengan usia sebenar aku mcm skrg. Dah masuk 40an pun masih mcm 30an kan? Mungkin tak le sehensem mana kan... Tapi seksi.. *LoL!* Harap2 kesihatan dan kecergasan terus dilimpahkan kepada aku, seperti yg aku alami dalam sepuluh tahun yg sudah aku lalui. Sepuluh tahun yg menyaksikan bermacam-macam dalam hidup aku. Dan aku mungkin akan look back that 10 years back (2013 - 2023) as my golden years. Aku akan kenang balik tahun2 yg sudah sebagai tahun aku melancong byk tempat. Bangga dengan pencapaian yg akademik aku terima. Meet wonderful people, that may stay in my heart or change the way I view this world. Bukan saja seksi, malah makin matang tentang hidup ini. Sampai tahap itu, aku dah cukup matang utk menerima hidup aku as: ...

#15 Surat Kepada Seseorang, Sesiapa Sahaja

Hobbit & Massager

Yeah dah sampai! Rilis 4hb lepas. Ikut hati nak aje ambil priority, boleh sampai dlm 7hb. Memandangkan aku tiada, terbang ke Semenanjung masa tuh. Sampai awal pun takde makna jugak lah kan? Bungkusan touch-down and cleared 10hb tuh lagi. Tapi ambil empat hari jugak nak sampai ke tangan aku tuh. Terima BD ni maknanya aku dah boleh buat ulangkaji/marathon Hobbit sementara tunggu tayangan filem ke tiga Disember nanti. Kebetulan besok aku off boleh lah layan Tak tau lagi nak layan muvienya dulu atau bonus features yg sampai 9 jam tuh. Kita tengok apa mood aku besok lah ya. Ngeh... Kalau ala2 ngantuk, makanya muvienya sajalah! Ni baru beli siang tadi. Boleh lah pakai jap lagi bila dah siap buat semua laporan. Kononnya nak beli yg jenama Osim punya tuh. Sementara nak cukup duit ni sesambil tuh kita berangan lah dgn apa yg mampu dulu ya... Ngeee

#14 Cerita Kasut Saya

Terus terang aku cakap: "I'm not a shoe-people." Kalau bukan sebab kerja, malas aku nak pakai kasut. Aku lagi selesa berselipar. Aku ingat lagi masa persiapan nak daki gunung Kinabalu. Ada kawan pesan beli kasut yg sekian-sekian. At the end, kasut tu aku tak pakai jugak... Ekceli pakai jugak, tapi tak sampai separuh jalan aku pecat. Aku keluarkan sandal pakai macam biasa. Satu yg aku tak suka pasal kasut, bau kaki. Ini mesti sebab perlu pakai stokin lagi kan? Kalau aku tak gemar pakai kasut. Stokin lagilah aku tak suka. Di tempat kerja je aku pakai kasut dan stokin. Sebelum dan selepas kerja aku pakai sandal aje. Peduli lah org nampak aku pelik berbusana lengkap pejabat, tetapi tiba-tiba kat bawah sandal aje. Syukurlah kalau aku tak pakai flip-flop. Selipar Jepun. Aku faham kalau ada orang kata, pemakaian kasut tuh melengkapkan penampilan. Fashion-wise. Siap ada lagi sanggup berbelanja beli boot mahal2 semata-mata nak bergaya. Itu gaya kau. Bukan gaya aku. Terima kasih. D...

#13 LIMA blog kegemaran

Pejam celik pejam celik dah hampir dua minggu buat cabaran ni kan? Kalau ada sesiapa yg baru aje bukak blog ni dan jumpa entri ni tertanya-tanya, apakehal yg aku buat ni. Semua boleh rujuk di sini . Jangan blur kan diri anda hokay? Cabaran hari ni memerlukan aku menyenaraikan lima blog kegemaran. Perghh... Susah tuh! Masa awal2 terjebak dgn dunia blog ni dulu mudah le nak jawab. Tahun 2005 begitu mmg aku rajin jugak bersiar-siar jenguk blog org lain. Skrg ni macam tak baper nak buat dah keje skodeng blog org ni. Kalau tahap boring sangat pun, byk lagi aktiviti lain. Tambah lagi dengan kemunculan pesbuk, yg memudahkan perhubungan terbentuk. Blog ni kira lambat nak kenal tuan tanahnya. Tidak banyak sangat bergantung kepada profile picture yg cun, blogger kena kreatif utk tarik pengunjung dari segi isi persembahan. Kalau kena dgn selera pembaca terus melekat jadik repeat visitor drop a comment or two. Aku pun mula2 mcm tu jugak. Komen2 entri org then jadi geng. Satu blog yg aku kerap lawa...

Tajau Bida'

Hari ni Tajau Bida' kehilangan seorang lagi ahli. Bulan sudah seorang, bulan ni seorang lagi. Masa Farinah pergi hari tuh kami tak sempat buat apa2. Semuanya terjadi secara mengejut. Sempena hari terakhir Lance bekerja, kami adakan sedikit jamuan. Semua main order je pakai Pizza Hut Delivery! Inilah muka-muka gink Tajau Bida' yg menghadirkan diri (tinggal tujuh sahaja). Lance duduk menoleh dari belakang tu haa. Muka semua org nampak sgt mcm malas nak bergambar. Sorilah aku potong stim korang makan piza. Apapun Lance good luck with your new job. Kami yg tinggal di sini masih bertahan menanti yg belum pasti. Berhentinya Lance menandakan era baru. Kalau betul, kemungkinan kami akan diambil alih oleh pengurusan baru. Yg penting Bobo is no more

#12 LIMA Wishlist Anda

Wah kalau ikut aku banyak. Tak terhitung, sehingga yg lama masih belum jadi kenyataan dah timbul keinginan baru. Selepas dikaji dan dinilai berikut aku senaraikan LIMA yg terpenting: Sambung belajar ke peringkat kedoktoran . Baru2 ni ada borak2 dgn Buha yg sudahnya menerbitkan keazaman nak sambung belajar lagi. Buat masa ni aku belum nampak lagi bagaimana nak mula lah. Begitupun aku tidak putus semangat. Aku yakin jalan itu akan dibukakan juga. Bila dan dimana, tugas aku skrg adalah menyuburkan bibit keinginan itu terlebih dulu. Menulis dan menerbitkan sebuah buku . Berangan kejap jadi Stephen King. Ikutkan nak tulis novel, tapi tak salah kalau aku luaskan skopnya kan? Manalah tahu satu hari nanti ada org bagi aku duit suh jelajah Sabah ni dan tulis mengenainya. Jelajah Sabah Dalam Lapan Puluh Hari, contohnya? Atau kalau novel yg kisahnya diangkat dari kehidupan aku tulis asalkan ceritanya original. Bukan disadur atau menyerupai mana2 cerita. Untung sabut boleh diadaptasi ke layar pera...

#11 Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Aku rasa banyak kalau nak disenaraikan. Sayangnya yg aku ingat hanya fragmen saja. Itu pun belum tentu lagi boleh dikategorikan sebagai lucu ke tak. Tapi korang layan jelah... Kisahnya begini... Masa sekolah rendah dulu, aku ada basikal jenama Cooper. Uniknya basikal ni tayar depan dia kecil berbanding yg belakang. Kalau ada kelas tambahan, atau latihan pancaragam petangnya, basikal ni lah yg aku tunggang ke sekolah. Biasanya dalam perjalanan ke sekolah tu, aku akan singgah kawan sekelas tumpangkan dia ikut sama. Kawan ni kiranya macam partner in crime aku lah jugak. Kawan aku ni nama dia Ahmad. Biasa aku panggil dia Mat aje. Mulut dia mcm perempuan sikit. Paling pemenang kalau bab carut-mencarut. Pernah sekali si Mat ni kena tampar seorang pelajar pompuan. Aku pun tak pasti pasal apa. Kemungkinan besar pasal dia kutuk budak pompuan tuh kot. Tulah celupar sangat! Dalam banyak-banyak kenangan tuh ada satu yg mengusik hati. Masa tu aku terdengar si Mat dan kakak dia bercakap dalam bahasa...

#10 Apa Yg Ada Dalam Handbag Anda?

Atau beg sandang, dalam kes aku. Lazimnya menda-menda yg aku bawa: Headphone bluetooth . Kalau lagu yg dipasang tak berkenan sumbat je dgn menda alah ni. Tau2 jelah kalau duk dlm bas. Lagu entah apa2 yg dipasang. Batang monopod . Wajib dibawa ke mana-mana, kot2 la tetiba berangan hensem senang nak berselfie. Kadang kalau ada kejadian ke yg memerlukan berwelfie mmg perlu sgtlah bawak menda alah nih. Beg henfon . Yg paling atas tuh tempat menyimpan henfon-henfon aku. Kalau malas nak bawak beg sandang aku bawa je beg kecil nih dan sedikit tunai dlm tuh. Aku ada tiga henfon. Samsung Galaxy S5, Nokia Lumia 1020 dan Iphone 6 je yg masih dok kedai... Beg duit . Yg besar sikit dari beg henfon tu seperti namanya aku khaskan tempat letak tunai. Aku biasanya bawak tunai besar sebab malas nak balik2 gi cucuk duit. Selain jadi tempat letak duit, aku jgk letak kad bank dan IC di beg nih. Kadang tu aku letak jugak tisu Gatsby for quick touch up dlm beg yg sama. Note 10 . Ini pun wajib bawa merata. Se...

Menu Memori

Entri ni patutnya aku kongsi kelmarin, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kejadian mlm Ahad yg sedikit mengecewakan. Sebelum itu kita mulakan kisah kita pada malam Sabtu. Kami berlima selamat sampai hotel, dari USS, sekitar pukul 9 malam. Dan aku tak tahulah apa yg ada dalam fikiran semua yg ikut ke USS tuh.  Bayangkanlah seharian beratur, tumit kaki pun hampir nak berkematu. Seharian tu jugak, gara2 nak jimatkan kos, kami hanya alas perut dengan biskut, roti dan air.  Tak lapar ke? Dengan keadaan begitu, tengok pulak waktu kat jam tangan dah lewat, mmg patutnya dah serbu mana2 kedai makanan terdekat.  Apa yg berlaku? Masa tuh jugak baru nak carik kedai makan! Ada yg terdekat, kami terdengar si pengkid kata dlm bas tadi tak sedap. Ikut nasihat si pengkid kami pun tak pergi. GPS punya GPS, akhirnya kami jumpa satu tempat makan. Medan Selera Bomba Larkin, tak silap namanya. Sebagai bendahari, Sara pun pesan makanan untuk semua. Denga...

#9 LIMA Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

Bab-bab cenggini mesti buat gadis-gadis termenung keluar tingkap kan? Tanpa sedar basah dek berfantasi jejaka idaman hati. Aku pun ada jugak lah simpan dalam hati jejaka-jejaka spesel. Mari kita tengok selera zaman kanak2 aku dulu... John Haymes Newton - Hero siri TV, Superboy utk musim pertama sebelum siri tuh ditukar pelakon. Mengugel info pasal pelakon ni baru aku tahu yg siri tersebut sudah datang kepada peminat dalam bentuk DVD. Jean-Claude Van Damme - Aku pun tak baper ingat kenapa aku minat dia ni dulu, mungkin jugak sebab tegap kot yea?  Badrul Muhayat - Entah dari filem apa yg dia berlakon ni aku jadi minat. Kira masa tuh dengan rambutnya yg belah tengah panjang ke tepi menjadi ikutan. Satu babak yg mengesan membuatkan aku ingat dia ni sampai skrg adalah babak mayat watak yg dia lakokan ditemui mati dalam timbunan kiub ais. Lepas tuh abang kepada watak Badrul Muhayat ni teriak-teriak nangis bila nampak mayat adik dia. Ungku Aziz - Dulu2 rajin jugak baca buku tokoh2 tem...

Hello Kitty! & Doraemon

Ahad tu kami ke Nusajaya, Putri Habour lawat pekan Helo Kitty! Memandangkan nak masuk tuh perlu bayar kami cuma kunjungi galeri yg menjual produk2 berasaskan kucing tuh $ahaja. Dari paparan kain rentang, dan segala promo di sekitar Little Red Cube, pekan Hello Kitty! ni nampaknya baru saja tamat meraikan sambutan ulangtahun Hello Kitty! yg ke-40, pada 2 November. Nasiblah yea terlepas. Ke kanan kalau nak lawat pekan Hello Kitty! Bagi peminat Lat boleh ke kiri. Jenguk2 barangan je lah, kalau nak gi makan restoran Lat pun ada. Galeri kedai Lat tu tak banyak sangat boleh diselak. Tapi kat kedai Hello Kitty! ni boleh rambang mata. Kompom peminat Hello Kitty! terlajak beli satu atau dua barangan sini. Segala-galanya nampak comel. Usai cuci mata di Nusajaya kami menapak pula ke pusat bandar. Alya kata ada pameran Doraemon di Galeria@Kotaraya. Selepas sampai, baru kami dimaklumkan pameran tu sbnrnya diadakan di Johor Bahru City Square. Sedikit hampa bila dah penat2...

USS

Fikir nak masuk tidur awal lepas balik USS. Boleh rehat2 dan kalau tak lelap mata boleh hapdet blog sekali. Malangnya sesat pulak lepas makan malam masa hantar Sara dan Alya ke Kuarters Hospital Kempas, Tampoi. Dah le sesat, ada jalan pulak kena tutup. TMJ katanya nak kawin mlm tadi. Akibatnya, terpaksa ikut berbaris panjang ikut kereta2 lain mencari lencongan alternatif. Pagi tuh pun ceritanya lebih kurang sama. Balik-balik berbaris panjang. Mula2 untuk melalui pemeriksaan kastam masuk Singapura. Dah le panjang, payah beno nak bergerak barisan tuh. Mengalahkan jem terburuk pernah terjadi kat Kehel. Kenapalah letak pegawai yg seusia Keretapi Tanah Melayu utk urusan begini. Sudahlah kertu, lidut nak mampus plak tuh. Bila bertukar pegawai, barulah barisan bergerak lancar senula Bayangkanlah berbaris satu jam dua puluh minit semata-mata nak dptkan cop imigresen tu saja. Jadi tak hairanlah bila sampai USS terujanya bukan main lagi. Sampai2 aje teros aje posing depan globe U...

Wangilah Sangat!

Sampai Johor Bahru dalam pukul satu tengahari selepas lebih kurang 3 jam berada di atas jalanan. Seterusnya daftar masuk hotel, sediakan dokumen yg perlu serta setelkan segala itinenari utk perjalanan ke Universal Studio Singapore besok. Usai semua urusan, rancang nak gi Hello Kitty! Town tapi terperangkap pulak kat Johor Premium Outlet. Kat situ banyak pulak outlet barang berjenama bikin mata jadi rambang. Sudahnya, aku terbeli tiga menda ni. Kalau perkataan terbeli tuh boleh diterima pakai dlm konteks ni. Black XS tu mmg aku idam2 dari dulu lagi. Dapat pulak harga yg berpatutan aku pun rembat satu. Fikir itu jelah, tapi singgah lagi byk kedai makin tergoda nak beli itu ini. Takut terlajak beli lagi, hujung2 aku lepak je kat mana2 tunggu yg lain siapkan pembelian dorank. Ingat kalau aku ronda lagi ni, makanya aku takde bajet utk beli apa2 kat Universal Studio Singapore besok. Org beli souvenir, nanti aku tukang tolong angkatkan barang pulak. Pssttt psssttt... Es...

#8 Lima Lagu Cinta Kegemaran Anda

Dari semalam lagi aku carik idea nak tulis entri ni. Seperti selalu idea cantik sekalipun bila dah mula mengarang lain pula yg ditaip. Proses kreatif mmg mcm tuh seperti yg difahamkan kpd aku. Kalau kau tak biarkan dia berkembang sendiri tak ikut idea asal boleh stuck. Dh stuck, mulalah writer's block *berangan penulis konon yea* Cuma jangan melalut naik bukit turut bukit biar ada arah tuju. Disitu peranan kita bila idea mengalir dari hati biar kita bagi fokus. Demikian juga entri kita pagi ni. Terlahir dgn cara yg sama. Bila cakap pasal lagu cinta *ambil perhatian dah masuk tajuk* , lentok-lentok, leleh-leleh, mesti tak lepas dari berangan di alam percintaan kan. Mungkin ada kenangan disebalik lagu atau mmg sekadar sedap didengar. Mari kita hidangkan lima yg pertama... Erti Kasih (REM) - Masa lagu ni kuar aku tengah fefeling bercinta dgn seorang bakal doktor. Lagu terus berputar kisah cinta bernoktah dihujung treble... Chewahh... Amazing (Westlife) - Ni pun sama kisahnya macam nom...

Burger Bogel, Masak Hitam

Menginjak jugak aku akhirnya di kehel nih. Selamat mendarat sekitar 3.30 ptg aku trus saja ambil bas ke TBS. Di TBS adik aku jemput tumpang bermalam sblm gerak ke JB besok. Bayangkan perjalanan dari KKIA2 tuh dah ambil masa lebih kurang sejam. Adik aku pulak tersekat dalam jem (selain sesat). Jadi taukeh tanahlah aku di TBS melilau tak tentu arah. Kali terakhir aku isi perut pun masa dlm kapal terbang. Menu yg aku bedal nasi dengan daging masak hitam (RM17.00nett) dan Cokelat Panas (RM6.00nett). Dengan saiz hidangan yg cenonet tuh, dlm bbrp minit aje perot aku dah siap hadam. Lepas dua tiga jam tak isi, mulalah dugal datang. Segala macam jajan aku sumbat bagi menahan lapar. Nak makan dulu rasa tak seronok pulak. Dah janji dgn adik2 makan malam sama-sama. Bila Sarah tanya nak makan luar atau masak sendiri, aku terus aje pilih jom kita burger. Tempohari adik2 aku ni ada promo tempat burger yg dorang makan. Aku teringin plak nak cuba. Sekali sampai tempat lain pula d...

#7 Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

Sangat penting, terutama sekali pendidikan formal. Mungkin bagi sesetengah dari kita menganggap pendidikan sebagai jalan untuk menukar nasib hidup. Mengaji untuk pandai. Nak dapatkan kelayakan supaya dapat naik gaji. Apa pun tujuannya, bagi aku pendidikan itu lebih dari itu. Kalau boleh diibaratkan pendidikan sebagai tempat gantung baju, baju-baju yg digantung pula adalah ilmu yg dicedok. Bayangkan kalau anda tiada tempat gantung baju? Apa agaknya akan terjadi? Pendidikan menjadikan pemikiran manusia lebih teratur dan berstruktur. Boleh berhujah dan memberikan jawapan yg wajar. Tidaklah bila ditanya, jawapannya "mmg lazimnya begitu". Latar pendidikan pun ada bezanya juga. Bagi aku yg pernah menjadi pendidik ni boleh beza mereka-mereka yg memiliki diploma, STPM dan Ijazah dari segi usaha mereka. Rendah tahap pendidikannya aku perhatikan lebih kurang berusaha berbanding yg mempunyai pendidikan lebih tinggi. Bila disuruh buat rujukan mengenai sesuatu topik pelajar diploma mungki...

#6 Apa Yang Anda Makan Hari Ini

Uish banyak! Kebetulan pulak satu hotel baru "terima" hari ni. Makanya ceritanya jadi jalan-jalan cari makan lah petang tadi. Sekali sekala pulak namanya adakan kejutan buat rakan staf yg sambut hari lahir yg ke-26 hari ni, maka dapatlah merasa kek hutan hitam. Kalau hari biasa jangan harap lah nak beli. Usai kejutan kami memecut ke bandar, ada sedikit temujanji *kononlah* Sambil2 tunggu tuh kami melantak dulu dim sum di Fook Yuen sebelah Old Town Cafe di Jalan Gaya. Aku ditemani Eja (paling kiri hadapan), Babu Ros dan Babu Kuntum (tengah). Ini merupakan kali pertama mencuba dim sum di sini. Semua aku rasa, kalau boleh. Yg paling aku suka sudah tentunya yg tengah paling kiri tuh. Ada rasa macam telur masin itik aje. Lemak-lemak gitu. RM4.00 satu bekas kukus kecil tuh. Sekali lagi mengidam sushi kami ke Sushi King. Malangnya Sushi King di CP sesak sampai perlu tempah giliaran masuk. Lupa pulak sekrg ada promosi RM3 sushi jadi tak hairanlah kalau Sushi King sendat. Malas menung...

#4 Buku Kegemaran Anda

Kalau tengok sendiri dari atas rak buku (sebahagian) yg dipamerkan, mungkin ada yg boleh agak aku ni more into self-help book . Masa tak berduit dulu, selalu pinjam buku-buku seumpama di perpustakaan. Skrg dah berduit lebih ni, mana2 buku yg jadi faberet (berulang kali pinjam) tuh aku beli sebagai koleksi selain jadi rujukan. Buku yg aku rasa berguna kalau nak berjaya selain humble sudah tentunya "9 Things You Simply MUST DO by Cloud", membantu aku menguasai rasa kemurungan "Master Your Mood by Dr. Melvin Kinder" dan mencari fokus mendapatkan apa yg kita nak sudah tentulah buku terlaris "The Secret" dan "The Power" nukilan Rhonda Byrne. Selain untuk mendapatkan maklumat, membaca buku boleh juga jadi sumber hiburan atau isi masa lapang. Pilihan aku lebih menumpu kepada yg bukan cereka, kisah benar atau pun buku berbentuk biografi (sepenuhnya atau tidak). Memandangkan skrg minat aku lebih kepada penulisan, pembacaan aku tidak terhad kepada suka-suk...