Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Nuai & Suri

Terima jemputan ke majlis persandingan Nuai & Suri dalam dua minggu sudah. Bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian pada 22.12.18, kami pun sekonyong-konyongnya datang. Ikut hati aku, mmg tak suka pergi majlis2 begini. Majlis yg boleh memurungkan bila bukan sekali kau akan ditanya "kau bila lagi?". Semua tuh aku ketepikan memandangkan ini juga masa yang sesuai untuk jumpa rakan-rakan sekelas dulu yg dah 22 tahun tak jumpa. Nak harap buat gathering apa ke, mmg payah sikit nak berkumpul. Ada jugak sound2 yg lain datang tapi takde respon. Mana yg dpt jumpa tu kita selfie jelah. Tiga kali jugak naik atas pelamin bergambar. Cuma kali kedua dan ketiga pakai kamera sendiri. Teruja sangat jumpa pengantin dan kawan2 lupa nak hulur henfon sendiri. Yg tak disangka Suzy dan Olen... Apa lagi, lompat naik pelamin lagi lah bergambar. Boleh jadi highlight tahun 2018 lah ni. Harap jodoh Nuai dengan isteri berpanjangan lah ya. Nuai ni pun panjang betul kisah per...

Jogja Aku Datang!

Alhamdulillah! Hujung bulan Mac tahun depan, jika tidak ada aral melintang, aku akan berkunjung ke Jogja lagi. Kunjungan pertama tahun 2016 semacam tidak cukup, membuat aku merancang terbang sekali lagi tahun depan. Kenapa tidak cukup? Mana tidak cukup, Gudeg dan Bakpia pun tak sempat jangkau. Kunjungan kali ni akan ulang semula destinasi-destinasi utama yg pernah aku pergi sebelum ni. Antaranya Candi Borobudur, Candi Prambanan, Kraton Ratu Boko dan Tamansari. Bagaimanapun, lawatan kali ni akan dilebihkan kepada destinasi-destinasi yg boleh dicapai melalui kaki. Singgah2 Mall, beli CD atau Bluray ke.... Makan2 tu sudah tentu selain melepaskan rindu kepada Geprek Mas Bowo di jalan Malioboro. Aduh rangup dan pedasnya burung dara bikin aku terkenang-kenang. Selain itu aku mahu jugak singgah lokasi-lokasi baru sekitar Prambanan; seperti Canti Ijo, Candi Plaosan dan Candi Sewu. Tiket dan penginapan semua dah beli ni. Tinggal nak sediakan duit poket je. Baki duit perta...

Misi Menawan Aki

Alhamdulillah aku selamat kembali selepas percubaan menawan Aki buat kali kedua 24 - 25 November lepas. Sesampai rumah Ahad, 25 November tu aku terus tak sedap badan. Aku cuba untuk tak layan sangat tak sedap badan tuh tapi selepas aku lelap mata sekejap gitu, tetiba aku terbangun dan terjeluak segala isi perut. Krem jugak perut aku dibuatnya sekejap. Terasa segala six packs yg aku tak tau pernah wujud di perut aku sebelum ni. Inilah akibat nafsu. Masa makan buffet lunch lepas menuruni gunung Kinabalu aku hantam minum jus nanas banyak-banyak. Org dugal pantang minum jus nanas! Perut memulas badan pula panas. Aku fikir tidur badan okeylah tapi rupanya tidak. Keadaan masih tak berubah esok paginya walaupun aku cuba isi masa waktu dengan tidur. Menjelang petang aku wasap pesan yg aku mungkin akan tambah cuti. Disebabkan perut aku meragam dan tak nak perut kosong aku cuba untuk makan yg ringan2 sahaja dulu. Petang tuh aku teguk protin kocok dan ajaibnya selepas tuh demam ...

Destinasi Baru

Tamatnya percutian di Krabi tempohari menandakan tamatnya angan-angan lampau. Aku dah sampai ke lokasi penggambaran Memories of Bali. Dah selfie padi teres di Tegalalang. Menonton tarian kecak di Uluwatu. Menyelusuri tasik air tawar terbesar Tonle Sap yg selama ini hanya aku baca dalam buku teks geografi.  Candi Borobudur dan Angkor Wat yg aku suatu masa dulu kagumi melalui halaman buku sejarah kini menjadi peri dalam belog ku.  Dan yg baru lepas ke Krabi di mana lokasi filem The Beach dan Kaho Na Pyaar Hai dibuat! Filem Kaho Na Pyaar Hai tu aku baru tau. Tengok dalam filem lakonan Hitrik Roshan tu lokasi masa tu nampak lebih dara dari skrg. Tau jelah dah popular kompom serata dunia nak merasa keindahan lokasi seperti yg dipaparkan dalam layar perak. Semuanya dah berlalu dan bila sembang-sembang dengan geng travel baru2 ni aku terinspirasi utk mencipta angan-angan baru. Ekceli bukanlah angan-angan baru pun. Lama dah as long as I remember sebab keinginan y...

Montukod 2.0

Menapak lagi ke pulau Montukod buat kali kedua. Pergilah selagi ada kesempatan kan? Tak rancang sangat pun sebenarnya. Nampak cuaca elok terus je redah walaupun hanya berdua. Nak tunggu satu rombongan rasanya 2050 pun tak dan lah! Masa pergi air laut tak berapa nak surut lagi. Atau sebenarnya dah pasang semula aku pun tak pasti masa tuh. Cuak jugak masa balik di hujung titik mula berlepas ke Montukod hanya nampak air laut je. Maunya air pasang... berenang kedidi lah kau ke daratan. Mujur jugaklah tak berapa dalam. Masalah dalam ke tak tu bukan isu sangat lah. Maunya ombak kuat... Nah terkuai-kuailah kau. Apa pun kami selamat balik. Sempatlah jugak aku merakam detik2 perjalanan ke pulau menggunakan kamera 360 aku. Kamera 360 plak ya hampun dah ada dot hitam... Aku pun tak pasti sangat ada kah masalah lensa atau masalah perisian. Harap2 glitch pada perisian lah.. Kalau masalah hardware mampus lah... Tanda2 nak suh beli yg baru lettew... Mmg dah terpikir nak h...

Sembilan

Ni kiranya entri tertunda. Pada 24 Ogos lepas aku 'escape' dari meeting dan pergi roadshow Samsung di Suria Sabah. Alasan aku ada urusan di luar, padahal beratur nak beli Note 9 dan kutip freebies. Aku tak keseorangan. Aku punya partner in crime, dah awal2 berpakat nak pergi beli lagi2 bila tahu ada promosi beli 2 unit dan unit kedua dapat diskaun 1k. Kami masing2 ambil versi yg 6gb ram dengan saiz storan dalaman 128gb. Harga asal 3700 dengan pembelian unit kedua diskaun tu dpt 2700. Unit kedua tu aku punyalah. Ini antara freebies yg aku dpt lah. Masa beli Note 9 tu rasa macam wow teruja sangat dengan S-Pen dia boleh bikin remote. Bila dah pakai rasa sama aje mcm pakai henfon Samsung. Bagaimanapun aku ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan saiznya. Skrin macam terang 20% dan katanya bateri tahan seharian. Urmmm... bergantung kepada pemakaian jugak. Kalau byk pakai mmg tetap jugak kau kena cas cepat. Ini apa yg aku suka lah pasal Note 9. Bo...

Ole-Ole Dari Krabi

Trip ke tiga2 tempat yg aku ceritakan di entri sebelum ni dikenakan sebanyak 650baht termasuk lunch. Lunch dia sedap jugak, cuma hairan sikit stailnya. Mcm bikin penat sikit kat pekerja sebab perlu sentiasa layan kami tanya nak tambah tak lagi? Apa pun janji halal ya. Untuk merumuskan hari ketiga silalah layan video ni... Habis tour kami pun rancang2 nak carik ole-ole untuk dibawa balik. Sebelum tuh isi perut lah kan? Semasa kami di Ao Nang kami suka makan kat Bangboo Restauran. Kami sempat pergi dua kali je lah... Sebab mostly tour yg kami ikut dah selit lunch ataupun dinner. Dah jimat masa dan kos di situ. Tak payah pikir2 nak makan apa... Org hidang ko makan jelah. Jumpa org yg tak cerewet macam aku ni... Ko hidang apa je habis. Ni dah isi perut plan lagi nak isi sekali lagi lepas habis beli souvenir. Tadi dah melahap makanan Thai lepas ni konon2 nak makan ala western pulak. Alasan nak makan lagi sbb tenaga dah habis diperah masa hiking temple mountain siang...

Tiger Cave Temple Mountain

Aku time-time bercuti begini biasanya akan bertukar super celik. Tidur lewat, bangun tetap pukul 5 pagi. Berapa banyak kopi yg aku teguk aku pun tak tahu. Tengok muka sendiri kat cermin pun dah seram. Hari ketiga ni fikir boleh lah slow down sikit tapi jangkaan aku tu meleset habis. Hari ni lah yg makan banyak kuderat. Dan seperti biasa kitorang beli sarapan kat makcik siam tepi Family Mart di Muslim Street. Hari ni pergi mana, tanya makcik tuh sambil melirik mata ke juadah jualannya. Tak pergi mana-mana duduk bilik je rehat-rehat, tipu kami. Mujurlah trick kami tu berjaya. Kalau tidak, aku dah siap2 nak memecut kalau makcik tu nak tawar diri buat private tour lagi. Tour hari ketiga ni merangkumi tiga tempat: (1) Hot Stream (2) Emerald Pool (3) Tiger Cave Temple. Jauh jugak perjalanan nak ke dua tempat pertama. Kira-kira sejam jugak. Dah banyak kafein dalam sistem, apa aku boleh buat dalam perjalanan adalah to stay active. Nak lelap kejap tu haramlah. Sampai-sampa...

Phi Phi Island

Hari kedua dimulakan dengan pencarian sarapan halal. Pick up dibuat 8.20am jadi ada masa lagi nak ronda sepanjang-panjang barisan kedai di Ao Nang ni. Ao Nang ni kalau belah pagi sepi. Nak sarapan cepat bagus singgah 7E atau Family Mart je. Mmg ada section HALAL atau beli je mi segera ada tanda HALAL maka ko yakin jelah. Pagi-pagi buta ni aku takde selera nak makan yg segera-segera nih. Nak makan yg berat lah gitu. Nak gi pulau ni kena lah makan yg berkhasiat. Wakakakakak... Aku dan Adhie ingat2 ada gerai jual nasi lemak masa cari makan tengahari semalam. Jadi kami pun menapak lah ke Muslim Street. Cheh... Masa sampai gerai tu baru nak punggah keluar barang. Dari gaya menyusun barang tak nampak pun tanda-tanda urgent. Santai je ala2 skrg dah pukul 7, pukul 10 baru nak siap. Sebab malas dah nak menunggu dalam gerimis depan kedai sapa ntah, aku dan Adhie terus je ke gerai dengan harapan bila ada pelanggan ni makcik tu cepat sikit lah buat kerja. Makcik tu hanya pandang ka...

7 Islands Sunset Tour

Dalam jam 1.30 tengahari macam tu Kik memekik suh kami siap2. Van tour dah datang jemput kami info Kik. Suasana masih hujan tapi sekurang-kurangnya sudah tidak selebat satu jam yg lalu. Menurut Kik bot kami telah dinaiktarafkan kepada bot yg lebih besar, FOC. Cuaca tak elok tidak sesuai untuk bot-bot kecil katanya. Sblm memasuki bot, kami diberikan pelekat bertulis Mariam Tour sebagai pengenalan diri dan alatan snorkeling. Alatan snorkeling ni kena jaga. Kalau hilang atau rosak kena bayar 1000baht (sekitar 130 duit kita) Hentian pertama tak silap Chicken Island. Dalam hujan rintik-rintik kau pun bergambar sakan. Pastikan kamera, telefon pintar anda kalis air. Tau sahaja lah kita ke daerah dikelilingi lautan. Mana lagi air hujan. Jangan jadi member sorang ni. Yakin snap2 gambar guna telefon pintarnya yg bukan water proof maupun water resistance. Akibatnya, henfon masuk air tak boleh nak cas. Paling tidak pastikan henfon diberi perlindungan kalis air. Lepas tu...

Ao Nang

"Can speak Malay?" "No Malay." Maka sepanjang perjalanan ke Ao Nang encik Supir diam aje. Yang lain pula layan mengantuk. Untuk kejar flite pukul 7.10 pagi, kami semua terpaksa bermalam di epot. Tak biasa tidur di epot kebanyakkan kami hanya terkebil melihat orang lalu lalang menyebabkan bila jumpa kerusi empok dalam van pun boleh bikin terlena. Lain aku, mata aku celik. Rambang mata aku melihat ke kanan dan ke kiri. Maklumlah pertama kali jejak negeri Thailand. Sesampai di Ao Nang, kami diturunkan betul-betul depan The Dream Garden Hotel. Selepas aku dahulukan bayaran shuttle sebanyak 1500 baht kami dekati kaunter. Jam masa tu sekitar 9 pagi, jadi aku tak expect lah hotel akan bagi kami check-in awal. Tak dapat check-in awal pun sekurang-kurangnya boleh tinggalkan dulu beg sementara meronda sebahagian Ao Nang. Kik menyambut kami dengan mesra di ofis hadapan. Pada masa yang sama kami tanya-tanyakan juga pakej yg ada. Tour ...

Krabi Di Hati

Alhamdulillah. Selamat pergi, selamat kembali ke Malaysia. Percutian pendek 4H3M yg dirancang sejak tahun lepas, melangkaui jangkaan asal. Paling FUN, paling menghiburkan. Seketika aku lupa apa yg mengusutkan kepala di tanahair. Sebaik sahaja keluar dari perut kapal terbang macam biasa kami pun terus lah selfie. Di bawah sudah menunggu bas untuk membawa kami ke balai ketibaan. Kau fikir jauhlah sangat bas tu gerak. Belum sempat kau duduk bas dah berhenti depan pintu masuk. Aisehmen! Urusan imigresen berjalan lancar dan tak banyak songeh. Cop cop jalan keluar terus ke ruang orang menunggu ketibaan. Dah keluar tu yg pertama sudah tentulah carik orang pegang kertas A4 dengan nama aku. Dua minggu sebelum berangkat aku dah tempah transfer ke hotel melalui KrabiShuttle.com... Ada jugak rekues dgn hotel. Melihat tiada sebarang pengesahan dari hotel aku ambil inisiatif untuk carik sendiri. One way dia cas 750 baht. Aku ambil return so kena cas 1500 baht... Bahagi lim...

Montukod & Demam Tular

Gambar ni diambil 2 tahun lepas. Masa tuh berangan-angan nak ke pulau Montukod tuh. Rasanya dari dulu lagi nak pergi, hanya bbrp tahun akhir ni keinginan tuh bertukar tekad. Rancangan tinggal rancangan, hanya hujung bulan Julai lepas baru tercapai hasrat tuh. Tak rancang apa pun sebenarnya. Tengok aje air laut surut, cuaca bagus (mendung berarak masa tuh) kami bertiga redah seperti yg terakam dalam video berikut. Video ni merakam detik-detik balik dari pulau Montukod sebenarnya. Biasanya orang rakam momen ke sana, untuk kelainan dan yg penting "menghayati" perjalanan pergi tu aku ambil keputusan untuk shoot ketika balik sahaja. Target suasana matahari melabuhkan diri di hujung petang. Kami pergi bertiga. Semuanya rakan sekerja. Esoknya rancang nak tawan sekali lagi pulau Montukod. Sayangnya selepas itu hujan dan angin kuat melanda. Maka itu simpan sahajalah hasrat untuk kali kedua. Tunggu cuaca dah elok. Bila bercakap tentang cuaca ni mmg kekadang mem...

Cinta Dronie

Tinggal sebulan lagi nak ke Krabi. Angan-angan ke Maya Bay, yg boleh diakses dari pantai Ao Nang tempat kami bermalam di Krabi nanti, merupakan lokasi yg digunakan dalam filem BEACH, makin dekat dalam bayangan. Berita-berita mengenai penutupan sementara Maya Bay, bermula dari bulan Jun hingga September, membikin aku sedikit gelisah. Aku ni pergi Krabi nak bergambar di Maya Bay. Kalau tutup apa lah ertinya aku ke sana? Harapnya tutup kepada bot sahaja, boleh ke situ melalui drop point lain. Ada rezeki boleh dronie di area tuh. Susulan pengumuman DJI untuk memperkenalkan dron terbaru mereka Jun lepas (namun terpaksa ditangguhkan berikutan isu politik), aku pulun terbang sana sini. Bayangkan dalam tempoh enam bulan selepas memiliki Mavic Pro, bermacam dron telah diperkenalkan oleh DJI. Harga lagi murah tuh. Kalau Mavic 2 Pro dah diperkenalkan selepas ini, maka drone aku tu dah sedikit ketinggalan lah nampaknya. Shoot lah puas-puas sebelum Mavic Pro jadi lapuk. Alh...

Tomyam Raya

Habis je duty aku terus balik ke rumah. Pertama yg aku hadap meja makan. Alangkah kecewanya bila tgk bukan rendang ayam yg dihidang tetapi ayam masak kuah kacang satay. Bbrp hari sebelum raya tu adik dan ipar aku kata nak masak rendang ayam. Jadi aku belikan lah bahan-bahan. Bila tengok bukan rendang ayam yg keluar dari periuk dari bahan-bahan yg aku buat itu yg aku jadi frust sikit. Kalau tahu begini, baik aku tak payah beli barang masak semua. Tunggu je tempahan ayam masak kuah kacang mak aku tuh. Aku faham jugak kalau mak aku tak larat nak masak sbb dia kurang sihat, tapi yang laki bini ni apa cerita? Balik-balik dengar janji nak masak. Sudahnya sampai ke petang rendang ayam tak masak-masak. Kalau bukan sbb mereka janji nak buat, dah lama aku panaskan kuali cuba masak rendang. Tengharinya aku sinsing lengan baju reneh tomyam. Tak pernah masak tomyam sblm ni, tapi tgk cara-cara buat dari henfon, rupanya senang aje. Semua bahan2 main campak. Itu yg berani cuba. Has...

Aidilfitri 2018

Sedar2 dah 1 Syawal. Bulan puasa berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Banyak jugak ujian tuh tapi itulah kalau tak bersabar mmg hancur jugak lah jadiknya. Bbrp minggu sudah ada jugak timbang berat, syukurlah ada jugak susut dalam 2 kg gitu. Kalau tak turun jugak Ya Allah, kau gemukkan lah kawan2 aku... Wakakakkaaka. Seterusnya nak susut lagi lah bbrp kilo bagi mendapatkan berat ideal... Kejayaan ni tak taulah disebabkan puasa ke apa atau sbb aku ada ambil bbrp herba yg dikaitkan dengan penyusutan berat badan. Insyaallah kalau aku benar2 berjaya, nanti aku kongsikan di sini. Aku ni berat badan naik pun bukanlah sbb salah makan. Nak kata kuat makan aku ni takde mana pun. Benda-benda yg manis pun jarang jangkau. Ini kan pula yg jenis2 berlemak dan bergoreng. Dah tua ni kena sedarlah jugak kan kesihatan tu penting. Lagi-lagi bila ada org yg kena jaga jadi kita kena sihat. Nilah sibuk pun sejak dua menjak ni sebab menjaga kedua ibu bapa yg tak berapa sihat. Minggu2 kena ke h...

Pulau Gelas

Selepas tanya kawan2 baru tahu nama pulau yg sejemput ni: Pulau Gelas. Hari aku pegi shut pakai dron ni suasana agak sedikit berjerubu. Mentang-mentanglah dua tiga hari ni hujan tak turun. Sana sini duk bakar sampah. Hasilnya keadaan sana sini seakan berkabut tapi panas pulak tuh. Begitupun gambar yg diambil agak jelas. Dan bila dilihat dari udara sangat indah sekali. Pulau Gelas ni berdekatan dengan Pulau Montukod. Dari tempat dron berlepas Pulau Gelas ni ke belakang sedikit. Seperti di gambar yg kedua dlm entri. Pulau Montukod berada di atas kiri gambar. Ini penerbangan pertama. Mungkin akan ada penerbangan lain jika keadaan jerebu beransur baik. Aku nak shoot buat satu video khas untuk pulau gelas ni sahaja. Harap2 terhasil lah jugak nanti. Amin.

Pulau Ampak-ampak

Entah segala apa pulau yg tak pemes aku shut sejak akhir2 nih. Nak pergi jauh-jauh, tangkap pulau yg cun-cun belum ada kesempatan lagi. Cuti pun susah nak dapat. Dengan iringan album Balada dari Pastel Lite aku merenung ke masa depan. Apa yg bakal aku buat. Dalam merenung ke masa depan aku menyedari realiti yg aku lalui skrg. Menyedari hakikat yg aku skrg kelihatan seperti seorang yg sedang mengejar satu impian indah tetapi sebenarnya cuba untuk mengisi kekosongan. Kekosongan yg aku rasa tapi tidak pernah cuba fahami. Mungkin betul kata orang masa merawat segalanya. Lima tahun, bang. Lama tuh. Namun selepas semuanya sampai ke penghujung cerita, apa yg berlaku selepas itu? Terfikir jugak aku utk mencari erti selepas itu, namun semuanya seakan gagal berbicara kembali. Gagal untuk memberitahu apa yg berlaku, adakah PENGALAMAN atau KENANGAN. Menatap ke luar melihat awan-awan berbondong-bondong aku didatangi pemahaman yg tidak pernah terlintas di kotak fikiran aku sebelum i...

Pulau Montukod

Tak tau lah kenapa aku obses betul dengan Pulau Montukod (paling kanan dalam gambar). Sejak aku mula kerja sini mmg sudah lama pasang angan2 untuk memijak kaki ke pulau tuh (boleh ke sana dengan hanya berjalan kaki paling sesuai ketika air laut surut). Sehingga saat entri ni ditulis aku masih belum ada rezeki lagi ke pulau tuh. Begitu jugak sejak ada dron tahun 2016, keinginan untuk terbang ke pulau tuh turut sama membuak-buak. Alhamdulillah awal tahun ini, keinginan itu tercapai. Selepas penerbangan pertama, aku buat dua lagi penerbangan. Penerbangan kedua aku secara FB live dan yg ketiga aku shut sekitar 8 pagi dan hasilnya sangat mengagumkan. Inilah gambar ariel Pulau Montukod in full glory. Kali pertama dan kedua fly hari tuh tak berkesempatan untuk ambil gambar begini. Jadi bila dah ada peluang tu, apa lagi? Ketik lah sepuas hati. Ada cakap pemandangan pulau ni dari atas seperti sebiji naget bentuk love yg digigit tepinya. Love's bite gitchu... Dari ...

Kilat Sambung Menyambung

Bukan nak membenci, tapi kalau perangai tuh dah mula nampak macam jual ikan hati pun boleh jadi bengkak. Orang cuti tahun baru cina kau pun nak cuti tahun baru cina. Orang nak cuti Krismas kau pun nak cuti Krismas. Orang nak cuti Raya kau pun nak cuti Raya. Macam, Ya Allah, all around kau ni. Semua perayaan kau nak sambut. Aku bukan sahaja kena fikir diri sendiri tapi kena atur cuti org lain jugak. Baki cuti tahun2 sudah nak kena habiskan. Tapi bila tengok borang cuti balik2 nama yg sama berdentum-dentum jugak dalam hati macam kilat sabung menyabung. Kalau ikutkan hati aku yg jahat ni mau saja ku arah petir memetir org tuh. Ngeh.. Lama benar dah kepengen nak gambar kilat nih. Nengok org shoot dan share wondering jugak mcm mana. Bukan pakai kamera canggih pun, hanya GoPro Hero 6 Black sahaja. Asalnya aku shut utk video. Petir ni pun terjadi sekelip mata aje. Tak sempat kelip mata dah hilang dari pandangan mata. GoPro Hero 6 Black boleh rekod setinggi 240fps ...

Tenggelamnya Sebuah Kapal Kargo

Kalau bahagia itu ada rupa, beginikah bentuknya? Aku percaya mesti ada dikalangan pembaca yang menyimpan impian sebegini indah kan? Yang dalam gambar ni mmg dah lawa... Tapi impian kita tuh lagi lawa. Hahaha, aku ketawa. Angan-angan tak serupa kenyataan. Tak serupa kisah dongeng FattZura. Tak semewah persandingan Yuna & Adam. Tak dinafikan bila nengok gambar2 begini mmg boleh bawa kita berangan sampai ke bulan. Bila sedar GLUK GLUK GLUK... tenggelam kapal kargo di dasar lautan tak timbul2. Hakikatnya sedih. Semua ini poyoh. Ini bukan impian kita. Ini impian orang lain.

Hari Kekasih

Aku mengerenyeh. Patutlah hakak ni mintak cuti hari nih. Nak sambut Hari Kekasih rupanya. Rasa mcm bukan tahun ni je dia mintak cuti. Tahun-tahun sudah pun mintak cuti pada tarikh ni. Aku tak nak komen apa lah. Tak nak mengata perlu ke sampai nak cuti demi Hari Kekasih? Bagi yg takde kekasih mcm aku ni, apa lah sangat Hari Kekasih tu kan? Ni pulak datang tahun baru Cina, lagi lah aku takde prasaan. Kemeriahan perayaan tu tak terasa sangat kalau kau mmg terpaksa kerja. Yang kau tahu. Ha ni Public Holiday kompom akan bersusun orang nah menginap. "Ada bilik kosong lagi tak?" "Kenapa semua penuh ah?" "Dah pergi tadi, katanya penuh jugak" Malas nak komen org yg tak reti nak atur hidup.  Tahun ni masih belum dapat angpau lagi. Jangankan angpau... ucapan Happy Valentine pun takde. Oh sungguh gerhananya hidup ini. Bercakap pasal gerhana ni elok jugak aku ingatkan yg 31 Januari lepas berlangsung fenomena gerhana bulan...

Kusembuh Luka Ku

Hamboi tajuk entri bukan main lagi kan sejak akhir2 nih? Sesaja lah tarik perhatian pembaca budiman. Kisahnya takde pun yg luka2 nih... Gembira je dihariku... Gitu. Lagi-lagi baru-baru ni aku dpt shut lokasi yg aku sejak sekian lama kepengen nak shut. Sesambil tunggu waktu miting pukul 9 pagi, cuaca pulak elok, aku pun yakinkan diri terbangkan deron ke lokasi yg lebih kurang 1km dari tempat deron berlepas. Pagi tu juga kali pertama aku terbang pada ketinggian 350m. Dengan Mavic Pro semua tu kacang je walaupun kekadang takut2 jugak kalau aku dah capai laluan komersial kapal terbang. Sedap2 terbang kena langgar aku punya deron sapa nak tanggung? Kalau kena langgar tak pe lagi. Kalau menyebabkan kemalangan di ruang udara bagaimana? Bukan selalu kan? Gitulah penjahat nak sedapkan hati. Ikutkan ketinggian penerbangan dinasihatkan pada maksimum 120m atau sebaiknya pada line of sight. Tapi apa mainan tinggi mcm tu kan? Pergi lagi jauh lah yea tak? Takdelah. Kalau temp...

Luka Lama Berdarah Kembali

Terkejut bila tiba-tiba dihubungi cik Kuntum2. Nasiblah masih ingat lagi nama penoh. Kalau nama yg dipakai Tipah3 ker dah lama kena ignore. Itu lah walaupun tak friend dlm pesbuk tapi disebabkan boleh view public post makanya ternampaklah bbrp kiriman yg sebenarnya tak lah brp baru pun. Cik Kuntum2 nampak video dron aku pasal pulau montokud tuh. Impress agaknya dgn hasil drone aku tu dia tawar some job lah. Drone related job. Kebetulan siang tuh aku lepaskan dron lama aku... Dah tiga bulan dipisuk-pisuk elok aku serahkan kepada org lain yg boleh menmanfaatkan dron tuh. Entah mengapa aku mengaitkan kes cik Kuntum2 muncul kembali ni dengan melepaskan dron lama sebagai satu tanda... When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us... Melepaskan dron ni aku rasa agak berat jugaklah. Adik aku ada offer jugak sblm ni utk ambik tapi aku tak bagi. Sayang beno, sbb dron n...

Sembuh Dari Luka

Tengahari tadi sudahkan siri terakhir Maze Runner, The Death Cure, di GSC, Suria. Sehari sebelum menonton ni rancang nak maraton dua siri sebelumnya. Ulangkajilah kekdahnya gitu. Alangkah jahanamnya rancangan tu gagal 100%. Sedang sedap layan dlm 10 menit Maze Runner, tetiba *poop* mati karen. Sampai habis bateri laptop, habis bateri henfon menunggu api kembali tetap takde. Selera menonton menjadi tawar. Dari berita yg dikongsikan ada tiang letrik tumbang kena langgar kereta di bukit Melinsung. Tambah-tambah lagi keadaan hujan melambatkan proses pembaikan. Sudahnya aku membuta aje. Lebih kurang 11.30 mcm tu aku terjaga sebab terdengar TV memainkan semula pembukaan 20th Century tuh. Aku sambung tidur sehinggalah sekali lagi aku terjaga dgn suara perempuan dari blok sebelah. Pencuri, pencuri, pencuri! Dalam keadaan mamai mengintai dari tingkap. Kelihatan seorang lelaki tak berbaju hanya berseluar bergegas masuk ke rumah paling bawah sebelum mengunci pintu. "Sumpa...

Montukod

Phewwwww... terlunas hajat menerbangkan deron mengelilingi pulau Montukod bbrp hari sudah. Hajat awal saja2 terbangkan utk buat tinjauan, tapi selepas turunkan deron dan tengok futej yg terakam mcm wow boleh godek utk jadikan video nih! Sedap2 terbang tuh boleh pulak lupa nak tekan butang rakam. Hampeh sungguh masa tuh tapi aku tak berputus asa dan cuba shut lagi... Alhamdulillah apa yg final jadi tontonan rakan2 di pesbuk itu adalah pusingan kali kedua mengitari pulau Montukod tuh. Video aku ada haplot ke youtube jangan risau. Kalau boleh tgk dlm 4K silakan... Sebab banyak detail yg boleh tengok. Yang aku paling suka tengok sampan2 kecil beroleng-oleng dikitari burung-burung di lautan bebas. Damainya pemandangan, macam tak mahu turun lagi! Apa-apa pun, aku tinggal dulu korang dengan klip video ni. Lagu yg melatari video bertajuk PROMISE oleh Melly Goeslow... Bila tengok video serasa makin dekat masa untuk ke Krabi! Doakan semuanya berjalan lancar!