Langkau ke kandungan utama

#11 Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Aku rasa banyak kalau nak disenaraikan. Sayangnya yg aku ingat hanya fragmen saja. Itu pun belum tentu lagi boleh dikategorikan sebagai lucu ke tak. Tapi korang layan jelah...

Kisahnya begini...

Masa sekolah rendah dulu, aku ada basikal jenama Cooper. Uniknya basikal ni tayar depan dia kecil berbanding yg belakang. Kalau ada kelas tambahan, atau latihan pancaragam petangnya, basikal ni lah yg aku tunggang ke sekolah.

Biasanya dalam perjalanan ke sekolah tu, aku akan singgah kawan sekelas tumpangkan dia ikut sama. Kawan ni kiranya macam partner in crime aku lah jugak.

Kawan aku ni nama dia Ahmad. Biasa aku panggil dia Mat aje. Mulut dia mcm perempuan sikit. Paling pemenang kalau bab carut-mencarut.

Pernah sekali si Mat ni kena tampar seorang pelajar pompuan. Aku pun tak pasti pasal apa. Kemungkinan besar pasal dia kutuk budak pompuan tuh kot. Tulah celupar sangat!

Dalam banyak-banyak kenangan tuh ada satu yg mengusik hati. Masa tu aku terdengar si Mat dan kakak dia bercakap dalam bahasa yg aku tak faham. Memandangkan aku tak faham, aku bergantung kepada intonasi mereka meneka apa isi perbualan. Kalau aku betul, kemungkinan mereka berdua ni tengah bercakap pasal aku.

Guilty conscience kan?

Terdahulu pagi tuh, aku secara tidak sengaja pecahkan cermin tingkap rumah dorang.

Dari cara mereka huhahuha tuh aku agak si Kakak tengah build a case tuduh aku sementara si Mat pulak mengatur defensive points protecting me.

Imaginasi aku je tuh. Sehingga sekarang aku tak pernah tampil mengaku aku yg pecahkan tingkap tuh.

Hanya selepas menonton filem Puteri Impian baru aku tahu yg Mat dan Kakaknya berkomunikasi dalam bahasa F.

Apa jadi dengan basikal Cooper yg aku dan mat selalu guna ke sekolah?

Dlm darjah enam begitu, aku dan Mat terpaksa jalan kaki ke kelas petang. Basikal Cooper aku tuh tercabut pengayuhnya masa dalam perjalanan ke sekolah. Oleh kerana tidak mahu buang masa kami tinggalkan saja basikal tuh tepi jalan.

Bila kami patah balik nak kutip basikal tuh selepas habis kelas petang, bangkai Cooper tuh dah takde.

Habis darjah enam Mat dan keluarga berpindah ke Kota Kinabalu. Alamat sekolah terakhir yg aku ingat di Sembulan. Kami terus berutus surat sampai tingkatan empat. Siap ada lagi yg nak berkenalan. Agaknya sebab budak pompuan tu kagum dengan keputusan PMR aku kot. Pandai katanya... Huhuhu...

Pernah kol jugak sekali yg nak kenal aku tuh. Tapi mcm biasalah peraturan masa tuh. Kol rumah sekian sekian waktu semasa ibu bapa takde.

Lepas tingkatan lima aku pun tak dengar khabar lagi si Mat sehingga sekarang.

Aku pun tak tau mcm mana nak carik dia? Pesbuk? Puas aku buat carian. Keputusan carian tetap tidak menemukan aku dengan kawan aku yg sorang ni.

Aku tau masa sekolah menengah dia ada cakap dia suka main boling kat CP. Itu kisah lama kan? Takan nak carik dia di situ?

Apa pun aku harap dia baik-baik sahaja. Terima kasih sebab byk memberi kenangan yg manis2 buat aku.

Ulasan

  1. Kau sebut pasal basikal baru aku teringat kenangan aku dgn beskal bmx...eksen sangat nak jugak bawak beskal nak show off le konon aku terror skill2 nih. Sekali melabuk daa...depan rumah crush aku pulak tuh! Amat memalukan! Tapi muka menten poker face okeh!

    BalasPadam
  2. Mesti rambut ko tocang dua kan? Trep paling jelita... lulz.

    BalasPadam
  3. Tak ingat pulak tapi memang paling jelita! Hew3x

    BalasPadam
  4. sangatlah jelita! *tangan ke bahu mata ke atas*

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.