Langkau ke kandungan utama

#3 Sesuatu Yang Menguatkan Anda


Nasi goreng Kadazan.

Awal-awal lagi aku pesan sebelum masuk kerja. Takut kebulur tengah-tengah malam nanti. Nanti tak cukup kuat pulak nak fokus buat laporan kan... *poyo*

Bila bercakap pasal sesuatu yg menguatkan diri, aku rasa apa saja boleh dijadikan sumber. Bak kata orang putih, what doesn't kill me is making me strong.

Kutuk keji itu lah yg nombor satu aku rasa. Bila kita dikutuk kita menyedari akan kekurangan diri. *I have many* Dan dari situ kita cuba cari jalan untuk memperbaiki diri.

Kalau orang yg mcm aku ni, dilahirkan tanpa bakat tertentu, dah tu tak tentu lagi dpt diwariskan harta, ditambah lagi dgn rupa pun yg hado saje, semangat memperbaiki diri tu lah yg menjadi pendorong utama. Bukan utk bersaing dengan sesiapa, tetapi utk menjadikan diri lagi baik.

Begitu pun selama mana kita boleh stay strong sendiri-sendiri kan?

Aku pernah lalui the lowest point in my life. Masa tu rasa macam jalan terbaik mati je.

Terkenang balik masa awal tahun 1998 dulu masa aku diserang kemurungan yg panjang. Ditakdirkan tuhan aku pergi melawat seorang kawan yg kebetulan pada masa tu memasang satu lagu pada komputernya yg disertakan dgn lirik...

When your feelin', 
Sad and lone 
We will take you, 
Where you gotta go 
Smilin' and dancin', 
Everything is free 
All you need is 
positivity 

Bait kata-katanya mudah aje. Tapi siapa sangka lagu ini "mengubah" hidup aku for the next 10 years. Kalau tak mengubah sepenuhnya, sekurang-kurangnya pandangan aku terhadap kehidupan.

Kalau apa yg kita harap tak menjadi, jangan sedih. Kita perlu ingat, jarang sekali dlm dunia ni apa yg dirancang menjadi. Perhaps, it was meant to be that way. Take life as it is. Let it grow.

Guess what? My life has never been better after that. The best is "always" yet to come.

Begitu jugak bila Internet sepoi-sepoi menyebabkan aku sukar untuk menyudahkan cabaran yg ketiga ini on time.

In the past, aku mungkin dah hampa gila-gila ini. Salah haribulan mood dah jauh ke laut. Tapi sekarang tidak dah. Jangan terlalu serius dik, lagi pun cabaran blog ni pun suka-suka aje. Yg sememangnya sedari dulu lagi aku tahu, membantu "writer's block" di kalangan blogger.

If you see like I see. Everything can be your strength!

Ulasan

  1. U are totally right about the depression. Perasaan 'bagus lagi mati' tu sentiasa berlegar di otak. Untung saja masih ada iman senipis kulit bawang. Kalau itu pun sudah terkopek rasanya lama dah aku buat kerja gila (read: end my life).

    Jangan lupa challenge day 4 ye!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.